Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Sunday, November 10, 2019

Tolong Jangan Makan Ikan Bayan Kerana Terancam

Tolong jangan/elakkan beli atau makan Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Ketarap/Bayan.

Ikan Bayan Sedap Tapi Spesisnya semakin Berkurang


Admin selalu nampak ikan ni dijual di pasar basah. Yes, memang ada yg kata ikan ni sedap tapi, parrotfish ni semakin lama semakin berkurang dan ianya adalah antara ikan terpenting di ekosistem terumbu karang. Bila berlakunya boikot, maka tiada lg pihak yang akan menjualnya.

Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari).

Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.

Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Dan hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya! Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.

Tolong Jangan Makan Ikan Bayan Kerana Terancam
contoh ikan bayan atau ikan ketarap

Ikan ini terlalu cantik dan indah untuk di buat santapan. Biar dia hidup untuk mewarnai biru samudera ciptaan Allah.

Sudah tibanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.

Sunday, June 10, 2018

Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hipster

Artwork menarik Menteri Malaysia yang dilukis oleh Aizat Paharodzi telah menarik perhatian orang ramai dengan lukisan yang modern dan santai ala hipster. Antara gambar yang dilukis adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir, Timbalan perdana Menteri Dr Wan Azizah, Mat Sabu, Lim kit Siang dan Tan sri Muhyiddin


Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hppster
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir

Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hppster
Menteri Pertahanan Mat Sabu

Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hppster
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin

Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hppster
TImbalan perdana Menteri Dr Wan Azizah

Artwork Menarik Menteri Malaysia Dengan Gaya Hppster
Menteri Kewangan Lim Kit Siang

Sunday, June 3, 2018

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser

Nama Ali Banat mula menjadi viral diseluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri.. Kisahnya juga menjadi inspirasi kepada kita semua bahawa kekayaan yang dimiliki tidak akan dapat dibawa ketika mati nanti. Apakah amalan yang telah kita lakukan?

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat

Siapa Ali Banat?

Ali Banat telah lahir dan membesar di Sydney, Australia. Di usia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya telah menhidap kanser, dan peluang untuk terus hidup hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Walaupun air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang telah ditimpa ke atasnya.

Menjual Perniagaannya dan Mengembara ke Negara Termiskin

Ujian itu menyedarkannya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk mengejar keseronokan dan mengumpul wang ringgit. Tetapi sebagai manusia, nilai hidupnya harus lebih daripada itu

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat dalam kenangan
Ali Banat sendiri, kisah pilu secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.

Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Ali Banat menghembuskan nafas terakhirnya.

Pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya. Dari seorang lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.

”Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah. Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

Tuesday, May 29, 2018

Semoga Syafiq Kyle Tabah Dengan Video Aib Yang Tersebar Luas

Bukan mudah bergelar artis dan antara risiko besar yang perlu dihadapi adalah seperti yang berlaku baru-baru ini apabila video aib tersebear luas sehingga menjadi bualan orang ramai..

Semoga Syafiq Kyle Tabah Dengan Video Aib Yang Tersebar Luas
Syafiq Kyle
Perkara itu juga ditambah lagi dengan viral screenshot chat antara syafiq kyle dengan individu yang tidak dikenali.

Namun, syafiq Kyle menafikan semua ini dan berharap perkara ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan.

Semoga Syafiq Kyle Tabah Dengan Video Aib Yang Tersebar Luas
sumber gambar dari Instagram Syafiq Kyle

Kita doakan yang terbaik untuk syafiq kyle.

Dengar-dengar drama Nur lakonan dia ni dapat views tinggi sebab best ceritanya.. betul ke? Ramai yang memberikan feedback positif kat drama Nur tu. rezeki buat syafiq kyle kali ini yang semakin menyerlah dan dapat job lakonan utama..

Thursday, May 24, 2018

Guru Paling Handsome Kat Malaysia?

Mulai Popular sejak September tahun lalu, Jimmy atau nama sebenarnya Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar merupakan tenaga pendidik di Parit Buntar, Perak.

Jimmy yang berasal dari Muar, Johor bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah berkenaan dan selain terbabit sebagai model sambilan.


Guru Paling Handsome Kat Malaysia?
Nama Sebenar Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtia

Malah, Jimmy yang baru menyambut ulangtahun kelahiran baru-baru ini sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan fasih berbahasa Mandarin.

Jimmy kini memiliki jumlah pengikut seramai 14,000 di Instagram.

Guru Paling Handsome Kat Malaysia?
Kerja sampingan sebagai model

Followers serama lebih dari 14k 


Sunday, May 20, 2018

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies

Hariht Faisal yg mengamalkan pemakanan yang sihat bagi menguruskan badan ke tahap ideal.

Berikut adalah perkongsian dari beliau berkenaan dengan sahur cara sihat dan turunkan berat badan.

SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN

Ini pun kali pertama saya sambut Ramadhan dengan resepi ni. Ramadhan tahun lepas saya dah cuba macam-macam cara nak sahur cara sihat dan turunkan berat badan, semua tak sesuai dengan saya. Dah cuba diet telur, diet atkin pun tak jadi juga.

Tahun ni memang saya dah tak perlu fikir nak sahur apa, memang saya buat segelas banana smoothies dan segelas teh hijau sajalah. Tahan lapar sampai waktu berbuka. Memang menjadi wei. Esok pagi cubalah!


Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.

Ini link dia kalau kau nak baca dan amalkan juga ---> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739704652706526&id=100000010250265

Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.

Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!

SARAPAN NASI LEMAK PARU

Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.

Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.

Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.

BAHAN-BAHAN

300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum

Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.

Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.

PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA

Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.

Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!

Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.

Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.

Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata "No sugar. No preservative". Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.

BOSAN SARAPAN YANG SAMA

Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.

Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies
pisang jenis Cavendish
 Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.

Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!

JADUAL MAKAN SEHARI

9.00 am: Oat smoothies + air kosong

11.00 am: Teh hijau + air kosong

1.00 pm: Buah + teh hijau

3.00 pm: Air kosong

6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong

9.00 pm: Teh hijau

Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.

Ini link resepi ayam dan sayur grill yang saya pernah kongsikan hari tu ---> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1746338702043121&id=100000010250265

ENJOY MY DIET

Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.

Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.

Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.

Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.

Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.

PENAFIAN

Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.

Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.

Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! - HF

Tahan Lapar Dengan Sahur Teh Hijau Dan Banana Smoothies
Beza dulu dan sekarang


Thursday, May 17, 2018

Kecoh Lagi Pembantu Rumah Aliff Syukri Kantoi Curi

"Niat nak bantu orang Malaysia cari rezeki, tapi dia pula yang songlap duit saya dengan nilai tidak kurang dari RM40,000 sebagai pembantu rumah di rumah saya, Palace Aliff Syukri." 😲 Ada majikan sebaik Aliff ni pun diorang nak ambil kesempatan

Kecoh Lagi Pembantu Rumah Aliff Syukir Kantoi Curi 


Berikutan adalah dari Instagram Aliff Syukri sendiri berkenaan dengan isu pembantu rumanya yang kantoi mencuri.

Apa patut saya buat?? dah ada bukti mencuri lagi mahu tipu niat nak bantu org malaysia cari rezki tapi dia pulak yg songlap duit saya..dengan nilai tidak kurang dari rm40ribu sebagai pembantu rumahtangga di rumah saya ...semua perabot duit di rompak..itu belum lagi benda lain yg saya x pasti.....

sebenarya bukan niat issue nak viral.. sy dah wassup dr minggu lepas cara baik tapi tidak dibalas...kami dah buat report polis cuma dia suka pindah2 rumah..jadi sebelum dia lari saya bawa dia ke balai siap2.....bukan duit yg saya nak blk pun...

sbb kalau dah jadi kes polis mmg x akan dapat semula sbb bahan bukti..cuma pengajaran dekat org lain ug niat nak mencuri dan pengajaran utk kita suapaya jgn percaya orang walaupun luaran bertudung dan nampak baik.. perempuan tua yg dalam bulatan merah itu adalah perompak dlm rumah ..kalau nak tngok sambungan sila ke youtube sy dan subcirede tvterlajaklaris utk melihat apa yg berlaku..

Kecoh Lagi Pembantu Rumah Aliff Syukir Kantoi Curi
Aliff Syukri otw nak report polis

Kesimpulan tentang Isu Viral pencuri rumah kantoi mencuri

AB sendiri kan susah nak percaya sama ada benda ini adalah betul ataupun tidak.. sama ada benda ini ada kena mengena dengan marketing beliau ataupun tidak..

Mana kan tidak, berlaku lagi kecurian yang sama dilakukan oleh pembantu rumah cuma berlainan orang.. 

Pelik sebabnya isu ini dah berulang kali pencuri rumah kantoi mencuri sedangkan orang kaya yang lain tak ada pula kecoh pasal pembantu rumah mencuri.. macam dah tak ada isu lain yang nak diviralkan..balik-balik benda yang sama.. 

Bukti pun lagi tidak ditunjukkan.. lagi menjadi tanda tanya.. 

Apa2xpun harap kalau ini betul terjadi hopefully dapat diselesaikan dengan baik dan aman.. 


Sunday, April 22, 2018

Gambar Pengorbanan Insan Bernama Ayah Untuk Anaknya

Luluh pula bila AB tengok gambar sudah cukup menceritakan segala-galanya tentang pengorbanan seorang ayah untuk anaknya.

Hargailah ayah sementara ayah korang masih ada.. kenangla pengorbanan dia selama ini yang tak mampu kita balas sampai sekarang..

Gambar Pengorbanan Insan Bernama Ayah Untuk Anaknya
ayah nak rasa sikit.. 

Gambar Pengorbanan Insan Bernama Ayah Untuk Anaknya
Makanlah nak.. ayah dah makan tadi.. 

Gambar Pengorbanan Insan Bernama Ayah Untuk Anaknya
Mengenang nasib.

Sunday, March 4, 2018

Viral Pakcik Difitnah Dalam Train Yang Disangka Raba Wanita

Berikut adalah perkongsia dari Ebit Lew yang merupakan penceramah agama memberi keterangan berkenaan dengan pakcik viral dengan videonya dikatakan meraba wanita kat train.

Menurut saksi Ramesh mengatakan itu adalah fitnah semata-mata..

Saksi Kata Pakcik Difitnah Dalam Train Tersebut

Ini adalah post facebook dari Eiet Lew Sendiri berkongsi berkenaan dengan peribadi Pak cik tersebut.

Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu... Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar..bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Ebit Lew

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya.Pakcik tu baik..dia tak nak kejut perempuan tu tidur....jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.. Dia resah..yerlah jaga-jaga. Tuan haji tu dah uzur.. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau...saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah...

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulung kepada pakcik tadi pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..

Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni...saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh...Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula...-ebitlew

Tuesday, February 27, 2018

Kenapa Neelofa Pilih Lancar Tudung Baru Kat Kelab Zouk?

Ada yang kata Neelofa launch produk tudung kat Zouk tu 'genius marketing strategy' sebab dia tahu isu ni akan viral dan eventually akan melariskan produk.

Tudung tu, tudung. T.U.D.U.N.G. Bukan krim pemutih muka OEM.

Kalau betul it's a marketing strategy, she's doing it at the expense of Islam.

That's not 'genius', that's stupidity (2018)

Kenapa Neelofa Pilih Lancar Tudung Baru Kat Kelab Zouk

semua dah tahu strategi Neelofa sepanjang tahun dan kebanyakkan pelancaran tudung bersifatkan eksklusif yang mempunyai kelas yang tersendiri dan yang terbaru pelancaran tudung baru di Kelab Zouk sangat tidak masuk akal..

Neelofa sebelum ini bukanlah calang-calang artis yang memerlukan marketing murahan untuk memviralkan sesuatu produk lagi2x bab tudung..

Kenapa Neelofa Pilih Lancar Tudung Baru Kat Kelab Zouk
Neelofa membina empayar dengan Nealofar Hijab
Neelofa kalau ikutkan bukanlah macam Aliff Syukri yang menggunakan marketing murahan untuk viral satu benda or produk.. yang pasti bukan macam movie Badang or catchy muzik untuk lariskan produk.

Dan kejayaan sekarang yang dikecapi oleh Neelofa sekarang adalah salah satu artis yang boleh dibanggakan dengan pencapaiannya yang terkini:

  1. Popular Grade A
  2. Nealofar Hijab salah satu brand yang sudah terkenal di Malaysia, Singapure, Brunei dan Indonesia. dan total keseluruhan antarabangsa dianggarkan RM50 juta 
  3. Tersenarai dalam Majalah Forbes Asia sebagai salah satu wanita usahawan yang paling berjaya
  4. Director of AirAsia
  5. Duta TN50
Duta supplement tu tak yah ambil kira.. kena bash2x kow sebab promote C&G supplement untuk baby..

Kenapa Neelofa Pilih Lancar Tudung Baru Kat Kelab Zouk
Neelofa isu zouk
Sekarang ini pula isu Zouk... 2 isu berturut2x berlaku..perkara ini jarang sangat berlaku pada Neelofa yang grade A ni... 


Ini mestilah jadi tanya... kenapa sampai macam tu isu buruk yang ada kat neelofa..

1. Business is bad, so bad publicity is still a publicity.
2. advised by bad Marketing Consultant.
3. Ada kaitan dengan Perkahwinan Fattah-Fazura

Tuesday, February 6, 2018

Neelofa Dikecam Promosi Supplement Untuk Bayi?

Siapalah yang tak terkejut dengan tindakan artis popular Malaysia Neelofa yang memat naik stories Instagram berkenaan Consume Supplement termasuklah bayi.

Neelofa Dikecam Promosi Supplement Untuk Bayi?
Stories Instagram Neelofa
Namun tindakan tersebut dapat kecaman dari semua pihak termasuk Doktor sendiri yang menasihati untuk menghindari supplement tersebut ke atas bayi..

Ini pandangan Khairul Yoi berkenaan dengan tindakan aris tersebut.

Malangnya dengan populariti yang dia ada, dia jadi duta ke apa aku taktau la bagi produk supplement CHEW AND GLOW untuk bagi bayi telan kau bayangkan. Betullah orang kata, muka lawa tak semestinya bijak..masalahnya yang ni bijak pon pegi jadi bodo tetiba dah kenapa?

Neelofa Dikecam Promosi Supplement Untuk Bayi?
Dapat kecaman dari orang ramai


Aku bagitau skali lagi, kenapa BAYI DILARANG AMBIL MAKANAN PEJAL DAN SUPPLEMENT. Mudah, hati dia blom berfungsi sepenuhnya. Tu pasal jadi jaundice. Buah pinggang pon masih "warming up" untuk berfungsi. Ada mak mak yang anak umur 2 bulan dah bagi makan bubur. Punyalah lack of knowledge, bila kita tegur cakap kita blom kawen, tak payah sibuk hal anak orang.

Kita yang tua bangka ni pon buah pinggang tak mampu tapis kalau telan supplement yang dos dan kandungan merapu2, apatah lagi bayi yang organ2 masih belum function dengan baik.

Ni smua sebab taksub nak putih la ni. Dari mak, bapak, sampai ke anak dia taksub nak bagi putih. Engko tu muka pelepah sawit kau letak baja apa pun takkan jadi pelepah pokok krismas. Bawak2 la sedar diri, kau nak mati, mati soranglah takyah heret anak skali.

Abah harap #skuadpenggunabijak tak terjebak sebab rasanya skuad kita bijak2 kan. Benda mudah macam ni takkan tak tau kan.

I've done my part, the choice is yours.

Penangan Dapat Isteri Keras Kepala dan Garang

Status yang dikongsikan oleh suami berkenaan dengan pengalaman mempunyai Isteri yg keras kepala dan garang melalui Rahman Marlis

Isteri yang KERAS KEPALA dan GARANG ni sebenarnya TAK RAMAI, tapi BANYAK. Apa yang positifnya, mereka ni tegas dalam buat keputusan. Orang sekeliling nak hasut pun payah. Susah nak mempengaruhi mereka ni. Apatah lagi nak pikat hati mereka ni untuk dijadikan isteri.

Penangan Dapat Isteri Keras Kepala dan Garang


The best thing here is one of them is my wife πŸ˜…

Perkahwinan aku baru setahun lebih. Normal untuk para suami dan isteri bergaduh kadang² kan. Aku pun sekali sekala mudah melenting kalau tak kena masanya. Kita sebagai suami kena tahu masa bila perlu mengalah dan masa bila perlu bertegas. Jangan asyik mengalah. Nanti nampak yang kita tak boleh memimpin dengan baik.

Ada ketika perlu mengalah,aku banyak mainkan peranan. Turunkan EGO, DIAM, DENGAR dan PENDAM.
Sebab aku tahu keadaan akan jadi lebih keruh kalau aku cakap atau balas apa sahaja. Trust me. Woman always right. So layan kan saje dulu.

Suami kena ingat yang kita bukan perempuan. Kita tak kan dapat paham mereka 100%. Perkara kecil pada mata kita, terasa sangat besar pada mata mereka. Jangan melawan. Jangan ikot ego sebagai seorang lelaki pada ketika itu.

Aku ambil pendekatan untuk bertahan, bersabar. Respon yang aku dapat sangat baik dan berkesan. Isteri makin berubah dan berubah.

Mostly bila bergaduh, dia akan cuba bertenang beberapa jam. Give her some time and space. Then, normally dia dengan sendirinya akan datang dan meminta maaf. Dan waktu ni la aku sebagai suami kena turunkan lagi ego ke tahap yang paling rendah. Aku tak akan hentam atau salahkan dia. Sebab pada aku ini la masa yang sesuai untuk aku bersikap tegas pada dia, sampaikan teguran yang sepatutnya kerana hati isteri betul² lembut ketika itu. Then, we forgive each other.

Pernah sekali dulu berperang agak besar tapi melucukan (my wife pregnant masa ni) . Aku macam biasa la cuba mengalah. Ambil wuduk,solat. Lepas solat, tengok isteri dah tak ada kat rumah. Merata mencari. Bawah katil. Dalam peti ais. Dalam tudung saji. Belakang pintu. Luar rumah. Dalam kereta. Pun tak ada. Handphone, beg, semua ada. Rupanya dia menyorok baring bawah teddy bear. Teddy bear tu pulak memang lagi besar drp dia. Memang tak nampak la. Itu pun dia sendiri bagi hint, buat bunyi dari gelang tangan dia supaya aku dengar dan datang pujuk diaπŸ˜‚πŸ˜‚
Aku dah on TV dah sebelum dengar bunyi gelang tu, game Liverpool dah nak start kotπŸ˜†
Betul la orang cakap "perempuan merajuk sebab nak dipujuk"

Kenapa aku selalu mengalah?

Aku sentiasa ingat segala pengorbanan dia. Dia banyak berkorban sejak hari pertama dia bergelar isteri aku. Dia seorang yang aggressive,lasak, suka shopping, travel, independent, suka make up.
Once she became my wife, dia tinggalkan semuanya termasuk minat dia dalam modelling sehingga dia berubah jadi apa yang dia dah jadi sekarang.

Kalau aku kat tempat dia pun, belum tentu aku boleh jadi sekuat dia.

My wife membesar dari kecik di bandar besar Kuala Lumpur. Has a great job and suddenly after 4months we married we decide untuk dia berhenti kerja, be full time housewife. Berpindah menetap di Temerloh dengan tak ada kawan²,dia bersedia menerima keluarga aku, menerima environment baru dalam hidup dia.
Aku la kawan dia. Aku la sahabat dia. I could be anything for her.
So aku rasa tak boleh nak kecewakan perasaan dia.

Sebab tu aku banyak mengalah. Aku tahu jiwa dia kadang² memberontak. Tapi demi kasih pada keluarga, dia bertahan. So dia jadi mudah marah. Lama kelamaan, bila dia dah dapat menyesuaikan diri dengan environment baru, aku nampak dia lebih selesa dan tenang.

A month before our first anniversary, kami di kurniakan seorang anak lelaki. Alhamdulillah. Pengorbanan paling besar seorang isteri adalah melahirkan anak untuk suami tercinta. Aku ingat lagi ayat dia lepas selamat bersalin.

" Masa doctor suruh ayu push lagi separuh anggota badan anak, sebenarnya ayu dah abis nafas,dah tak kuat. Tapi kalau ayu tak push, ayu takut anak kita mati. Jadi ayu tak fikir panjang, ayu cuba sehabis boleh. Biar la ayu hilang nyawa, asalkan anak kita bernyawa"

Aku ada kat sebelah dia,pegang tangan dia masa kat labour room. I feel it.

Aku tak sesabar dia. Aku tak sekuat dia. Untuk tempoh perkahwinan kami yang baru setahun jagung ini, aku dan dia cuba beri yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Aku bukan suami yang baik, tapi aku nak isteri yang baik. So aku berusaha menjadi baik.

Aku pilih untuk setia dan sabar. Tiap² orang yang sabar, Allah dah janji kan ganjaran.
Harap ada la ganjaran untuk si suami malam jumaat ni πŸ˜†πŸ˜†

KEEP CALM AND STAY BE A COOL HUSBAND.

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik


Terkesima AB tengok rumah lama yang buruk kemudian buat dekorasi terus jadi cantik. wow.. macam duduk dalam hotel..

AB percaya kos yang untuk dekorasi semua ini memakan belanja yang tersangatlah besar bukan beribu ni tapi berpuluh ribu sehingga mencecah ratusan ribu.. 

Kebanyakkan perabot yang dipamerkan ala IKEA.. 

semoga ini menjadi ilham kepada korang mencari idea untuk dekorasi rumah dengan mengikut bajet yang ada. 

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik




















Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik





Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik

Transformasi Rumah Buruk Jadi Cantik