Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

Resepi Ringkas Puding Jagung Kastard


Tetiba rasa macam nak makan puding pula dah lama tak makan puding.. nak keluar tak boleh hujan pula jadi nak tak nak buat je lah sendiri boleh buat banyak makan sendiri.. 

Sedapnya Puding Jagung Kastard
Cara nak buat pun senang je bahan pun simple.

Bahan- Bahan Puding Jagung Kastard

1) 1 cawan tepung kastard⠀
2) 3 cawan air⠀
4) 1/2 tin krimer sejat⠀
5) 2 sudu besar krimer manis⠀
6) 1 tin jagung manis⠀
7) 1 kotak santan kecil⠀
8) 3 sudu gula⠀
9) 1/4 sudu kecil garam⠀

Ini antara bahan-banyanya. 

Cara Penyedian Puding Jagung Kastard:⠀

1) Masukkan semua bahan ke dalam kuali⠀
2) Masak dengan api kecil hingga campuran menjadi pekat (Kacau adunan supaya tidak berketul)⠀
3) Masukkan dalam acuan⠀
4) Sejukkan dan sedia untuk dinikmati⠀



masukkan santan kecil. 
Dalam kuali tu tepung kastad yang dah dicampur dengan 3 cawan air ya dgn 1/2 krim sejat. 

1 tin/paket masukkan jagung manis

nanti jadi la macam ni

kacau-kacau sampai jadi macam ni
Dah siap masak masukkan dalam bekas biru macam dalam gambar kedua dan masukkan dalam pati ais untuk disejukkkan. Dah sejuk teruslah menikmati puding korang sendiri. nyam3x. Selamat Mencuba. Sumber resepi ini dari Halal Foodie

Saturday, April 25, 2020

Resepi Macaroni Goreng ala-ala Rizalman

Ini adalah resepi khas untuk korang yang suka makan macaroni. Ada orang suka makan macaroni tapi ada juga yang tak berapa gemar makan macaroni sebab bentuknya pelik sikit.  lain orang lain rasanya..

Tapi yang jenis pandai masak macaroni, orang yang tak suka makan macaroni boleh jadi suka makan sebab sedap.

Baru-baru ini Pereka Fesyen Popular Malaysia ada share Insta story kat Instagram masakann macaroni goreng. Rasa terliur je bila Rizalman masak..

Jadi ini adalah resepinya untuk masak macaroni goreng untuk sesiapa yang nak try rasa macaroni ni..

Sumber gambar dari IG Rizalman


Bahan-Bahan Macaroni Goreng

Korang prepare stand by je bahan ini sebelum nak goreng.
  1. 200 gram Makaroni (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)
  2. Isi ayam/daging – potong kecil (Rizalman masak dengan daging kisar, Udang dengan daging potong 4)
  3. 2 sudu besar Sos tiram (Pilihan)
  4. 2 sudu besar Sos tomato
  5. 1 sudu besar Sos cili (Pilihan)
  6. 2 sudu besar Kicap manis (Pilihan)
  7. 1 sudu besar Kicap pekat (Pilihan)
  8. Segenggam sayur campuran *guna sayur2 segar lagi bagus
  9. Daun kucai – potong lebih kurang 1inci
  10. 1 biji tomato (Macam Rizalman pakai brand Heinz Cream Tomato Soup)
  11. Garam 
  12. Gula
Pilihan tu korang tak perlu letak pun tak apa..  Sebab bahan kisar dah ada iaitu cili kering.. 

Bahan-bahan kisar:

  1. Cili kering
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih

Cara - Cara Memasak Macaroni Goreng:

  • Panaskan sedikit minyak. 
  • Tumis 1@2 sudu bahan kisar (Cili kerring tadi dengan bawang putih dan merah) sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam/daging. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam/daging masak.
  • Masukkan semua sos2x dan kicap2x. Gaul sekata.
  • Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sedikit sayur. Jangan lama sangat.  nanti sayur terlalu lembik.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali boleh la masukkan makaroni, daun kucai dan tomato. Gaul rata.
  • SIAP
Kalau nak cepat gunalah sos prego lagi sedap. Tak perlu masukkan sos-sos lain dah kira jimat masa. Boleh tengok Full video Rizalman masak macaroni di sini -> https://www.youtube.com/watch?v=oyiPuVpJS4o

Wednesday, April 1, 2020

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur, Kukus dan Bakar

Ada ke yang teringin nak makan puding caramel time ni? Nak pergi kedai banyak pula tutup kadang jauh pula nak pergi.. Apa korang buat sendiri tak perlu nak kukus dan bakar pun.. macam mana tu tengok resepit kat bawah.

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur, Kukus dan Bakar

Bahan-bahannya adalah:

  • 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
  • 1 peket agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara Buat Puding Caramel

1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.

2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.

4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam....

6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...taraaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer.

Kredit buat Mawar Ali.

Dah try buat memang menjadi cuma manis yang amat. Jadi pandai-pandailah korang adjust kemanisannya macam mana nanti ya.

cantik kejadiannya puding caramel

Resepi Viral Dalgona Coffee dan Milo

Macam mana boleh terjadi resepi yang viral Dalgona Coffee? Resepi ini mula viral daripada negara Korea yang mencetuskan fenomena resepi baru untuk coffee khasnya. Dalgona adalah perkataan korean traditional Candu.

Resepi Viral Dalgona Coffee dan Milo


Bahan-bahannya sangat mudah dan tidak rumit. Hanya menggunaakan 4/5 bahan utama sahaja.

  1. Serbuk kopi/Nescafe/Milo
  2. Susu segar
  3. Gula
  4. Air panas
  5. Ais (pilihan)

Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)
Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik,pakcik semua

Nak lebih jelas boleh tengok video di sini --> https://youtu.be/dXs7IFsIrgE

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.

Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap!

Kalau korang jenis yang tak minum coffee jangan la dok try nak buat coffee juga. Korang boleh try milo ke dan sebagainya.. Sebab ada orang pening or migrain bila minum coffee. Takut first minum nanti jadi ketagih je mula-mula je pening nanti lama-lama biasalah.. ter-ajar korang minum kopi plak. haha

Resepi Viral Dalgona Coffee dan Milo
sekadar gambar hiasan.. tpi lebih kurang sama macam ni. tnggal lawa tak lawa je. haha 

Semoga bermanfaat kepada korang semua. 

Wednesday, January 29, 2020

Resepi Daging Bakar Danok Memang Terbaik

Sangat mudah dan resepi ini khas untuk mereka yang suka dengan daging.

Mana Datang Nama Bakar Danok?


Ok, sebenarnya resepi masakan ni berasal dari makanan Danok thats why la nama makanan daging bakar Danok. Selain Hatyai, Danok juga merupakan kawasan di Thailand terkenal dengan pelbagai jualan masakan menarik dan sedap.

Dan ini adalah resepi mudah Daging Bakar Danok


Bahan perapan daging:


  • Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
  • 1sk sos ikan
  • 2 sb Sos tiram
  • 2@3 sb Brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sk lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu
Sk tu sudu kecil dan sb tu sudu besar.. jadi agak-agak la ya. 


Resepi Daging Bakar Danok Terbaik
Gambar Daging Bakar Danok Terbaik

Bahan sos:


  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
  • 1@2 ulas bwg putih
  • 1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sk brown sugar
  • 1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes
  • 1 sk sos cili
  • 1 sk sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)


Cara-cara Bakar :


  • Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
  • Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
  • Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
  • Masukkan daun ketumbar yg dipotong
  • Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)
  • Masukkan bwg besar yg dipotong tadi

~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok

#daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow

#utk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging

Kredit: Fb Diaz Yushazlina

Resepi Daging Bakar Danok Terbaik
Versi ayam bakar & sos Thai sedap sangat!

Tuesday, January 28, 2020

Resepi Mudah Buat Cendol Oreo Memang Terbaik

Resepi sangat mudah dan ditambah pula dengan oreo memang makin berselera makan cendol time petang-petang panas ni..

Nak buat cendol yang warna hijau tu guna botol buat roti jala je. macam botol sos cili warna merah yang selalu pakai bezanya btl ni ada satu lubang je.. kena cari botol yang ada 4 lubang atau lebih..

Resepi Mudah Buat Cendol Oreo
Cendol Oreo marvelouss!

Bahan-Bahan Buat Cendol:

  1. satu cawan tepung beras
  2. satu sudu tepung jagung
  3. tiga cawan air pandan
  4. Secubit garam
  5. satu sudu kecil air kapur
  6. Sedikit perwarna hijau

Cara Membuat Cendol:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
  3. Masukkan cendol ke dalam botol atau tempat acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
  4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara Buat Air Cendol 

  1. Setengah (1/2)  kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
  2.  Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
  3.  Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
  4. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda. 

Nak hipster lagi letak oreo atau koko krunch ke.. memang ngam rasanya dengan cendol. cubalah try nanti.


Friday, November 22, 2019

Petua Mudah Kalau Nasi Lembik Sangat

Mesti korang pernah jadi jadikan tanak nasi tu mesti kadang-kadang jadi kadang jadi lembik. Dah pula jadi lembik.. Orang kata kalau dah lembik tak boleh nk buat apa terus je lah makan dengan keadaan nasi yang lembik..

Macam mana boleh jadi nasi lembik ni?

Ada beberapa faktor selain terlebih air iaitu beras tengok brand.. Orang kata beras ni ikut brand.. ada brand letak air sikit je dah ok,, ada brand kena letak banyak air skit.. ye ke? First time dengar. haha

Jadi ini ada petua kalau nasi tu dah lembik, letak je roti. Selamat nasi saya lima kilo, saya tanak untuk kedai semalam. Staff tersalah lebih air, nasi jadi lembik. Memang betul-betul berkesan.

Saya letak dan buka api slow jer bagi dia panas dan air meresap kat roti. Jangan lupa tutup periuk.

cuba la nanti lepas ni mana tau berkesan kan.. make sure kena ada roti la.. hehe

Petua Kalau Nasi Lembik Sangat


Kredit: Siti Nor Akma

Sunday, July 21, 2019

Resepi Mee Sup ala Thai Tanpa Rempah Sup

Hari-hari mkn nasi bosan juga kan. Hari ni tekak terasa nak makan mee sup . ada jgk yg panggil mee rebus. Tapi kalau nak ikutkan mee sup dengan mee rebus sangat lain rasanya dan mee rebus agak rumit sedikit nak masak

Jom kita start buat mee sup ala Thai yang paling mudah tanpa menggunakan rempah sup. Rasa dia memang power terangkat semua ada. haaa!

Bahan Mee sup Ala Thai : 

Bahan-bahan adalah seperti berikut -

  1. Bawang merah 6 biji (blend )
  2. Bawang putih 6 ulas ( blend )
  3. lada hitam 1 sudu ( blend ) 
  4. Rempah 3 sekawan * kayu manis...bunga lawang ngan bunga cengkih 😊
  5. Ayam / daging / udang / sotong 
  6. Sayur2 carrot & sawi 
  7. Limau kasturi ( 2 biji )
  8. Telur 
  9. Daun sup 
  10. Bawang goreng
Resepi Mee Sup ala Thai Paling Mudah
Keadaan selepas selesai masa Mee Sup 


Cara-cara Memasak Mee Sup Ala Thai


  • Tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau 
  • Masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak 
  • Masukan carrot 
  • Masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas ) 
  • Masukkan mee yg telah dibersihkan 
  • Pecah kan telur ( jgn kacau kuat ) 
  • masukkan sawi 
  • Perah limau
  • Sebatikan dgn perasa 
  • Taburkan bawang goreng & daun sup
  • SIAP

Resepi Mee Sup ala Thai Paling Mudah
Dah siap masuk mangkuk dan teruslah makan. nyum3x. 

Monday, July 1, 2019

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang

Black pearl tu yang macam kat kedai boleh buat sendiri sebenarnya. Jom kita cuba buat Teh Mincha Black Pearl Ice.

Wow.. nama pun nampak macam ada kerlas punya. haha

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls 

Minuman bubble tea menjadi kegemaran ramai orang sehingga kios menjual minuman ini tumbuh bagai cendawan.

Sedap minum dengan teh ais. Ala-ala beli chatime & tealive atau Cool blog.

Bahan- bahan :
  1. 1 (satu) cawan tepung ubi
  2. 1/2 (setengah) cawan air panas (untuk uli doh)
  3. Pewarna hitam(ikut suka nak warna apa) 
  4. Secubit garam halus
  5. 4 (empat) cawan air
  6. 1 (satu) cawan gula perang

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
tepung ubi yang dah dah diuli


Cara-cara buat adalah:

1. Tepung ubi buh garam. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan.

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
bentukkan jadi bulat macam ni

2. Kacau dengan sudu lah sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh tu buh la air sikit lagi.

3. Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak senang gentel pepanjang pastu potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat. Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
api jangan besar bila nak masak.. 
4. Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecik je tau api. Masak dalam 30 – 40 minit or sampai likat air gula tu. Kalau masak sekejap nanti liat plak black pearls tu.

5. Dah siap simpan dalam bekas lain sekali ngan air gula tu. Simpan peti lah boleh cedok je tiapkali nak. Hidanglah dengan minuman kegemaran korang macam teh ais ke. Fuhhh nikmat!

Boleh tengok video kat -> [RESEPI BLACK PEARLS]

Thursday, August 23, 2018

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang

Rendam fucuk keping dalam air(beli yang khas utk balut punya ya..ada jual kat shopping bentuk segi empat) potong 16 kepingan kecik..

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang


Untuk inti Fucuk Rolls Goreng


  • Isi ayam kalau saiz dada tu boleh dapat 36 ketul nanti
  • Udang 10 ekor saiz xxl(ikut lah bopa banyak hampa nak boh)
  • Dua bahan utama ni cincang halus tau(akak guna grinder jer)
  • Pastu parut lobak merah
  • Daun bawang kemudian letak capsicum hijau merah dan kuning sikit..nak kasi kale kale la katakan..
  • Pastu masuk dua sudu besar minyak bijan
  • Masukkan secukup rasa atau pati ayam tu satu kiub ja(sebabnya fucuk utk buat gulungan ni memang dah ada rasa masin)
  • Tepung jagung dua sudu
  • Gaul gaul sampai sebati ja

Then ambik lah kulit fucuk tadi letak inti..gulung macam popia.tak letak pun gam..sebab tak kan keluar pun isinya..sebab dah letak tepung jagung dalam inti

Pastu goreng minyak sikit ja..(jangan bantai goreng macam goreng cucoq cempedak pulak naaaa)minyak sikit ja..seeloknya guna kuali non stick.

Balik balikkan sampai semua part dah perang..

Dah boleh makan

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
masa untuk makan fucuk rolls


Untuk sos Rucuk Rolls Goreng


  • Cili api merah (15 bijik)
  • Bawang putih(5ulas)
  • Daun ketumbar
  • Jus limau secawan
  • Garam secukup rasa
  • Gula satu setengah cawan
  • Minyak bijan dua sudu kecik..masak atas api,then akhir sekali masuk bancuhan air tepung jagung sikit utk pekatkan..tapi akak campur sos cili dan sos tomato juga dalam dua sudu..untuk mencantikkan warna sos tu...
  • Cili n bawang jer blend tau...
Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
fucuk rolls siap dihidang.


Okay..selamat mencuba...

kredit resepi: Qaseh Nuur Saqeenah

Resepi Sup Ekor yang Sangat Mudah dan Sedap

Ada ke kat sini yang minat dengan sup ekor? Mestilah ada yang minat dengan sup ekor tapi tak semua orang minat dengan sup ekor..

So, sesiapa yang minat dengan dengan sup ekor tapi tak pandai masak kat bawah ada resepi mudah buat sup ekot. Simple dan sedap..

Resepi Sup Ekor yang Sangat Mudah dan Sedap
sup ekot


Bahan-bahan Sup Ekor:

  • Ekor lembu
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Cili api
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Sedikit minyak
  • Air
  • Sup bunjut tulang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Ajinomoto
Bahan-bahan nak buat sup ekor

Cara membuat Sup Ekor:

1 Letak sedikit minyak. Panaskan.
2 Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili api belah 2, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang.
3 Masukkan ekor lembu yang telah dicuci.
4 Masukkan air hampir penuh periuk. Biarkan mendidih.
5 Letakkan sup bunjut tulang, bawang besar belah 2, cili api, daun sup, bawang goreng.
6 Jangan lupa letak sedikit garam dan ajinomoto sebagai perisa.
7 Biarkan sup mendidih sehingga ekor lembu empuk. Siap.

Selamat mencuba!

kredit khas buat Saidah Asilah Sira Juddin

Tuesday, May 29, 2018

Resepi Viral Kuih Kerbau Guling atau Kuih Hitam

Nama kuih ini sebenarnya berasal Dari Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon.

Yang uniknya kerana ada campuran tempurung bakar, letak air kemudian tapis dan masuk bancuhan. Pastu di masak di atas api sehingga likat baru tuang dalam loyang. yang telah disapu sedikit minyak ataupun alas dengan plastik tahan panas.

Resepi Viral Kuih Kerbau Guling atau Kuih Hitam
Sumber gambar instagram Taufiq_Ismail88


Bahan - bahan Kuih Kerbau Guling


  • 250 gm tepung beras 
  • 200 gm gula
  • 150 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 3 sudu tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air 1 liter setengah (tengok kepekatanl
  • Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yg bersih)
  • Secubit garam

Cara-cara Buat Kuih Kerbau Guling

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda.
Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung.
Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.

Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.

Ramai Berebut Beli Kuih Kerbau Guling

Sejak viralnya kuih ini ramai yang mula serbu makcik yang jual kuih ni sehingga memenuhi ruang kedai mak cik yang jual kuih kerbau guling.. mana dapat nama ni pun AB pun tak tahu yang penting nama unik dan kelakar. macam-macam nama pakai.. nama haiwan juga yang dipilih.. teknik marketing maybe.. 

semoga terus succes buat mak cik yang jual kuih viral.. 

Saturday, May 12, 2018

Resepi Maggie Kari Tumis Paling Sedap

Tahu Tak Hujan2 Makan Ape Sedap... Nie La Jawpannye....😍

Kalau dah hujan mestilah perut lapar kan.. tapi dapur pula macam tak banyak bahan2x pula jadi benda paling simple adalah masak maggie..

Tapi takkan nak masak maggi macam tu je kan.. macam dah muak la plak..

Kali ini kita buat resepi lain pula lagi meleleh dan padu kalau makan..

Maggie Kari Tumis
Maggie Kari Tumis
ini adalah resepi untuk di makan nanti.. simple dan padu.

RESEPI MAGGIE KARI TUMIS 

Resepi Maggie Kari Tumis Paling Sedap
bahan-bahan Maggie Kari Tumis

BAHAN-BAHAN RESEPI MAGGI KARI


  • Maggie 2 bungkus
  • bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • cili padi


CARA-CARA 

panas kan minyak dan tumis


  1. Tumbuk bawang merah+bawang putih+cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie
  2. tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih
  3. last sekali masukan maggie pecahkan telur tutup api
tunggu sehingga dah masak mendidih baru masuk maggi
p/s: kalau ada sayur sawi,hot dog boleh la masukan sekali, guna ape yg ada je tak pi pasar lagi


Wednesday, March 21, 2018

Resepi Puding Roti Sos Kastard Yang Memang Sedap!

Antara pencuci mulut yang AB suka adalah Puding Roti Sos Kastard.. Memang sangat sedap lembut.. dia punya sos kastard siapa yang pandai buat je boleh jadi sedap..

Resepi Puding Roti Sos Kastard

Resepi Puding Roti Sos Kastard Yang Memang Sedap!
Puding Roti yang lembut
Bahan-bahannya: 

  • 12 keping roti gardenia 
  • 3 cawan susu segar 
  • 6 sudu besar gula 
  • 1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan )
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • 6 sudu besar kismis 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya Buat Puding Roti Sos Kastard


Resepi Puding Roti Sos Kastard Yang Memang Sedap!
Sos Kastard
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut.

2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati.

3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.

4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi.

5. Bakar hingga masak.

6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

Sos Kastard

Bahan: 

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air 
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil tepung kastard
  • 2 helai daun pandan simpulkan


Caranya:

1. Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.

2. Campur semua bahan dan masak sehingga sedikit likat dan mendidih.

3. Sejukkan.

Resepi Puding Roti Sos Kastard Yang Memang Sedap!
Jadilah rupanya macam ni

Monday, January 22, 2018

Resepi Bihun sup yang mudah dan sedap

Resepi Bihun sup PAMA homemade..Taste dia sama mcam yg segera punya. Proses penyediaan hanya 10mnit...

Resepi Bihun sup yang mudah dan sedap
Gambaran bihun sup

Resepi Bihun sup mudah dan ringkas

(Penyediaan utk 2org makan)

Antara bahan-bahan bihun sup

  • 5ulas bwg putih(ditumbuk)
  • 2ketui kiub pati ayam maggi
  • 1sk lada sulah(yg putih...rujuk pic yea)
  • sedikit daun sup dan daun bwg(potong)
  • 1liter air(agak2 1jug kecik je)
  • secubit garam(jika perlu)
  • bihun(secekak... rujuk pic yea)
bihun(secekak)
(Cikpooja suka guna bihun jasmine nih...lembut n sedap...bila masak xmudah lunyai)

Okeyyyyy jom menumih
*panaskan minyak(agak2 la yea)
*tumis bwg putih smpai kekuningan keemasan
*masukkan air,kiub pati ayam,lada sulah,daun sup daun bwg...
(Lada sulah tu lah sebenarnya yg buatkan rasa n bau bihun kita jd cam bihun pama tau!!...xdak lada sulah ni...mmg xjadi lah bihun pama kome)

*bila dah menggelegak kuahnya gluk3
  • masukkan bihun
  • reneh smpai bihunnya masak elok...
  • kalau xbape cukup rasa masin....bleh masukkan secubit garam(agak2 ikut citarasa la yea)
  • Okeyyyyy done!!
  • boleh dihidang...
  • kalau suka pedas...bleh taburkan serbuk cili ataih...adoii sedap weyhhh
  • kome wajib try...
Resepi Bihun sup yang mudah dan sedap


Nota kaki;
*nak tambah isi ayam atau carrot potong dadu pon boleh...lagi bertambah2 sedap

Kredit resepi ini kpd cik pooja

Tuesday, December 26, 2017

Resepi nasi minyak yang sangat mudah

Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak.. kalau teringin nak makan nasi minyak apa kata buat sendiri sebab resepi nasi minyak sangat mudah kalau nak buat..

Resepi nasi minyak yang sangat mudah
nasi minyak


Resepi nasi minyak yang sangat mudah

macam mana nak buat ini adalah resepinya..

Bahan-bahan Nasi Minyak

4 cwn Beras basmathi (pusa gold ekstra panjang)
rendam selama 30 minit..

====

5 cawan air
1 cawan susu cair
1 ketul kiub ayam

lepas dah rendam tu.. kita tumis pula bahan yang nak dibuat sebagai nasi minyak..

Bahan tumis :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
3 helai Daun pandan
4 sekawan (kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga & cengkih)
Garam
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Cara-caranya adalah :

tumis macam biasa... letak minyak,  dah panas letaklah bawang besar bawang putih yang dihiris.. pastu masukkanlah daun pandan sekali dengan 4 sekawan...kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga & cengkih

Pastu siap.,.. then korang letaklah nasi tadi yang dah rendam 30 minit dan kacau kasi sebati dalam bahan yang korang tumis tadi..pastu gaul-gaul.

Then baru masukkan kat rice cooker. letak creamer dairy champ kemudian air kosong serta 1 ketul kiub ayam. nak bewarna letak pewarna sikit macam kuning ke or letak je serbu kunyit skit je. kalau tak nak letak pewarna pun tak apa.. tu hiasan je.. dan panaskan sampai masak..

Resepi nasi minyak yang sangat mudah
nasi minyak
dah siap letak kismis ke or daun sup.. hehe sebagai hiasan..
.


Tuesday, October 31, 2017

Resepi Tempe Goreng yang sangat Mudah

Korang peminat tempe tak? Kalo macam aku mmg suka makan tempe walaupun makan macam tu je pun aku ok.. Lagi best bila makan tempe dengan nasi memang sedap! Lagi2x kalau tempe tu buat masak sambal..

Ok sekarang nak share resepi yang sangat simple tak perlu banyak bahan itu ini semua.. Just simple je tapi rasa memang terbaik!

Resepi Tempe Goreng yang Mudah
sekadar gambar hiasan. Sumber dari https://beritagar.id
Just nak share resepi Tempe Goreng simple

Bahan-bahan Tempe goreng

  • Tempe
  • Minyak masak nak goreng nanti
  • telur sebiji (guna yang warna putih sahaja)
  • Tepung Goreng Berempah SERI-AJI
  • Air kosong 
Resepi Tempe Goreng yang Mudah
Pakai tepung goreng warna kuning kalau tak nak pedas. 

Cara nak buat tempe Goreng Simple.. mudah je
  1. First korang potong tempe ikut korang nak buat bentuk macam mana.. Nak petak ke memanjang ke.. macam aku memang buat jenis petak.. 
  2. Kemudian sediakan mangkuk, letakkan Tepung goreng.. ikut korang lah nak tuang berapa banyak serbuk janji cukup untuk salut semua tempe tu nanti biar sebati..
  3. Telur tu pecahkan tuangkan telur yang putih je jangan dengan yang kuning.. Kuning tu biarkan je.. nak yang putihnya sahaja.. kemudian campurlah sedikit air biar blend dengan tepung jadi cantikk!
  4. Rasa dah macam ala2x tanah liat lembut gitu barulah masukkan tempe dan korang gaulkan biar sebati...
  5. Pastu panaskan minyak dan gorenglah tempe yang telah digaulkan dengan tepung tadi. 
  6. Dah siap!
Simple kan?.

Nampak simple tapi memang sedap gila.. tak payah tambah gula garam semua sebabnya Tepung tu sendiri dah ada rempahnya sendiri jadi ada rasa gitu.. 

Nanti rupanya macam tepung tu di salut dengan tepung macam sotong tepung... kira menjadilah janji sedap!

Bolehlah layan tempe goreng je sambil tengok tv.. hehe

Friday, September 1, 2017

Resepi Chicken Chop Dan Sos Cendawan Blackpaper

Kepada sesiapa yang berhajat nak masak Chicken Chop sndr.. Saya kongsi kan resepi utk sepinggan lengkap hidangan Chicken Chop di bawah..

Boleh masak sendiri sama ada utk jamuan family ke, jamuan hari jadi ke, nak buat untuk suami ke untuk diri sendiri pun boleh..

Resipi mudah.. tak sampai 1 jam dah siap

Resepi Chicken Chop Dan Sos Cendawan Blackpaper
sumber gambar dari RainnysJournal
RESEPI MUSHROOM BLACKPAPER SAUCE

Bahan-bahan:
1) 5 sudu tepung gndum (bancuh dgn air)
2) sos tiram 3 sudu
3) sos tomato 3 sudu
4) bawang holland 1/2 biji (cincang
5) butter 2 sudu besar
6) lada hitam kasar
7) kiub ayam 3 - 4 kiub (ikut thp kemasinan yg kte mahu)
8) air 1L
9) kicap pekat 2 sudu
10) cndwn dlm tin

Cara masak:
1) cair kn butter n goreng bwg holland smpi layu
2) msuk lada hitam..ikut kepedasan.. Nk pedas ltak lbih..
3) msuk kn 1L air.. N msuk kn bncuhn tepung gndum.. (Tapis supaya ketulan tpung x msuk dlm periuk).. Sntiasa kacau kalau x tepung jd berketul dlm periuk..
4) msuk kn semua sos & kicap pekat..
Tgk thp kepekatan kuah.. Kalau cair tmbh kn bncuhn tepung lgi..kalau pekat tmbh air..
5) msuk kn kiub ayam.. Ramas n hncur kn dlu..kalau msuk seketul die lmbt cair..
6) last sekali msuk kn cndwn butang..

Tips: msukkn cndwn butang dlm air pans kmdian bru msuk dlm kuah..
Kalau kurg masin tmbh kiub ayam.. Resipi ni tak pki garam sbb kiub ayam dh msin..
Siap!!

RESEPI AYAM CHICKEN CHOP

Bahan2:
Ayam - mmg khs utk ciken chop..
Tepung goreng ayam. (perap) - saya guna seri aji Spicy
Tepung goreng utk salut - saya guna Bestari
Telur - 2 biji

Cara:
1) ketuk (utk empuk) n perap ayam (tepung Seri Aji) selama 30 minit.
2) celup dlm telur yg dh d pkul..
3) salut dgn tepung (Bestari)
4) goreng dgn mnyk banyak (deep fried) smpi masak n garing..
5) siap n hdang dgn kuah n coleslaw

RESEPI COLESLAW

Bahan2:
Kobis beijing 1/2
Yogurt natural
Mayonis 3 sudu
Lobak
Gula 2 sudu

Cara:
1)Sagat kobis n lobak..
3)Msuk kn yogurt.. Saya guna yogurt yg kecil..
4)Msuk kn mayo & gula..
Ltak dlm peti ais.. Sdp d mkn ketika sejuk..
Siap!!

Selamat Mencuba...

Thursday, August 10, 2017

Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand

Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Aku kenal makanan ni melalui member aku yang ajak makan kat Bangi Square.

Harga Ming Kham RM8 kat situ

Rasanya macam mana?

Ini first time makan daun pastu sekali dengan bahan2xnya dalam daun tu pastu letak sambal manis dalam daun tu pastu korang ngap terus gto je. Rasa tu mula2x biasa je tapi lama2x jadi ketagih nak makan sebab sedap sangat... sebab ada sambal manis... takdela pedas tapi manis macam gambar dibawah yang dibahagian tengah..

Ini antara resepinya. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi

Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand
Sedapnya Makan Miang Kham Makanan Thailand
Gambar kat atas tu korang nampak daun, pastu ambil sikit2x bhagian tepi2x tu macam kacang, bawang, limau campurkan semua pastu tambah pemanis kat tengah tu..  

Bahan-Bahan Miang Kham

Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering

Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah :

Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan Miang Kham :

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.

Kacau dengan api perlahan

Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan :

Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.

kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎