Wednesday, December 17, 2025

IT: Welcome to Derry - Asal Usul Kejahatan Pennywise

Akhirnya berakhirlah sudah 8 episode IT: Welcome to Derry yang telah ditayangkan kat HBO Max. Drama ini bukan sekadar drama seram biasa tapi memaparkan bagaimana kewujudan Pennywise boleh berlaku dan kenapa entiti ini menghantu seluruh pekan Derry terutama pada kanak-kanak.  

Apa yang Menarik Tentang IT: Welcome to Derry

Siri ini membawa penonton kembali ke bandar Derry, Maine pada era 1960-an, jauh sebelum kejadian dalam filem. 

Cerita ini memberi fokus kepada sejarah awal kegelapan bandar tersebut dan bagaimana ketakutan mula berakar dalam komuniti, sekaligus menjadi asas kepada kewujudan Pennywise.

Berbeza dengan filem yang lebih tertumpu kepada kumpulan kanak-kanak menentang Pennywise, siri ini menekankan unsur psychological horror dan trauma sosial. Ia mengupas bagaimana kejahatan boleh bersembunyi dalam kehidupan seharian, bagaimana orang dewasa memilih untuk menutup mata, dan bagaimana Derry sendiri seolah-olah menjadi “hidup” dengan aura jahat. 

Pennywise digambarkan bukan sekadar badut pembunuh, tetapi simbol kepada ketakutan dan keganasan yang berulang.

Setiap episod kita akan disajikan dengan penywise yang sentiasa menghantui penduduk bandar tersebut dengan ketakukan terutamanya pada budak-budak. 

Dari Siri ini kita akan mula tahu kenapa entiti ni hanya kat bandar Derry, kenapa dia serang mangsa, bagaimamana dia menyerang mangsa, apa benda entiti ini takut, macam mana nak kalahkan entiti ini dan kenapa entiti ini setiap 26 tahun akan muncul kembali semuanya akan terjawab. 

Kenapa Wajib Tonton

✔ Peminat Stephen King

✔ Peminat horror psikologi

✔ Yang suka kisah asal-usul villain

✔ Yang nak faham IT secara lebih mendalam, bukan sekadar “badut makan budak”


IT: Welcome to Derry - Asal Usul Kejahatan Pennywise
sumber gambar dari facebook

Rating untuk drama IT: Welcome to Derry adalah 9/10 Bintang. Kepuasan maksima apabila episode akhir memaparkan babak-babak yang menakutkan dalam pada masa yang sama mendebarkan tentang bagaimana taktik dorang nak strugle untuk menghalang pennywise ni supaya tidak keluar dari kawasan iaitu bandar dorang.