Rasanya dah lama tak share pengalaman jalan-jalan ke luar negara mungkin sebab malas nak menulis kot. Jadi time tengah rajin ni saya share pengalaman melancong ke Turki antara negara paling jauh saya pernah pergi. Paling jauh pun saya pernah pergi pun di kawasan asia sahaja macam Indonesia seperti Batam, Jogjakarta, Pekan Baru kemudian Krabi, Thailand dan Vietnam iaitu Ben Than lupa dah nama tempat tu tapi antara tempat tumpuan pelancong Malaysia la datang situ. Semuanya kitaong pergi sendiri tanpa guna agent.
Back to the topic iaitu melancong kat Turki ni antara paling jauh la kan nak tak nak memang kitoang pergi satu keluarga ambil agent senang dan kalau boleh nak santai-santai macam tu dengan rombongan yang sendikit. Survey punya survey, mak decide ambil agent Arba travel. Harga pun bolehlah tahan sekali kala melancong jauh kan..
![]() |
| Tour guide sedang beri taklimat |
Masa first day, macam biasa kena tunggu kat airport KLIA dan berkumpul pada waktu yang ditetapkan.. nanti dorang akan bagi tentatif perjalanan dalam masa sebulan sebelum nak pergi ke Turki. Nanti akan ada agent Arba bagi taklimat semua tentang tiket semua nanti dorang akan tolong prepare sama-sama. Ada agent lain dari Arba juga akan ikut sekali nanti akan guide semua bila dah sampai kat Turki nanti
Flight transit Doha
Transit Flight dari Malaysia ke Doha mengambil masa 7 jam setengah macam tu, kemudian dari Doha ke Turki mengambil masa dalam lebih kurang 4 jam macma tu. Fuh, lama tak lama kan dalam penerbangan.. haha
Perjalanan semua ke turki dari 1 September 2025 sehingga 9 September 2025. 7-8 hari gak la kat sana. Walaupun banyak hari kat sana tapi serius cakap memang padat waktu dia dan banyak tempat kita akan explore dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada tempat tu memakan masa berjam-jam yang lama.
Jadi korang kalau kat sana pastikan dari segi fizikal korang tu kuat means kaki korang kuat masa bejalan nanti kat sana. Dari segi cuaca bila time september masa sampai tu tak panas tak sejuk. Angin dia tu kan bila kena kat kulit kita tu sejuk macam aircond macam tu. Tapi cuaca masih panas lagi. kadang hujan renyai macam tu. So, tak payah la mengada nak pakai baju sejuk tebal lagi. haha. Pakai baju biasa pun boleh dengan sweater biasa pun ok je.
![]() |
| Bas yang kitorang naik sepanjang perjalanan di Turki. |
Dari segi kemudahan penginapan, Alhamdulillah memang memuaskan family pun selesa. Ada satu tempat bila kitorang sampai je kt Turki, macam biasa lah tour guide dari Turki akan bawa pergi makan dulu kemudian akan terus menginap pertama di resort 1 malam untuk berehat.
![]() |
| Tempat makan pertama setelah sampai turki. Time ni dah maghrib dan sejuk |
![]() |
| Pintu masuk VonResot Hotel |
![]() |
| Bilik untuk 2 orang |
![]() |
| Pemandangan waktu pagi otw nak serapan |
![]() |
| Buffet serapan |
Beberapa Nama Hotel tempat Menginap
- Crystal kaymakli Hotel - Bukan hotel butik moden, mungkin sebab hotel kira dah lama beroperasi. Outdated orang kata, perlu ada beberapa naik taraf je lah. Perabot agak kelihatan lama. Kira hotel standard besar untuk pekej dan keluarga dan still selesa untuk menginap.
- Lycus River Hotel - Bilik nice cantik selesa, suasana dia pun best cuma kena banyak berjalan sikit sebab bilik dia jauh-jauh2x. Ada kolam air panas untuk lelaki dan perempuan.. korang kena try..
- Gold Majesty Hotel - Lebih moden dan kemas. Bilik dapat pun luas dan selesa
- Gonen Hotel - Sama macam Gold moden dan kemas. Standard hotel bandar. Tempat pun selesa dan yang paling best dekat dengan Shopping Mall.
Part 2 yang terakhir nanti saya akan share perjalanan dari satu tempat ke tempat yang menarik nanti ya..






