Tentang AkuBahrain

Pengenalan AkuBahrain

Berpengalaman dalam dunia penulisan selama hampir tiga belas (13) tahun, AkuBahrain berkongsi pelbagai jenis penulisan termasuk ulasan, pengalaman, panduan serta informasi berkaitan produk dan perkhidmatan.

Nama AkuBahrain pula tercipta daripada nama pemilik blog ini sendiri, iaitu Bahrain. Memandangkan nama “Bahrain” juga merupakan nama sebuah negara, maka tercetuslah idea untuk menggunakan nama AkuBahrain sebagai identiti blog ini  ringkas, mudah diingati dan mempunyai kaitan secara langsung dengan penulisnya.

Setiap perkongsian dalam blog ini ditulis dengan usaha untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan tidak menyimpang daripada fakta sebenar. Sekiranya terdapat sesuatu maklumat yang diragui atau diperoleh daripada sumber lain, semakan dan penelitian akan dilakukan terlebih dahulu sebelum ia dikongsikan kepada pembaca.

Bagi saya, seseorang penulis mempunyai tanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Menuduh tanpa bukti, menyebarkan fitnah atau memutarbelitkan fakta semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan trafik bukanlah prinsip yang saya pegang dalam penulisan.

Ada kalanya sesuatu artikel turut mengandungi pandangan, ulasan atau pengalaman peribadi. Dalam keadaan tersebut, ia akan disampaikan sebagai pandangan dan bukannya dianggap sebagai fakta mutlak.

Akhirnya, AkuBahrain bukan sekadar sebuah blog. Ia merupakan ruang untuk saya terus menikmati dunia penulisan, berkongsi pengalaman, menyampaikan informasi serta berkongsi ilmu yang mungkin dapat memberikan manfaat kepada pembaca.

Contact Form