Sunday, June 3, 2018

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser

Nama Ali Banat mula menjadi viral diseluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri.. Kisahnya juga menjadi inspirasi kepada kita semua bahawa kekayaan yang dimiliki tidak akan dapat dibawa ketika mati nanti. Apakah amalan yang telah kita lakukan?

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat

Siapa Ali Banat?

Ali Banat telah lahir dan membesar di Sydney, Australia. Di usia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya telah menhidap kanser, dan peluang untuk terus hidup hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Walaupun air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang telah ditimpa ke atasnya.

Menjual Perniagaannya dan Mengembara ke Negara Termiskin

Ujian itu menyedarkannya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk mengejar keseronokan dan mengumpul wang ringgit. Tetapi sebagai manusia, nilai hidupnya harus lebih daripada itu

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat dalam kenangan
Ali Banat sendiri, kisah pilu secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.

Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Ali Banat menghembuskan nafas terakhirnya.

Pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya. Dari seorang lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.

”Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah. Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.