Dah lama tak berjalan-jalan jauh. Jadi kali ni nak luangkan masa jap untuk jalan-jalan kat Melaka sempena hari jadi saya. Kali ini saya menginap di homestay berbanding Hotel sebab lagi berbaloi dari segi harga dan kemudahan.
Cuma yang lecehnya homestay ni kena tunggu whatsapp dari owner untuk dapat kunci rumah dan kena ikut step yang ditetapkan oleh owner.
Macam Costa Rica ni dia punya tempat ambil kunci kat mailbox ni betul-betul kat depan pak guard. Jadi sebelum masuk tu kenalah ambil kunci dan kad.
Dah selesai semua barulah boleh masuk guna kad yang disediakan. Kena angkat kad skit sebab kad jenis rfid kan jadi baru boleh palang buka untuk masuk.
Lokasi Costa Mahkota Memang Menarik
Kat Melaka saya memilih tempat menginap di homestay Costa Mahkota, Melaka. Lokasi dia agak strategik sebabnya dia tengah-tengah bandar dan berhadapan dengan pusat beli belah iaitu Mahkota Parade. Jalan kaki je dah boleh sampai kat Mahkota Parade atau jalan skit dah boleh sampai Dataran Pahlawan.
Homestay yang saya pilih ni ada 2 bilik dengan katil queen setiap bilik. Kira boleh stay untuk 4 orang lah tapi saya menginap 3 orang je lah. Bilik air siap ada bathub lagi dan air pun laju.
Konsep Apartment, Lebih Selesa Untuk Keluarga
Kawasan sini agak lama lah tempatnya tapi dan ada bau-bau perabot lama. Tak ada pewangi yang disediakan oleh owner, mujur membe suka bawa pewangi bilik terus wangilah homestay ni.
Homestay memang selesa sangat sebab ada dapur dengan kemudahan macam peti ais, microwave, kettle, penapir ais (macam tak berfungsi sebab tak sejuk dan tak panas), pinggan, semua ada lah. Kira nak masak semua bolehlah kat sini. Lagi berbaloilah dari book hotel.
wifi pun ada, laju pun laju.
Setiap bilik pun luas boleh solat dalam bilik. Nak solat kat luar pun boleh.
Kemudian ada balkoni kat luar bolehlah pemandangan jalan raya dengan Mahkota Parade.
Ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil..Cuma ada beberapa gambar lupa nak ambil macam swimminh pool dengan bilik air.
![]() |
| Ruang dapur |
![]() |
| Ruang makan |
![]() |
| Tempat tidur pertama. |
Ada Swimming Pool
Kat sini ada Swimming pool. Dia punya kolam renang tu agak besar ya untuk dewasa dan kanak-kanak pun ada. Cumanya saya tak sempat nak mandi kat sini sebab sebuk berjalan-jalan kat Melaka walaupun stay 2 malam kat sini.
Parking dan Kemudahan Untuk Bergerak
Untuk parking ni kena tengok whatsapp dari owner tempat mana yang perlu parking. Macam saya kena parking kat tingkat 2 dan wing 2 untuk naik lift ke homestay. Jangan salah pilih wings pula sebab dia ada banyak wings kat tingkat 2 sebab takot kad tak dapat detect nak masuk nanti.
Tempat parking pun ok dan tak ramai orang pun kat sini. Boleh parking mana-mana tempat kot sebab takde no plate kereta kat tempat parking.
takotlah terambil parking orang kan..
Tempat parking pun bersih dan selesa.
Apa Yang Saya Suka Tentang Costa Mahkota?
Secara keseluruhannya, perkara yang paling menarik mengenai penginapan di Costa Mahkota ialah:
- Lokasinya strategik di kawasan bandar Melaka.
- Sesuai untuk keluarga dan kumpulan kerana konsep apartment.
- Terdapat unit yang menyediakan parking percuma.
- Ada kemudahan seperti swimming pool.
- Mudah untuk bergerak ke kawasan tumpuan pelancong.
- Banyak pilihan unit dan harga mengikut bajet.
Kekurangan Yang Perlu Dipertimbangkan
Kekurangan kat sini ialah unit yang saya dapat tu ada bau-bau perabot lama kira tempat vintage mungkin sini dah lama bina kot kat Melaka.
Tv yang ada pun agak kecil dalam 32inci yang disediakan. Nak tengok movie pun macam tak syok plak.
Penapis air tak berfungsi. kira takde air panas dan air sejuk.
Penghawa dingin atau aircond tak berapa sejuk mungkin tak buat service berkala.
Head Shower tu patah tapi tak ditukar kepada yang baru. Nak mandi shower tu air melimpah-limpah keluar tak ikut aliran head shower sebab dah patah. Tapi boleh mandi bathub atau mandi kat bilik sebelah, bilik air lagi satu
Costa Mahkota Melaka Berbaloi Atau Tidak?
Secara kseluruhan Costa Rica memang berbaloi kalau nak stay bermalam kat sini sebabnya kawasan dia memang strategik.
Unit yang saya dapat pun memang puas hati cuma ada beberapa part macam kekurangan tu kira boleh handle lah.
Berbaloi dari segi harga dan kemudahan yang disediakan. Rating 7/10 ⭐



