Wednesday, April 1, 2020

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur, Kukus dan Bakar

Ada ke yang teringin nak makan puding caramel time ni? Nak pergi kedai banyak pula tutup kadang jauh pula nak pergi.. Apa korang buat sendiri tak perlu nak kukus dan bakar pun.. macam mana tu tengok resepit kat bawah.

Resepi Puding Caramel Tanpa Telur, Kukus dan Bakar

Bahan-bahannya adalah:

  • 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
  • 1 peket agar-agar serbuk (10g)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara Buat Puding Caramel

1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.

2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.

4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam....

6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...taraaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer.

Kredit buat Mawar Ali.

Dah try buat memang menjadi cuma manis yang amat. Jadi pandai-pandailah korang adjust kemanisannya macam mana nanti ya.

cantik kejadiannya puding caramel