Wednesday, February 21, 2018

Senarai Movie Thailand Paling Seram Kena Tengok

Ada ke yang sini minat dengan movie seram lagi-lagi dari Thailand. Kalau nak tahu dulu movie Thailand banyak menayangkan movie seram dan kebanyakkan movie seram yang ditayang mendapat sambutan yang hangat dari sana.

Dibawah ini adalah merupakan top 10 yang paling femes dan seram.

Top 10 Movie Seram Thailand

10.Dorm

Ton (Chalee Trairat) dihantar oleh bapanya (Suttipong Tudpitakkul) ke sekolah berasrama untuk mendapatkan pendidikan yang lebih teratur.

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
Dorm
Ketika di sana, rakan seasramanya menyakatnya dengan cerita hantu menakutkan tentang seorang budak lelaki yang lemas di kolam renang, dan seorang gadis yang membunuh diri.

Ton sukar untuk menumpukan perhatian di sekolah kerana rakan-rakan sekelasnya yang baru, tetapi tidak lama kemudia dia berkawan dengan Vichien (Siranath Jianthavorn) dan kemudiannya mengetahui bahawa sahabat barunya itu adalah budak lelaki yang mati lemas.

9. 3Am (2012)

Filem ini merupakan antologi filem seram menampilkan 3 cerita pendek dari 3 pengarah ternama di Thailand. Tajuknya 3 AM kerana kebiasaan hantu-hantu berkeliaran pada pukul 3 pagi katanya.

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
3AM
THE WIG
Dalam sebuah butik menjual rambut palsu, penuh dengan kepala patung, tetapi ada sesuatu yang sebenarnya bernyawa.

THE CORPSE BRIDE
Di dalam sebuah rumah lama terdapat sepasang mayat pasangan kekasih yang diletak berdampingan. Tos ditugaskan untuk menjaga sepasang mayat tersebut iaitu Mike dan Cherry yang merupakan sepasang kekasih yang maut dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan mereka dilaksanakan. Keluarga mereka memutuskan untuk menjaga mayat mereka, kerana mereka saling mencintai satu sama lain dan keluarga mereka masih memperlakukan mereka seolah-olah mereka masih hidup. Kerana Tos menghabiskan seluruh waktunya dengan mayat-mayat tersebut, dia pun jatuh cinta dengan Cherry yang cantik tapi sudah tidak bernyawa.

OVERTIME
Di tengah malam, pejabat kosong mampu menjadi sangat menyeramkan dan berpotensi menimbulkan hal-hal pelik yang menakutkan. Karan dan Tee adalah pemilik dari sebuah perusahaan yang mempunyai pejabat di sebuah pasaraya yang dikhabarkan berhantu. Keduanya tidak takut akan hantu, dan sangat suka menakutkan pekerja mereka yang bekerja lewat malam.

8. The House (2007)

Diilhamkan oleh kisah sebenar tiga pembunuhan yang dahsyat yang berlaku kepada tiga wanita pada masa yang berlainan. Chalinee, seorang wartawan benar-benar ingin mengetahui kebenaran tiga kes pembunuhan misteri yang berlaku sejak bertahun-tahun yang lalu, sehingga dia mula mencari petunjuk. 

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
The House
Akhirnya, dia diperkenalkan ke sebuah rumah di mana jenayah itu bermula. Rumah yang dia dapati ialah rumah yang sama di mana tiga wanita dibunuh oleh kekasih mereka. Apabila Chalinee melangkah masuk ke dalam rumah itu, sesuatu yang menghantui di sana adalah pengalaman paling mengerikan untuknya.

7.Coming Soon (2008)

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
Coming Soon
Semasa cuba untuk mencetak rompak filem seram yang belum ditayangkan, pekerja pawagam itu mula dihantui oleh hantu dalam filem seram itu.

6.Alone (2007)

Ada pasangan kembar siam perempuan yang sangat rapat, tetapi salah seorang dari kembar siam itu meninggal dunia dan kembali untuk menghantui kakaknya yang masih hidup.

5.4bia (2008)

Filem ini terdiri dari 4 segmen cerita seram.

LONELINESS
Seorang gadis, baru mengalami kemalangan sekitar 3 bulan sebelumnya. Kakinya patah. Dia tinggal di apartment dan kesepian. Satu hari ada kiriman SMS ingin berkenalan dengannya kerana si pengirim SMS juga kesepian. Kisah pertama ni unik, tak ada dialog.

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
4bia
DEADLY CHARM
Sekumpulan pelajar sekolah menengah membuli seorang pelajar. Pelajar yang menjadi mangsa buli ini akhirnya membalas dendam dengan ritual tertentu. 

THE MAN IN THE MIDDLE
4 orang pemuda, Puak, Ther, Shin, dan Ae, sedang berkhemah di hutan. Semasa tidur, mereka disusun berturutan (dari kiri ke kanan: Ae, Ther, Puak, Shin). Sebelum tidur, mereka bercerita kisah seram tentang malang orang yang tidur paling hujung. Ae lalu berkata, kalau dirinya besok mati, dia akan menghantui orang yang di tengah. Besoknya mereka rafting tapi perahunya terbalik. Ther, Puak, dan Shin selamat. Ae tidak ditemui, namun Ae muncul di khemah pada waktu malam. Ther dan Shin sudah curiga dan menganggap Ae hantu. Tapi Puak tidak percaya dan menganggap Ae masih hidup.

FLIGHT 224
Pim, pramugari yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang putera. Suatu hari dia mendapat tugas menemani Puteri Sophia (isteri kepada Putera yang mempunyai hubungan sulit dengannya) dalam sebuah penerbangan peribadi. Pim dilayan seteruk yang mungkin oleh Puteri itu. Semasa pesawat hampir sampai ke destinasi, Puteri Sophia meninggal dunia akibat alergik kerana memakan makanan yang mengandungi udang di pesawat.

Penerbangan kembali dilakukan untuk menghantar jasad Puteri Sophia, dan Pim kembali diperintah menjadi pramugari di penerbangan itu sekaligus menjaga jasad Puteri Sophia.

4.Shutter (2004)

Jurugambar muda dan teman wanitanya menemui bayangan misteri dalam gambar mereka selepas satu kemalangan tragik.

Senarai Movie Paling Seram Thailand Kena Tengok
Shuttter
3.Phobia 2 (2009)

Filem antologi seram sekuel dari 4bia ini menampilkan 5 buah filem seram.

Phobia 2
THE NOVICE
Seorang budak lelaki bernama Pey harus menerima hukuman atas kenakalannya. Dia telah mencuba merompak sebuah kereta dengan cara melemparkan batu pada cermin kereta itu yang mengakibatkan pemandu kereta itu maut. Atas kejadian itu Pey di masukan ibunya ke tokong untuk mendapat pendidikan sebagai Sami di situ.

Satu hari, Pey bersama para calon sami yang lainnya datang ke sebuah perkampungan yang terkenal banyak hantu dan menyeramkan. Namun, Pey tetap bersikap nakal seperti biasanya. Dia memakan hidangan yang sebenarnya di tujukan untuk para hantu. Akhirnya Pey pun di ganggu oleh ratusan hantu yang berkeliaran disana. Pey juga mendapat balasan akibat perbuatannya yang telah menyebabkan kematian pemandu kereta dulu.

WARD
Cerita ini berkisah tentang seorang lelaki bernama Arthit yang baru saja mengalami kemalangan yang menyebabkan kakinya patah tulang. Di hospital, dia sebilik dengan pesakit lain yang sedang dalam keadaan koma. Pesakit tua itu seringkali di kunjungi oleh beberapa lelaki yang sepertinya adalah anak buahnya, sambil membacakan ayat seperti ritual. Anehnya, lelaki tua itu sering datang dalam mimpi Arthit. 

BACKPACKERS
Sepasang pelancong asal Jepun yang tengah bercuti di Thailand menumpang sebuah trak untuk pergi ke Bangkok. Tanpa mereka sedari trak yang di naikinya mengangkut puluhan mayat. Mayat-mayat tersebut di seludup untuk membawa dadah yang mereka telan. Puluhan mayat itupun berubah menjadi zombie.

SALVAGE
Nuch adalah seorang janda anak satu yang memiliki sebuah perniagaan menjual kereta bekas kemalangan yang diperbaiki sehingga kereta itu kelihatan baru. Di dalam kenderaan itu terdapat ratusan roh tidak tenteram. Satu hari, ketika tengah mencari anaknya yang hilang di sekitar tempat letak kenderaan, dia di ganggu oleh hantu. Dia pun dengan panik menghidupkan keretanya, tanpa dia sedari, mengorbankan anaknya.

IN THE END
4 sekawan Ter, Puak, Shin dan Aey adalah krew filem seram. Pada adegan terakhir, hantu wanita dalam filem itu bernama Kate mengadu sakit sehingga dia harus di bawa ke hospital. Namun beberapa saat kemudian, krew filem seram mendapati Kate tetap berada di tempat shooting. Kate mengaku jika ini adalah filem pertamanya jadi dia harus menghabiskannya.

Di tengah-tengah pengambaran, krew filem dikhabarkan oleh Aey bahwa Kate yang tadi dia hantar ke hospital telah meninggal dunia. Perkara tersebut membuatkan para krew filem tersentak. Namun Ter, Puak dan Shin yang sebenarnya ketakutan itu terpaksa tetap meneruskan penggambaran kerana mereka beranggapan bahawa hantu yang berkeliaran harus dipenuhi keinginan terakhirnya. Dan keinginan Kate untuk menyelesaikan shooting adalah hajat terakhirnya kerana mereka tidak ingin roh Kate tidak tenteram.

2.Laddaland (2011)

Sebuah keluarga berpindah ke kawasan kejiranan di mana mereka mengalami satu siri peristiwa paranormal yang menakutkan yang membawa mereka ke arah kecelaruan mental.

Laddaland

1.Pee Mak Phrakanong (2013) 

Selain filem seram paling laku, filem ini juga merupakan filem Thailand paling laku.

Mak (nama dia Mak) berkhidmat dalam perang semasa permulaan Dinasti Rattanakosin. Semasa berperang dia bersahabat dengan Ter, Puak, Shin, dan Aey, yang hidupnya dia selamatkan. Apabila peperangan berakhir, Mak menjemput empat rakannya ke rumahnya di Phra Khanong dan memperkenalkan mereka kepada isterinya yang cantik Nak dan anaknya yang baru lahir, seorang anak lelaki bernama Dang. 

Pee Mak Phrakanong
Satu khabar angin tersebar di kampung bahawa Nak telah mati semasa melahirkan anaknya, Dang. Sumber khabar angin ini, Makcik Priak, pemilik kedai minuman keras tempatan ini kemudiannya ditemui mati terapung di sungai beberapa hari kemudian. Empat rakannya merasakan sudah tiba masanya untuk memberitahu Mak kemungkinan Nak dan Dang sudah mati dan muncul sebagai hantu menghantui dan membahayakan nyawa mereka. Terserah kepada Mak untuk memilih cinta atau realiti.