Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, July 30, 2020

Jangan Terlalu Ambil Mudah Tentang Stroke

Ini adalah beberapa kes yang dikongsikan oleh Dr berkenaan dengan Stroke sepanjang beliau bekerja menjadi Dr berkaitan dengan Brain and Spine Surgeoun

Kisah Petanda Sakit Stroke


Kes 1 : Seorang perempuan berusia 35 tahun, mempunyai masalah darah tinggi. Ubat memang diambil setiap hari dan mengikut appointment doktor. 

Tiba-tiba didapati tidak sedarkan diri pada awal pagi. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan ada pendarahan di bahagian kiri basal ganglia, menyebabkan beliau lumpuh anggota badan di sebelah kanan. Tekanan darah tinggi 160/90

Kes 2 : Seorang lelaki berusia 41 tahun, tidak mengidap apa2 penyakit. Tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. 

Tiba-tiba mendapat sakit kepala yang kuat dan muntah di tempat kerja serta pengsan.
Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kiri cerebellum serta hydrocephalus. Tekanan darah sangat tinggi sehingga 220/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan rapi dan perlu pembedahan.

Kes 3 : Seorang perempuan berumur 38 tahun, mempunyai masalah darah tinggi.
Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak makan ubat darah tinggi kerana kerap pening apabila makan ubat.

Tiba-tiba merasakan kebas di anggota sebelah kiri serta sakit kepala yang kuat. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkn ada pendarahan di bahagian kanan thalamus. Tekanan darah yg sangat tinggi sehingga 210/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan dan rawatan.

Semakin hari, semakin ramai yang mengidap stroke ini. Semuanya pada usia yang muda. Dan stroke pendarahan ini amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. 

Sekadar peringatan kepada kita semua, untuk memberi perhatian kepada kesihatan kita sendiri. Pergilah buat pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun (umur 40 ke atas). Jangan sudah terjadi stroke, sehingga lumpuh sebelah badan, baru kita nk berusaha menjaga kesihatan. 

Antara pemikiran yg salah mengenai penjagaan kesihatan :

1. Aku muda lagi, buat apa nk pegi check
2. Lagi banyak jumpa doktor ni, lagi banyak pulak yg x sihat
3. Makan ubat nanti buah pinggang rosak
4. Bila dh start makan ubat, sampai mati kena makan ubat
5. Saya xde rasa sakit pun. Betul ke ni saya ada darah tinggi/kencing manis? doktor tipu saya ke?

Tanya lah doktor jika ada masalah kesihatan. Jagalah kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Jangan Ambil Mudah Pasal Stroke
sekadar gambar hiasan. contoh penghidap stroke

Saturday, July 11, 2020

Cara Sebenar Penggunaan Ubat Kumur/Mouthwash

Mungkin ramai yang tak tahu macam mana nak guna ubat kumur dengan cara yang betul. Mesti ramai ingat kumur je pastu bersihkan dengan air kosong kemudian settle.. Tapi cara itu adalah salah.

Cara Sebenar Penggunaan Ubat Kumur/Mouthwash
gunakan sukatan dengan secukupnya

Cara Sebenar Penggunaan Ubat Kumur/Mouthwash

Tak kisah apa pun jenis, listerine/oradex/colgate etc, cara still sama..

1. Guna bekas/cawan untuk tuang 20ml atau 4 sudu teh mouthwash. Jangan cairkan dengan air. Lepastu masukkan ke dalam mulut.

2. Sambil berkumur, kira di kepala 30 saat. Jangan risau kalau awal-awal kita tak boleh tahan sampai 30 saat, lama kelamaan kita akan biasa. Just make it as routine.

3. Semasa kumur, kibas-kibas kan mulut dan bergerak di semua arah supaya ubat kumur boleh reach semua tempat dalam mulut. Exercise mulut sikit hehe.

4. Dah siap 30 saat, ludah ubat kumur tadi di dalam sinki.

5. Part paling penting. Lepas ludah, jangan kumur dengan air biasa selama 30 minit. Jangan minum/makan selama 30 minit. Lepas tempoh tu baru boleh makan/minum/kumur.

“Spit don’t rinse” adalah kempen yang telah dijalankan oleh Oral Health Foundation UK setelah hasil kajian mendapati majoriti (62%) masyarakat akan membilas atau berkumur dengan air bersih selepas memberus gigi.

Amalan membilas selepas meberus gigi ini menyebabkan Florida yang terkandung di dalam ubat gigi hilang begitu sahaja. Rugi tau! Pensive face

Fluorida adalah bahan yang paling penting dalam ubat gigi/mouthwash. Ia sangat penting dalam penjagaan kesihatan mulut dengan menguatkan enamel gigi, menjadikannya lebih tahan terhadap kerosakan gigi. Ia juga mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh bakteria pada gigi kita

Selain itu amalan menggunakan ubat kumur selepas memberus gigi juga menyebabkan lapisan florida hilang. Menurut pakar, jika anda menggunakan cecair kumur, pastikan anda menggunakannya di waktu yang berbeza, bukannya selepas memberus gigi!

Fun fact: Kajian juga mendapati, kebanyakan orang yang membilas selepas memberus gigi/mouthwash akan membiarkan pili air terbuka dan membazirkan purata 12 liter air setiap hari! Tanpa membilas, seorang individu boleh menjimatkan 8,760 liter air setiap tahun!

Tambahan:

Berapa kali kena guna ubat kumur ni?
Suggested by dentist, twice perday.

Sunday, January 19, 2020

Betul ke Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya?

Heboh isu influenza di Malaysia ini adalah konspirasi BigPharma untuk menghabiskan stok vaksinasi.

Tahu kenapa dia boleh berkonspirasi begitu? Jawapannya senang. Sebab dia bukan doktor. Dia tak tengok pesakit yang kena Influenza.

Dato Dr Musa Nordin mengatakan semakin banyak kes Influenza yang berlaku kebelakangan ini. Ini benar menurut pengalaman saya juga. Kami melihat banyak kes batuk, selsema dan demam yang bila diuji dengan ujian makmal, positif Influenza.

Malah, terbaru, KKM membantu mempercepatkan perolehan ubat Tamiflu dan vaksin Influenza bagi premis swasta setelah melihat peningkatan permintaan terhadap rawatan tersebut.

Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya.

Tetapi, setiap tahun 3-5 juta kes jangkitan pernafasan yang teruk dari Influenza berlaku, menyebabkan kematian seramai 250 000 ke 690 000 orang di seluruh dunia.

Betul ke Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya?
Petanda sakit influenza


Orang yang Berisiko Rendah Dapat Serangan Virus Influenza


Memang benar, bagi orang yang berisiko rendah, ianya seperti batuk selsema biasa. Tapi ia berisiko menyebabkan komplikasi termasuklah kematian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:


  1. Wanita mengandung
  2. Kanak-kanak bawah 5 tahun
  3. Orang tua lebih 65 tahun
  4. Penghidap penyakit kronik seperti asthma, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  5. Mereka yang mempunyai imuniti yang lemah seperti pesakit AIDS dan penerima kemoterapi
  6. Mereka yang berat badan berlebihan (BMI lebih 30)
Betul ke Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya?
Golongan berisiko tinggi dapat virus Influenza


Sebab itu, vaksin disarankan pada mereka ini.

Tapi kalau saya tak ada risiko, wajar tak ambil vaksin?

Wajar! Sebab ia akan mengurangkan risiko anda kena demam panas, risiko anda tak tidur malam dek menjaga anak anda yang merengek akibat sakit badan kena Influenza. Hanya mereka yang pernah kena Influenza sahaja akan faham seksa rasanya.

Berbalik kepada auta antivaksin tadi. Memang jelas auta dia. Mari betulkan balik.

Virus Influenza memang ada beratus-ratus strain. Ia dibahagikan kepada A, B, C dan D.

Yang menyebabkan jangkitan bermusim dan wabak adalah Influenza A dan B. Influenza A dan B juga ada banyak jenis dan sentiasa berubah disebabkan mutasi virus. Kita gelarkan fenomena ini sebagai Antigenic Drift dan Antigenic Shift.

Bagi Influenza A, strain dikenalpasti berdasarkan Hemagglutinin dan Neuraminidase. H dan N. Dari sini lah kita dapat H1N1 dan sebagainya. Yang sekarang ini sedang menular adalah strain H1N1 dan H3N2. Malah, ia boleh dipecahkan lagi kepada beberapa subset lagi.

Eh, kejap! H1N1 tu bukan selsema burung ke?

Iya, virus ini lah dulu yang menyebabkan wabak (pandemic) satu dunia pada tahun 2009. Waktu itu kecoh sebab ia merebak ke seluruh dunia. Ia masih wujud kini, tetapi hanya menyebabkan jangkitan bermusim (seasonal Influenza). Bahaya tak? Sama seperti dahulu, ianya merbahaya kepada mereka yang berisiko tinggi yang dah saya jelaskan di atas.

Okay, now Influenza B. Kalau Influenza A dikelaskan mengikut H dan N, Influenza B dibahagikan mengikut keturunan sel (cell lineage). 2 jenis keturunan sel adalah B/Yamagata dan B/Victoria. Seperti juga Influenza A, ia juga boleh dibahagikan lagi mengikut keturunan sel seterusnya.

Faham tak sekarang? Influenza ini ada banyak jenis. Dan jenis yang menyebabkan jangkitan bermusim boleh bermutasi dan akan berubah-rubah.

Siapa yang pantau perubahan mereka ini?


World Health Organization (WHO) lah. Mereka ada jawatankuasa sendiri yang memantau Influenza ini. Ianya dikenali sebagai Global Influenza Surveillance and Response System, GISRS. Setiap tahun, mereka ini akan mengeluarkan saranan untuk strain apa yang perlu dimasukkan dalam vaksin. Ianya berdasarkan kajian dan pemantauan seluruh dunia.

Untuk merumitkan lagi kefahaman kita semua, saranan ini bergantung kepada kawasan mana sesebuah negara itu terletak. Ini kerana, seasonal Influenza ini lebih kuat menyerang pada musim sejuk. Dan kita tahu, musim sejuk adalah berbeza mengikut kedudukan sesebuah negara sama ada di
kwsn utara (northern hemisphere, NH), atau selatan (southern hemisphere, SH). Umumnya, saranan vaksinasi untuk kawasan utara dan selatan keluar pada waktu berbeza, merangkumi virus yang berbeza dan saranan suntikan diberikan pada bulan berbeza. Malah, negara yang berada di garisan khatulistiwa, juga dibahagikan kepada NH atau SH mengikut saranan WHO.

Hanya 2 negara sahaja terkecuali dari saranan bermusim ini.


Malaysia dan Kenya, dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kes Influenza sepanjang tahun (all year round). Bermakna, tidak ada saranan khusus strain mana yang nak disuntik atau bila nak disuntik. Istimewa betul Malaysia ni.

Bermakna, kita ada risiko 50-50 untuk diserang strain yang sama ada datang dari NH atau dari SH.

Saranan untuk NH dikeluarkan WHO pada bulan Februari, manakala saranan untuk SH akan keluar pada bulan September. Selepas ada saranan baru, akan ada vaksin baru, kalau ada perubahan dari segi virus yang menyerang. Sebab itu lah suntikan vaksin Influenza disarankan setiap tahun. Kerana setiap tahun, jenis virus Influenza dalam vaksinnya akan berbeza.

Ambil Suntikan Vaksin Influenza Setiap Tahun


Jadinya, kita di Malaysia, ambil lah suntikan Influenza setiap tahun, tak kisah pada bila-bila masa. Sebab, anda akan rendahkan risiko kena jangkitan Influenza sekurang-kurangnya 50%!

kenapa perlu ambil vaksin setiap tahun?

Antivaksin tak akan terangkan sejelas ini, sebab mereka tak faham konsep sebenar. Contohnya, dalam pos antivaksin ini, dia ingat dalam vaksin 2019 ada type A dan B, tahun lain, type lain pulak. Walhal, memang tiap-tiap tahun akan ada 2 strain Influenza A dan 2 strain Influenza B dalam vaksin quadrivalent. Yang berbeza adalah subset dan cell lineage nya.

Dalam minda mereka, vaksin ini hanyalah alat BigPharma nak buat duit. Walhal dia tak tahu, harga rawatan kalau masuk wad akibat Influenza adalah jauh lebih tinggi berbanding vaksin itu sendiri.

Jangan jadi antivaksin!


Perkongsian dari Dr Amirul Amzar

Betul ke Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya?
Langkah-langkah mencegah dari terkena Influenza

Banyak Khasiat Buah Labu Yang Tak Ramai Tahu

Labu adalah salah satu daripada sayur-sayuran yang mempunyai kalori yang sangat rendah. 100 g sayur labu menyediakan hanya 26 kalori dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol.

Khasiat Buah Labu Tinggi dengan Vitamin A


Labu kaya dengan serat pemakanan, anti-oksidaseperti vitamin-A, vitamin-C dan vitamin-E, mineral, vitamin.

labu pelbagai khsiat
Oleh itu labu adalah salah satu makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan untuk program mengawal kolestrole dan pengurangan berat badan.

Labu juga mempunyai vitamin A yang tinggi iaitu 7384 mg dalam setiap 100 g labu.

Vitamin A adalah anti-oksidan semulajadi yang kuat dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kecantikan kulit. Ia juga adalah vitamin yang penting untuk penglihatan visual yang baik. Ia membantu melindungi dari kanser paru-paru dan kanser rongga mulut.

Ia juga adalah sumber yang sangat baik banyak poli-sebatian fenolik flavonoid semula jadi seperti α, karotin ß, cryptoxanthin, lutein dan Zea-xanthin.

Zea-xanthin adalah antioksidan semulajadi yang menapis pancaran sinar UV (ultra-violet) dan melindungi macula lutea dalam pada retina mata.

Buah labu juga adalah sumber yang baik kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, niasin, vitamin B-6 (pyridoxine), thiamin dan asid Pantothenic.

Ia juga adalah sumber yang kaya dengan mineral seperti tembaga, kalsium, kalium dan fosforus.

Monday, July 1, 2019

Rambut Gugur Kurang Guna Produk Seborin Hair Tonic?

Pernah ke dengar nama produk Seborin Hair Tonic. Produk ini merupakan dari brand Schwarzkopf. Antara produk rambut paling ramai beli kat shopee dan kedai farmasi macam watson dan guardian.

Kebanyakkan review yang positif. Macam tak caya rambut kat kawasan botak tu dah tumbuh balik Rambut gugur pun dah kurang. Kalo tak dulu besepah satu rumah.

Berbaloi baloi beli tonik ni dekat watson.RM40-50 cm tu lupa dah.  Tapi besar botolnya bleh tahan 3-4 bulan.Bila pakai kat kepala sejuk je kepala, skali gus mengurangkan sakit kepala.

Cara Pakai Seborin Hari Tonic


Cara pakai lepas shampoo tu. spray kan benda ni atas kulit kepala, bukan kat rambut eh. Kat kulit kepala. Pastu urut2. Then biar kan je . Memula mmg ada bau cm ubat tapi akan hilang after few minutes. 🔥. (Beli botol jenis Spray kat diy ke daison pun ada) Pastu masukkan sikit seborin tadi ke dalam botol spray baru. Supaya senang nak spray kat bahagian kulit kepala..

Rambut Gugur Kurang Guna Produk Seborin Hair Tonic?
Sesuai untuk rambut gatal dan bekelemumur

Rambut Gugur Kurang Guna Produk Seborin Hair Tonic?
ta daa... takde dah rambut gugur. 

Sunday, May 20, 2018

Supplement Berocca Viral Milik Tun Dr Mahathir

Supplement Tun M (Berocca)

Sejak gambar Tun M dinner tu tersebar tu, semua nak ikut apa yang Tun M ambik. Saya pun sejak semalam ada few orang PM saya tanya pasal supplement yang Tun M ambik tu.

Selama ni memang banyak je farmasi jual, tapi orang tak heran pun nak beli walaupun kita ada juga advice on kebaikan dia. Takpelah, harini saya komen sikit pasal Berocca ni ye.

Berocca ni kandungan dia Vitamin B (8 jenis), Vitamin C dan essential mineral macam magnesium, zinc, calcium dan macam2 lagi.

Supplement Berocca Viral Tun Dr Mahathir
Supplement Berocca Viral Tun Dr Mahathir 

Antara kebaikan dan fungsi Berocca adalah:

1. Boost stamina by boosting energy release
2. Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.
3. Mengurangkan keletihan dan kelesuan (tiredness and fatigue).

Ada yang nasihat kata tak perlu supplement2 ni sebab cukup dah apa kita makan. Tapi percayalah, bila anda jenis yang kerja menggunakan physical, atau anda seorang pelajar yang banyak memerlukan otak untuk berfikir, anda akan mendapat manfaat dari pengambilan supplement.

By the way, BEROCCA ni kalau anda tanya saya sebagai seorang ahli farmasi, saya akan advice untuk ambil bila anda memerlukan je. Tak perlu ambil hari2.

Macam Tun M, hari2 dia memang hectic dan dia perlukan something untuk boost tenaga dia sepanjang hari. So, patutlah dia ambil setiap hari.

Macam saya, saya ambil bila saya kena pergi outstation yang memerlukan saya drive 4-5jam straight. So, jika anda tahu yang haritu anda akan perlukan tenaga extra atau perlu menghadiri long meeting or long lectures yang memerlukan mental concentration and sharpness, ambillah sebiji Berocca ni. Insya Allah, dengan izin Allah it will help your day.

Berocca ni ada je few alternative dia. Surbex Zinc dan Redoxon pun antara yang bagus juga. So, kalau anda cari Berocca sekarang kat farmasi, and Berocca out of stock (maklumlah, bila benda dah viral, memang sentiasa habis), boleh je beli Redoxon atau Surbex Zinc. Biasanya orang nak yang sama jugak! hahahah...

Berocca > Surbex Zinc > Redoxon

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies

Hariht Faisal yg mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menguruskan badan ke tahap ideal.

Berikut adalah perkongsian dari beliau berkenaan dengan sahur cara sihat dan turunkan berat badan.

SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN

Ini pun kali pertama saya sambut Ramadhan dengan resepi ni. Ramadhan tahun lepas saya dah cuba macam-macam cara nak sahur cara sihat dan turunkan berat badan, semua tak sesuai dengan saya. Dah cuba diet telur, diet atkin pun tak jadi juga.

Tahun ni memang saya dah tak perlu fikir nak sahur apa, memang saya buat segelas banana smoothies dan segelas teh hijau sajalah. Tahan lapar sampai waktu berbuka. Memang menjadi wei. Esok pagi cubalah!


Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.

Ini link dia kalau kau nak baca dan amalkan juga ---> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739704652706526&id=100000010250265

Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.

Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!

SARAPAN NASI LEMAK PARU

Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.

Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.

Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.

BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum

Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.

Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.

PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA

Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.

Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!

Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.

Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.

Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata "No sugar. No preservative". Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.

BOSAN SARAPAN YANG SAMA

Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.

Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies
pisang jenis Cavendish
 Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.

Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!

JADUAL MAKAN SEHARI

9.00 am: Oat smoothies + air kosong

11.00 am: Teh hijau + air kosong

1.00 pm: Buah + teh hijau

3.00 pm: Air kosong

6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong

9.00 pm: Teh hijau

Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.

Ini link resepi ayam dan sayur grill yang saya pernah kongsikan hari tu ---> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1746338702043121&id=100000010250265

ENJOY MY DIET

Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.

Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.

Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.

Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.

Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.

PENAFIAN

Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.

Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.

Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! - HF

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies
Beza dulu dan sekarang


Monday, May 14, 2018

Punca Kenapa Tahap Kesuburan lelaki Lemah

.Ketidaksuburan atau kemandulan bermaksud ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki, memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kira-kira 60 peratus daripada kes pasangan yang mengalami masalah ini membabitkan faktor lelaki.

  • Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masalah kesuburan berpunca daripada lelaki manakala 20 peratus lagi adalah gabungan faktor lelaki dan wanita.
  • Kerana itulah apabila satu-satu pasangan itu mengalami masalah untuk mendapatkan anak, orang lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan dan bukannya wanita sahaja,

Menurutnya, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah kemandulan tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Sesetengah daripada mereka yang mempunyai gangguan hormon mungkin mendapat isyarat dari segi perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada mahupun menghadapi kesukaran fungsi seksual.

Punca Kenapa Tahap Kesuburan lelaki Lemah


  • Kesukaran ereksi dan ejakulasi. Kira-kira lima peratus pasangan tidak subur berhubung rapat dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal memperoleh atau mengekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, dalam jumlah yang kurang dan ke arah belakang serta, kerap melancap.
Punca Kenapa Tahap Kesuburan lelaki Lemah
Punca Kenapa Tahap Kesuburan lelaki Lemah
Kekerapan dalam melakukan hubungan seks memainkan peranan yang penting. Kajian mendapati, pasangan yang bersetubuh purata empat kali seminggu akan mengandung selepas enam bulan.



  • Air mani yang tidak normal. Air mani yang terlalu tebal boleh menyukarkan sperma untuk bergerak ke trek reproduktif wanita.


  • Varikosele. Kumpulan vena (pembuluh darah) yang mengembang dan bergumpal-gumpal (seperti vena varikos yang berbelit-belit pada kaki) di dalam skrotum (kantung zakar) disebabkan oleh darah yang tidak mengalir keluar dengan betul dari skrotum.


Akibatnya - lebihan darah bertakung di dalam skrotum. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap pengeluaran sperma.

Bagaimanapun, keadaan ini merupakan punca ketidaksuburan lelaki yang paling berpotensi untuk dirawat melalui pembedahan kecil pesakit luar, kata Dr. Zamri.

Adalah dipercayai, hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran mani menyebabkan pembentukan benih tertindas.

Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih khususnya bagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori atau mereka yang perlu memandu beratus-ratus kilometer dalam cuaca panas.

Lelaki yang terdedah kepada radiasi misalnya seseorang yang mendapat rawatan kanser buah zakar juga boleh menjadi mandul ataupun menjejaskan kesuburannya.

- Kriptokidisme. Buah zakar yang gagal menurun ke dalam kantungnya, satu atau kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan kemandulan tetapi lebih penting lagi adalah kaitannya dengan kanser buah zakar.

- Penyakit-penyakit semulajadi seperti Sindrom Klinefelters di mana lelaki mempunyai buah zakar yang amat kecil dan tidak mampu mengeluarkan benih.

Terdapat juga penyakit yang menyekat saluran dan karung air mani atau pun saluran air kencing. Kerana itulah sesetengah lelaki dilahirkan dengan saluran air kencing yang terbuka pada sisi bawah zakar (hipospadias) atau atas (epispadias) sedangkan bukaan sepatutnya pada hujung zakar.

- Jangkitan yang terjadi ke atas buah zakar dan saluran air mani seperti beguk, tibi, penyakit-penyakit alat kelamin seperti gonorea dan siflis yang menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani

- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan penghasilan sperma serta fungsinya. Sesetengah ubat boleh menyebabkan disfungsi ejakulasi.

Contohnya, ubat antikulat Ketoconazole, Sulfasalazine untuk merawat penyakit keradangan usus, Spironolactone (antihipertensi) dan Allopurinol, colchicine (gout).

Diagnosis

Seseorang lelaki itu dikatakan subur apabila buah zakarnya mengeluarkan sperma sihat yang mencukupi.

Sperma juga hendaklah dipancutkan dengan baik, terus ke dalam faraj wanita. Ujian ketidaksuburan lelaki bertujuan menentukan jika ada di antara proses-proses ini yang rosak atau lemah.


  • Pemeriksaan fizikal meliputi pemeriksaan alat kelamin dan soalan-soalan berkaitan sejarah perubatan dan tabiat seksual


  • Analisis air mani adalah penyiasatan terpenting bila bercakap mengenai kemandulan lelaki.


Doktor akan meminta contoh air mani untuk diperiksa, sebaik-baiknya didapati hasil pengeluaran sendiri (onani).

Air mani tersebut kemudiannya akan dianalisis di makmal dari segi kuantiti, warna, kehadiran jangkitan atau darah, sebarang kejanggalan rupa bentuk atau struktur serta pergerakan sperma.

Pengambilan contoh air mani mungkin perlu diulang terutamanya jika ia langsung tidak mempunyai benih, satu keadaan yang dikenali sebagai azospermia.


  • Pemeriksaan lanjut biopsi buah zakar akan dilakukan sekiranya timbul keadaan ini (azospermia) di mana secebis tisu buah zakar akan diambil untuk kajian mikroskop. Pesakit akan dibius setempat.


  • Ujian hormon, di mana darah pesakit akan diuji bagi menentukan tahap testostero serta lain-lain hormon lelaki.

Rawatan Yang Disarankan Untuk Lelaki

Kualiti air mani pesakit selalunya menunjukkan peningkatan selepas melalui rawatan ubat-ubatan seperti hormon dan antibiotik atau, prosedur pembedahan.

lelaki yang ketidasuburannya tidak diketahui punca (idiopatik) boleh melakukan beberapa perubahan gaya hidup bagi tujuan yang sama, meningkatkan analisis air mani,kata Dr. Zamri.

Lelaki dengan analisis air mani yang lemah dan tidak boleh dirawat atau sebabnya tidak diketahui masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan anak melalui teknologi reproduktif yang dibantu oleh makmal.

Antaranya, yang paling popular adalah persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) dengan menyuntik sperma tunggal secara langsung ke dalam telur.

Perubahan gaya hidup dan saranan umum

Amalkan gaya hidup yang sihat

  • Pakailah seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar sahaja kerana penggunaannya yang amat ketat juga boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki.

Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.

  • Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih


  • Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri tengah subur adalah penting umumnya pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan


  • Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma


  • Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita
  • Bersenam. Senaman seperti aerobik membantu meningkatkan tahap testosteron, seterusnya mendorong kepada penghasilan sperma yang meningkat


  • Hindari suhu panas yang boleh menyumbang kepada pengeluaran sperma terjejas


  • Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Sesetengah pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang lelaki walaupun belum terbukti kesahihannya.

Inilah Tahap seorang Lelaki Subur Potensi Tinggi Miliki Zuriat

Tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya.

Inilah Tahap seorang Lelaki Subur Potensi Tinggi Miliki Zuriat

Inilah Tahap seorang Lelaki Subur Potensi Tinggi Miliki Zuriat
Tahap seorang Lelaki Subur Potensi Tinggi Miliki Zuriat
Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

  1. Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.
  2. Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.
  3. Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.
  4. Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.
  5.  Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Fakta Tentang Sperma lelaki

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

Pengaliran Sperma Yang Mantap:

Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.

Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.

Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.

Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.

Air mani cair tidak bermakna tiada benih:

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.

Friday, May 4, 2018

Dulu Gemok Macam Panda Sekarang Handsome Gila

Macam mana nak Kurus?

Nak kurus? Makan! Ya makan dan minumlah anda akn kurus tp makan makanan ini pd waktunya:

Sarapan : Oat, cia seed, madu, hot greentea,apple cider

Lunch : Anything as long as based ayam, ikan and wajib ada sayur

Dinner : Ermm takde heavy dinner, cuma snacking (kiwi, tembikai, epal, betik as long buah buahan)

Air masak wajib 3-4 liter per day.

Hanya elak dan kurangkan nasi, garam,gula, minyak dan santan.

Dulu Gemok Sekarang Handsome Gila
macam azizan osman pun ada..

Dulu Gemok Sekarang Handsome Gila
comell

===

Dulu Gemok Sekarang Handsome Gila
sekarang hot Handsome.


Sunday, April 22, 2018

Kenapa Pula Milo Minuman Paling Teruk?

Mata secara tiba2 kabur 80% or 90% at 4am. Then totally become red in the circle area. The main factor because of my sinus problem and attacked my eye.

Semalam 17/4/2018 perform sinus operation dari 16.30 to 18.30. Faktor utama dan punca utama ialah pemakanan kita. Doctor cakap jangan minum milo kalau boleh buang milo terus dari hidup kita.

Sinus ni makin worst sbb pemakanan. Makanan manis dan berkarbo salah satu punca utama sinus. Why milo? Terkejut atau tak, jawapan Dr adalah Milo minuman paling teruk sekali. Dr keep mention no milo in your life.

Milo adalah minuman yang 0 koko dan penuh dengan gula. Bila kita minum minuman manis terutama Milo, darah naik, air mata, air liur, hingus semua ada glucose, germs suka glucose. Jadi kuman pun cepat merebak.

Kenapa Pula Milo Minuman Paling Teruk?
Milio mempunya kandungan gula yang tinggi
Dalam kes aku ni, seriously aku mengaku mmg fans Milo. Tiap hari minum Milo, kadang2 bergelas2 dalam sehari. Hari yg aku warded, before tu aku minum Milo ais kepal n Milo panas. Tu yg makin teruk. Dr kata sinus aku mmg teruk, aku je tak tahu.

Tulang hidung bengkok, dan dalam hidung bengkak sampai tertutup penafasan. Percaya tak yg selama ni aku sgt tak selesa dengan penafasan hidung, selalu bersin, kahak, pening kepala. Tak sangka pula sbb sinus aku makin teruk. Nasib aku baik sbb dpt amaran kuman attack mata, Dr kata akan lebih teruk kalau dah attack otak. That’s why terus decide utk operate.
.
Selain Milo yg teruk, Dr pesan jgn tertipu dgn makanan yg kita ingat berkhasiat tu.
  • cth Oat tak bagus sebenarnya. Di london dia bg mkn kuda weh.
  • Coco crunch, dia tulis choc taste. Takde coco pun sebenarnya. Manis sahaja
  • Air dutch lady, dia tulis flavoured je. Bukan susu sbenar. Dr kata dia pgg air tu melekit, means penuh gula. Tapi utk budak2 sesuai sbb diorang perlukan zat2, vitamin2 dalam susu tu untuk pembesaran diorang. Kita yg adult, 21 years above dah tak perlu zat tu, jd dia akan tersimpan dalam liver dan akan kd fatty liver.
  • Tropicana twister tu banyak sgt gula. Dr kata coca cola lg bagus hahah
  • Fruit juice n buah2 yg aku ingat berkhasiat sgt tu tak elok sbb kandungan gula tinggi
So kesimpulan, utk sinus ni kita boleh control utk kurangkan makanan n minuman manis, malt drink mcm horlick, elak soya, kekacang, shellfish, mee2, roti boleh maximum 2 slices per day.
.
Ini semua penerangan dari doktor sendri. And kita boleh ubah gaya hidup n pemakanan kita jgn sampai jadi seperti saya terpaksa buat pembedahan 20k

Kita mampu mengubahnya sendiri jika kita elak semua pemakanan yang tidak sihat lagi-lagi kandungan gula yang terlampau tinggi. Jangan selalu amalkan pemakanan tidak sihat.

Friday, March 2, 2018

Punca Pesakit Pulang Balik Bungkusan Insulin Mengejutkan

SEORANG pesakit yg masih hidup dan tanpa rasa bersalah dtg bawak satu bungkusan insulin dan serahkan pd farmasi.. Katanya TAK GUNA. Hmmmmm

Tau x.. Smua ni ada 45 kotak.. Sekotak ada 5 catridges insulin.. Satu kotak ubat ni hrganya RM42.. Dan yg paling mnyedihkan smua insulin nih dah ROSAK!!!!

45 kotak x Rm42= jumlah keseluruhan PEMBAZIRAN sbnyk RM1890.00!!!

Punca Pesakit Pulang Balik Bungkusan Insulin Mengejutkan
Bungkusan Insulin
\Knapa jd mcm ni??? Sbbnya pesakit suka AMBIK MUDAH dan x pernah fikir tntang nilai ubat yg mereka trima.. Dgn kata lain.. X bersyukur!!! Kufur nikmat!!!

Btw.. mana2 pesakit yg dtg frmasi n yg nk ambil ubat dgn i.. Habislah uols.. as a penolong pegawai frmasi i akan tanya samada pesakit ada ubat lebih atau tidak dirumah.. Kalau ada lebih.. I akan suruh pesakit habiskan yg mana ada dirumah dan dgn pantas jari jemariku ini akan mengurangkan bekalan yg diberi supaya tidak ada pembaziran sebegini!!!

One more, bila pesakit pulangkan ubat ke frmasi.. Jgn ingat kami akan guna kembali.. Kami ada SOP yg perlu kami patuhi.. Kami perlu menilai dari bnyk aspek.. Kdg2 bungkusan yg pesakit pulangkn ke frmasi ada bau lipas, ade najis cicak dan tikus, ada yg bungkusan ubat bercampur sayur, kotak ubat yg putih jd kuning sekuningnya siap pakej dgn bau belacan dan sgt hapak.. For me, bila pesakit pulangkn ubat, kami hanya bantu pesakit utk lupuskan sahaja ubat tu.. Xkan kami nk guna ubat tu utk pesakit lain.. Against the SOP namanya..

Uols kalau nk tahu.. . Negara Malaysia adalah satu2nya negara yg mmberikan pembekalan ubatan percuma kpd rakyat dan caj perkhidmatan ksihatan negara kita adalah paling murah didunia.. Tidak ada satu pon negara lain di dunia ni yg mana caj perkhidmatan kesihatannya semurah di negara malaysia.. Lbih kurang 98% caj rawatan pesakit ditanggung spnuhnya oleh subsidi krajaan.. Jd tolong la bersyukur.. Reti bersyukur x??? Kalau x reti bersyukur.. Baca ayat kat bawah nih!!

"...Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkari dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir” [An-Nahl : 83]..."

Wednesday, February 21, 2018

Kelebihan Bawang Penyerap Semua Virus dan Bakteria

Mungkin ramai yang tak tahu tentang kelebihan Kelebihan bawang yang bagus untuk kesihatan terutamanya dalaman lelaki. Tapi ada kelebihan lain yang sangat menakjubkan iaitu sebagai penyerap semua virus dan Bakteria..

Betul ke?

Jom baca kisah menarik tentang Bawang

KES PERTAMA

Seorg doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yg lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2.

Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit.

Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yg telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah.

Doktor amat tertarik dan meminta utk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut.

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

KES KEDUA

Disebuah kedai gunting rambut yg banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya.

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yg telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kelebihan Bawang Penyerap Semua Virus dan Bakteria
Kelebihan Bawang Penyerap Semua Virus dan Bakteria
KES KETIGA

Seorg yg terkena pneumonia menemukan artikel yg mengatakan utk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dgn garpu pada salah satu hujungnya.
Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit.

 Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya.

Bawang merah yg berfungsi sebagai magnet yg menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yg amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dgn cara yg betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yg menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

=====

Adalah berbahaya utk mengiris bawang merah dan menggunakannya utk dmasak esok hari

Info ni sgt2 berguna..sila lah share, moga membawa kebaikan pd org lain ! 🌿.

Thursday, February 15, 2018

Kosmetik Bernotifikasi Belum Tentu Selamat?


Persoalannya kenapa sistem notifikasi bukan sistem pendaftaran seperti produk ubat? 

Sebenarnya dari tahun 2002 hingga 2007, produk kosmetik dikawal melalui sistem pendaftaran. Namun bermula 1 Januari 2008, sistem ini digantikan dengan sistem notifikasi selaras dengan SKIM HARMONISASI KOSMETIK ASEAN dengan menggunapakai dan melaksanakan ASEAN Cosmetic Directive (ACD). Dengan ACD, semua negara ASEAN bersetuju melaksanakan Sistem Notifikasi sebagai sistem kawalan kosmetik untuk negara ASEAN.

Kosmetik Bernotifikasi Belum Tentu Selamat?
Kosmetik Bernotifikasi Belum Tentu Selamat? 

Bermaksud bukan Malaysia sahaja menggunakan Sistem Notifikasi, tetapi semua negara ASEAN juga menggunakannya malah ada negara Eropah juga sama.

Ini juga menerangkan kenapa nombor notifikasi tidak diwajibkan dilabelkan pada produk kosmetik? Kerana ketetapan di bawah ACD.

Produk kosmetik yang bernotifikasi tidak bermaksud produk tersebut telah diluluskan oleh KKM! Ia hanya sekadar pengisytiharan syarikat kosmetik berkenaan maklumat produk kepada NPRA sebelum dipasarkan.

Jika di peringkat pengisytiharan ini, syarikat kosmetik tersebut menipu NPRA, maka produk yang menipu lah yang berada dalam pasaran. Ia bukan sekadar pengguna ditipu, KKM juga ditipunya pun adoi!


Bagaimana NPRA nak kesan produk penipu ini?

Melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi. Sebab itu wujudnya sidang akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM yang menyenaraikan kosmetik yang ditarikbalik notifikasinya kerana pelanggaran syarat-syarat notifikasi. Sidang akhbar ini adalah juga ketetapan di bawah ACD.


Bagaimana pula founder menyatakan bahawa produk mereka yang ditarikbalik adalah produk fake atau palsu?

Jika panadol palsu, ia hanya sekadar tablet tepung sahaja. Tidak mengandungi apa-apa bahan aktif untuk keuntungan yang berlipat ganda. Maka amat mustahil kosmetik dikatakan palsu tetapi mengandungi merkuri di dalamnya. Memasukkan merkuri di dalam kosmetik tersebut sudah pasti meningkatkan kos pengeluaran kosmetik tersebut.

Pendapat saya insan kerdil ini (pendek la jugak), sistem notifikasi adalah menitiberatkan SELF-REGULATORY. Syarikat pengeluar kosmetik BERTANGGUNGJAWAB memastikan produk kosmetik mereka SELAMAT dan BERKUALITI.

Maka pesanan buat semua pengguna kosmetik, pilihlah syarikat kosmetik yang berkredibiliti dan berintegriti tinggi. Jika telah ada produk mereka mempunyai sejarah yang buruk, BOIKOT sahaja syarikat ini. INILAH HAK DAN KUASA PENGGUNA. Gunakanlah...

Pada tahun 2015 sahaja, terdapat lebih kurang 145,000 produk kosmetik bernotifikasi di pasaran Malaysia! Janganlah jadi seperti digembar - gemburkan perihal wanita, pakaian sealmari penuh, tetapi menyatakan tiada pakaian yang boleh dipakai hari ini.

Sumber : www.myhealth.gov.my/kawalan-produk-kosmetik-di-malaysia/

Kenyataan Akhbar KPK 24 Jan 2016:Kawalan Kosmetik di Malaysia

Friday, February 9, 2018

Kenapa Doktor Tidak Galak Ambil Supplement?

Patient tanya saya

1. Kenapa doktor sangat sangat tak suka supplement?

saya jawab
1. saya tak tahu kandungan dia puan dan saya tak belajar apa benda yang dia letak dalam air tuh puan.. dan mahal pulak tu puan

Kenapa Doktor Tidak Galak Ambil Supplement?
sekadar gambar hiasan
2. Jadi doktor tak lah PAKAR sangat sebab tak tahu kandungan dia

aha kak saya tak pakar dalam supplement tu kak sebab ilmu saya dapat dari universiti yang kerajaan taja saya sebanyak RM 500 000 tak ajar benda ini puan. May be tempat saya belajar Universiti Malaya yang sekarang ini no 193 dalam dunia tak hebat sangat kot

3. Doktor tau tak supplement yang saya makan ini boleh menyembuhkan sakit buah pinggang

oh saya tak tahu sebab supplement tu tak da dalam buku medikal atau journal Q1 Q2 dan tak da dalam blue book KKM (senarai ubat ubat sah) puan

4. tapi doktor depa cakap diLULUSKAN oleh KKM

oh ya mmg betul sebab supplement tu di daftar kan sebagai makanan tambahan bukan sebagai ubat ubatan penyembuh .... ade berani mereka nak daftar sebagai ubat penyembuh .. on the spot KKM check kandungan supplement tu ... kalau untuk makanan tambahan cara kerja untuk memastikan kandungan barang tersebut melalui proses lain

5. Tapi ni makanan sunnah ni doktor takan kita nak elakkan makanan sunnah

Ya saya tahu ade habatussauda ada kurma ada campur air zam zam lagi WOW ... tapi kalau puan tgk kandungan dia ada sarang burung entah ape ape entah .. tak tahu plak NABI kita suruh makan sarang burung ..

6. Jadi Doktor cakap penjual supplement itu penipu

YA PENIPU sebab sebarang makanan tambahan mengikut akta yang tertera mereka tidak boleh iklankan makanan supplement itu boleh menyembuh ini dan itu.. KALAU mereka CLAIM beerti Meraka SALAH dan PENIPU ...

6. Tapi mereka ade testimoni

Puan testimoni boleh DIBELI .. kalau saya bagi akak RM 5000 akak berani cakap gula gula saya sedap ... mesti la beratur panjang orang nak RM 5000 tu kak (ini contoh). Tapi Ubat KKM melalui proses Clinical Trial melalui beberapa fasa bukan hasil dari kilang terus boleh pakai, mereka terpaksa melalui percubaan melalui binatang, manusia, reaksi, kelebihan, sampai la terbukti mereka boleh dipakai guna

kami tak pakai google sebagai rujukan kami pakai Q1 Q2 journal untuk melihat kesahihah artikel pasal ubat ubat kami ..

7. tapi ni usaha saya untuk sembuh doktor

Puan nak sembuh tu puan adakah kita terus dengar cerita dari orang yang tiada tauliah tentang ilmu medikal ?

macam puan nak p dengar ceramah agama .. puan pilih tak ustaz mana puan nak dengar .. puan rasa puan nak pilih ustaz dari yaman ke ustaz google

macam sakit sakit la ... puan nak dengar manusia yang dapat MD MBBS and MMED / MRCP ni ke atau puan nak dengar manusia yang dapat anugerah sijil GOOGLE

terkedu makcik tu ... dan dia terus cakap ok lah doktor saya buang V*V*X tu

sekian

Kisah Dr. Cuba Menyelamatkan Pesakit Tapi Begini Akhirnya

Orang lain baru nak bersiap p kerja, saya masih terpacak kat hospital sejak pukul 8 pagi semalam dan berterusan sampailah pukul 5 petang nanti. Kalau oncall memang boleh jadi spesis zombie kampung pisang.

Hari ni saya nak kongsikan satu kes pesakit saya sewaktu oncall semalam. Saya medical MO in charge casualty (kecemasan), referrals satu hospital dan ICU. Memang penat, kadang-kadang saya mengeluh tapi tu tanggungjawab so saya tak boleh kompelin banyak.

Kisah Doktor Cuba Menyelamatkan Pesakit Tapi Begini Pengakhirannya
sumber dari Emy Roberto
Pukul 10 malam, referred case dari district sampai. John Doe, 44 tahun, bujang, tak pernah sakit apa-apa sebelum ni, chronic smoker. Datang-datang ja memang dah intubated (memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin ventilator) dan tekanan darah sangat rendah (terpaksa support dengan inotrope-ubat untuk bantu naikkan tekanan darah).

Tgk chest x ray...mak aiii...teruk gila...terutamanya bahagian kanan paru-paru. So saya minta bapa pesakit masuk, ambik history segala. Pendek kata, pesakit tak sihat cuma dua hari. Batuk-batuk, sesak nafas dan makin teruk sbb tu bawa ke hospital.

Saya : dia merokok ka pakcik? (Soalan standard yang saya tanya kalau pesakit datang dengan simtom yang berkaitan dengan pernafasan)
Pakcik : ya, doktor. Kuat betul dia ni merokok, sampai satu kotak satu hari.
Saya : oo... (Tak hairan sbb ada pesakit sampai dua kotak sehari. Serius hardcore, gaya macam fogging paru-paru okey)

Habis attend pesakit tu, saya jalankan tugas macam biasa. Turun naik wad. Tengok mana yang perlu. Jam 5 pagi, handphone saya berbunyi...damn, nombor hospital. Kawan (casualty MO) telefon.

Kawan : emy, patient yg lobar pneumonia tu asystole. Dah CPR dua kali...revived..asystole balik..skrg tgh cpr...macam tak ok ja ni...

Saya : huh? Shit...(saya mencarut kalau risau, terkejut, marah)

Sampai casualty, colleagues masih cpr...revived (jantung berdegup)...asystole (berhenti berdegup)..cpr...revived...asystole...cycles yang sama berulang-ulang....tak sedar dah hampir sejam cpr...sampai bila nak cpr...prognosis is poor (keadaan pesakit dah kritikal kaw-kaw)....ventilator settings pun dah tinggi gila..bermaksud mesin pernafasan pun dah xdpt bantu paru-paru dia untuk terus berfungsi...

So terpaksa panggil semua ahli keluarga yang ada termasuklah kedua orang tua pesakit. Bila tengok satu persatu riak wajah ahli keluarga. Sedih gila dan sangat mengharap...

Diterangkan... keadaan dia sekarang sangat kritikal. Jantung berhenti..paru-paru pun dah tak dapat berfungsi...kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia tapi...bla bla bla... Kami berhenti sampai sini saja...

Dan ahli keluarga mula nangis..paling sedih tengok muka mak bapak dia...muka speechlesss dan terkejut tahap tak tahu nak cakap apa...

Seriously, belajar ambik medic 7 thn, there is no textbook way for us to break bad news...lagi-lagi dengan ibu bapa pesakit...hancusssss hujan petus dalam hati 😥

Nak cpr sampai bila...sampai matahari terbit? Sampai petang? Selepas lebih satu jam cpr, kami berhenti..biarkan dia pergi dengan tenang.

Bila ahli keluarga masuk, mak pesakit peluk saya dan kawan lagi satu...

Makcik : kenapa doktor? Kenapa x dapat kasi selamat dia? (Makcik nangis2)

Saya dgn kawan speechless....okey...saya rasa mata saya berair..nasib baik masih pakai mask muka...

Dear makcik, kami bukan Tuhan. Kami pun manusia biasa juga 😭😭😭 pagi ni orang pertama yang saya mesej adalah encik suami

Saya : my patient died....

Shitty gila😢

Say no to smoking. Hentikan merokok. Jangan merokok. Itu adalah salah satu risiko yang pesakit ada hingga menyebabkan fungsi paru-paru dia sangat teruk, ditambah lagi dengan superimposed infection yang ada😢again...say no to smoking! Mungkin lain kali saya akan tulis tentang smoking awareness utk buku seterusnya.

P/s : saya jarang tulis panjang-panjang apatah lagi kalau pasal kerja. Tapi kes pesakit ni memang terkesan di hati saya...sebab sampai sekarang saya masih terbayangkan wajah sedih mak bapak dia

Friday, February 2, 2018

Makan sayur dan buah mampu menyelamatkan 2.7 juta nyawa

Rutin yang sibuk, kurang bersenam, tidak cukup rehat, terdedah kepada pencemaran persekitaran dan penggunaan solekan setiap hari antara faktor yang membuatkan wajah kita cepat kusam dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Keadaan ini berlaku jika tubuh tidak mendapat khasiat yang diperlukan kerana kurangnya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian dilakukan Kementerian Kesihatan menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun. Hebat bukan?

Pengambilan sayur dan buah mampu menyelamatkan 2.7 juta nyawa
Pengambilan sayur dan buah mampu menyelamatkan 2.7 juta nyawa
Bantu turunkan berat badan

Sayur-sayuran hijau kaya dengan serat yang menjadikannya lambat untuk dihadam. Oleh itu, ia akan membantu untuk kita berasa kenyang dalam tempoh lebih lama.

Kelebihan utama sayur-sayuran hijau adalah rendah kalori dan dibuktikan sesuai dijadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan. Justeru, ada tip menyarankan salad lebih baik diambil pada waktu pagi dan bukannya pada waktu malam.

Cantikkan kulit

Buah-buahan hijau seperti epal sering menjadi pilihan mereka yang berdiet. Kandungan antioksidan tinggi dan juga berupaya membantu menurunkan kadar kolesterol, sekali gus mencegah kerosakan gigi, sakit gusi, menstabilkan paras gula dalam darah dan agen antikanser.

Selain itu, ada satu buah yang mudah ditemui iaitu kelapa. Bagi mereka yang mengalami jerawat ataupun masalah kulit, membilas muka dengan air kelapa boleh memperbaiki tona dan melembapkan kulit wajah.

Ribuan produk berasaskan kelapa dijual di pasaran. Terbukti, lemak kelapa atau MCT (Medium Chain Fatty Acid) lebih mudah untuk badan kita gunakan selain dikategorikan sebagai salah satu makanan paling kaya dengan asid laurik baik iaitu agen antivirus dan antibakteria.

Lebih tenang

Kajian kesihatan mendapati pengambilan salad pada waktu pagi mampu membantu minda dan emosi lebih tenang dan melapangkan fikiran untuk memulakan hari.

Daun salad mengandungi karoten, serat dan air yang dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga.

Hebatnya tanaman hijau

Sering dikaitkan dengan tanaman hijau, makanan organik dihasilkan daripada tanaman yang ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia. Walaupun harganya agak mahal tetapi ada pihak mengatakan ia lebih baik daripada sumber makanan yang ditanam dengan kaedah konvensional.

Cuba elakkan sumber makanan yang diubah secara genetik (GMO) iaitu DNA bahan makanan ini tidak lagi dalam susunan semula jadinya. Kaedah GMO direka untuk meningkatkan daya tahan tanaman supaya ia boleh mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Bagaimanapun, banyak pertubuhan kesihatan masih mempertikaikan keselamatan mengambil makanan yang diubah genetiknya.

Dikhuatiri ia boleh menyebabkan alahan dan melemahkan sistem imunisasi. Jadi, jika ada bajet lebih, pilihlah makanan yang ditanam secara organik.

Memanglah rasa makanan organik tidak sama dan kurang sedap namun demi kehidupan lebih sihat, apa salahnya untuk cuba mengubah pola pemakanan seharian anda. Lebihkan warna hijau dan lebihkan senyuman.

Monday, January 22, 2018

Haiwan pun ada masalah kemurungan melampau?

Haiwan juga mengalami depression dan boleh sampai ke tahap membunuh diri. Banyak kes haiwan membunuh diri sendiri atas banyak faktor. Antaranya habitat tidak lagi natural. Kehilangan kaum dalam kelompok dan berasa sunyi dan pasangan lari mencari pasangan yang lain.

Ada kes ikan paus yang sengaja mendamparkan diri ke pantai dan mati akibat tidak boleh bernafas. Ada juga kes kambing gurun sengaja terjun ke dalam gaung curam yang tinggi dan mati akibat kecederaan parah.

Kes ular tedung membelit diri sendiri sehingga mati ini adalah kes berprofile tinggi dan unik. Ianya jarang berlaku melainkan ular tedung menghidap masalah mental Skizophrenia Paranoid.

Haiwan pun ada masalah kemurungan melampau?
ular yang telah mati

Haiwan pun ada masalah kemurungan melampau?
ular yang telah mati

Ramai yang mempersoalkan tentang gambar ular di atas yang dikatakan sebenarnya adalah jeruk ular yang telah diproses akan jadi macam gambar tu..

Tapi itu bukanlah main pointnya.. The main point over here is about animal suicidal and depression. Not the genuine of these pictures.

Haiwan pun ada masalah kemurungan melampau?
Haiwan pun ada masalah kemurungan

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka


Apa cleanser dan facial scrub kegemaran korang?

Dulu favourite saya men's facial wash yang sejukk ada bijik-bijik tu.. fuhh segar rasa kulit muka :D

Pernah tak korang terfikir apa benda biji-biji halus dalam tu?

Apa kesan biji-biji tu pada kesihatan?
Tahu tak biji-biji itu juga boleh jadi hidangan seisi keluarga tanpa kita sedar?

Baca kisah bahan yang giat diharamkan di seluruh dunia ini..tapi tak tahu lah bila akan diharamkan di Malaysia

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka
Microbeads
Biji halus itu sebenarnya ialah plastik halus saiz mikro yang dinamakan

"MICROBEADS"
.
PENGGUNAAN MICROBEADS PLASTIK DALAM BARANGAN JAGAAN BADAN

Perhatikan biji-biji halus di dalam produk ini:

- Scrub dan facial wash
- Sabun dan shower gel
- Ubat gigi
- Sebagai bahan pewarna bling bling dalam kosmetik
- Mekap

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka
Buji toksik 

2 ISU UTAMA PLASTIK MICROBEADS

1) PENCEMARAN PERSEKITARAN.

- Kita mencemari persekitaran tanpa kita sedari.
- Plastik saiz mikro ini tidak dapat diperangkap sink kerana saiznya yang sangat halus.
- Plastik mikro ini masuk ke dalam kumbahan najis mengumpul toksin persekitaran dalamnya termasuk bakteria, kulat dan bahan kimia yang terdapat dalam sistem perparitan.
- Ikan dan hidupan yang tidak berdosa di dalam air akan makan microbeads ini.


2) TOKSIN PERSEKITARAN DI DALAM MAKANAN.

- Kajian pasukan pengkaji daripada China dan New Zealand mendapati 12.5% bahan kimia dan toksik menempel pada microbeads dan dimakan oleh ikan.
- Walla! Kita makan ikan yang makan toksin, bahan kimia, kuman dan macam-macam yang tak dapat kita bayangkan.
- Dibakar, direbus atau digoreng, plastik adalah plastik.

- Tiada siapa tahu dengan pasti kesan plastik yang kita makan melalui hidangan tercemar dengan microbeads ini.
-Kesan sapuan plastik mudah cair yang bercampur dengan bahan kimia lain juga tidak diketahui.

- Sejenis kelas bahan pencemaran iaitu PBDE, biasa menempel pada mikrobeads ini dan bahan ini dikaitkan dengan:
* Masalah neurologi (saraf)
* Merendahkan imuniti badan
* Mengganggu sistem pembiakan.

- Jangan lupa mikrobeads dalam ubat gigi ya..tak pasti pula produk ubat gigi dengan microbeads yang ada di Malaysia ini.

Harapnya tiada...elakkan je yang ada biji-biji mikrobeads ini. Apa pun doktor gigi pun tak ajar telan ubat gigi kan :D

PENGHARAMAN MICROBEADS

Negara seperti US, UK sudah mula secara aktif mengharamkan penggunaannya.

US sudah mula secara beransur mengharamkannya bermula 1 Januari 2018.

UK mengharamkan produksi bermula 9 Jan 2018 dan penjualannya pada 1 Julai 2018.

Negara-negara lain sudah mula mengeluarkan tarikh mereka..

Saya tidak jumpa sumber rujukan di Malaysia. Mungkin ada yang boleh tunjukkan saya?

Alternatif Scrub yang selamat

Terdapat banyak alternatif scrub lain yang bukan sahaja lebih selamat, tetapi jauh lebih berkesan. Contohnya seperti:

1) Scrub garam bukit, garam buluh.Gula kabung pun boleh.
2) Scrub oatmeal
3) Scrub bentonite clay
4) Scrub beras - bagus idea puan khairun nisa
5) Scrub activated charcoal - activated charcoal juga boleh guna masuk dalam ubat gigi..terbaik! telan pun bagus hehe..

Pengharaman mikrobeads adalah tanggungjawab semua . Kita harus bersuara dan menolak produk dengan microbeads ini.

Demi persekitaran. Demi kesihatan kita dan generasi kita insha Allah.

sumber dari Facebook Hafiz Sulaiman (-Pejuang Kesihatan-)

Tuesday, January 16, 2018

Teknik mudah kesan produk sampah

Berikut adalah perkongsian dari Khairul yoi berkenaan dengan produk kilo dan teknik mudah nak kesan produk sampah

Apa itu produk sampah?

korang baca kat bawah nanti korang fahamlah apa yang dimaksudkan produk sampah..

==

1) kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pon memana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecik2, warna warni di aidilfitri, itu la produk sampah.

2) kau cari founder dia. Tgok latar blakang. Kalau takde background medic atau chemist, spm blom habis, atau pesen blajar tak tinggi mana, pendek kata bodoh la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.

3) kau tgok ada jual kat drugstores tak. Kalau takde, sampah!

Teknik mudah kesan produk sampah
sumber dari instagram komikasamkeping

4) bnda ni paling senang detect. Tgok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!

5) ada kkm tak bermakna selamat. Aku dh pernah citer pasal kkm sebelum ni. Apatah lagi yg takde kkm. Lagi la sampah!

6) tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!

7) bau. Bau wangi mcm letak perfume. Sebab nak hilangkam bau mercury.

8 ) tekstur. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama2, bekas krim akan jadi hitam.

9) sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap "aku pakai elok je". Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau.

  • Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. 
  • Kedua, lepas berhenti baru barai. 
  • Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow2. 
Ada mangkuk hayun tanya "pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Takde kena mengena!" Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit smpai ke dalam saluran darah, darah dibawak ke buah pinggang utk tapis. Takdenya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow2 hantuk kepala kat dinding.

10) overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dh naik urat hijau, bla bla bla. Sama mcm supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!