Rasa Coconut Matcha Lucky Cup Macam Tebu

Rasa lama tak share pasal makanan dan minuman kat sini.. Kali ini nak share pasal kedai minuman famous iaitu Lucky Cup lebih kurang macam Mixue juga cuma Lucky Cup fokus on coffee macam tu lah. Lagipun Lucky cup tu pun under Mixue juga. Harga pun boleh tahan murah berbanding Zus. 

Sedap pun sedap juga tengok taste masing2xlah, macam saya rasa dia memang sedap lagi-lagi coconut latte. 

Biasanya saya minum kopi kalau kat Lukcy Cup macam biasalah latte atau coconut latte. Tapi kali ini nak try coconut matcha.

 

Coconut Matcha

Logo Lucky Cup

Sekali bila dah order dah siap, tengok macam takde pun susu kelapa dengan hijau semacamnya..

Pastu bila minum fuh.. rasa macam tebu. saya pula memang tak minum tebu.. perghh..piauu rasa dia..hujung-hujung tu adalah rasa matcha pahit semua..

Tetiba datang rasa menyesal plak order minuman ni.. 

Ingatkan pakai susu rupanya dia pakai air kelapa lah.. yang fresh dari kelapa tu.. bukan pakai susu kelapa.. 

nak tak nak memang kena habislah juga.  dah bayarkan kenalah habiskan. haha

Lepas ni nak kena double comfirm ngan cashier pakai susu ke water coconut kalau pergi Lucky Cup lagi..

Previous Post Next Post

Contact Form