Kita sambung pula part 2 melancong ke Turki dengan Arba Travel. Perjalanan ke suatu tempat tu memakan masa yang lama ya, ada yang sampai 2 jam, ada yang sampai 3 jam lebih pun ada.
First kitorang sampai tu memakan masa 3 jam nak ke Bolu untuk stay 1 malam tanpa buat apa-apa aktiviti. Time sampai masa ni memang badan tengah penat yelah baru mendarat kt Turki pastu makan then tempoh perjalanan panjang 3 jam jadi kita rest la 1 malam kat sini, Tempat hotel yang dipilih dan pemandangan memang cantik tengok bila waktu pagi. Sejuk pun sejuk.
Lepas serapan tu kat Hotel terus bergerak ke Ankara yang memakan masa dalam 2 jam lebih juga perjalanan time ni dah tengah hari baru sampai. Time ni kita akan melawat Muzium Atartuk. Kamal Atartuk yang terkenal dengan Bapa Turki Moden juga Pengasas Republik Turki.
Bila masuk makam Atarturk takdelah bau busuk seperti yang dikatakan mungkin sebab ramai pelancong pakai perfume kot jadi hilang bau busuk tu.
Dah pusing-pusing kat Muzium Atartuk, postu makan then bergerak ke Tasik Garam antara yang terbesar di dunia kat Turki. Time ni memang panas ya bila datang sini tempat pun luas putih penuh dengan garam.
![]() |
| Tasik Garam.. memang panas ya |
Kemudian terus ke Cappadocia sambil tu singgah Pigeon Valley (Güvercinlik Vadisi) dan Uchisar Castle iaitu salah satu tarikan popular. Tempat ini dinamakan sempena rumah burung merpati purba yang diukir pada tebing batu, manakala istana tersebut ialah struktur batu besar yang menawarkan pemandangan 360 darjah.
Time ni memang bergambar sakan lah tapi panas terik. Ada banyak lagi tempat yang berbatu-batu yang bentuknya tak ada kat Malaysia.. Batunya memang unik dan cantik
Kemudian ada kota bawah tanah tempat persembunyian zaman dan benteng pertahanan.. Boleh masuk dalam kota tu memang seram masuk nasib jumpa jalan keluar.
Belon Udara Panas Cappacodia
Bermalam kat sini, dan esok pagi lepas subuh terus gerak tempat naik belon udara panas. Belon udara ni pilihan masing-masing, siapa nak pergi boleh join, kalau tak pergi boleh stay hotel.
Harga ini tak termasuk dalam pakej Arba Travel. Kena bayar sendiri asing-asing boleh pakai cash atau kad, ada agent arba travel akan uruskan. Nanti pagi-pagi akan ada orang akan jemput ke kawasan belon panas jadi kita kena tunggu lobby hotel awal pagilah kalau tak nanti tertinggal. hhehe
Bila dah sampai, time ni memang berdebar, ye lah first time kot naik belon panas sekali lama punya lama tunggu kat situ, team belon udara panas kata terpaksa batal aktiviti ni sebab angin terlalu kuat. Nak tak nak redha jelah.. nanti duit dorang akan refund.
Ada satu peluang lagi nak naik belon panas iaitu tempat seterusnya nanti Pamukkale. Cuma pemandangan tak secantik kat Cappadocia lah.
Belon Udara Panas Pamukkale
Kat Pamukkale antara tempat yang best ialah Istana Kapas iaitu endapan kalsium karbonat yang datang daripada air panas semula jadi. Air panas ini mengalir dari atas bukit dan membentuk kolam-kolam bertingkat (terraces) berwarna putih yang sangat cantik. Time ni best sebab boleh rendam kaki kat sini. Ada juga pelancong yang mandi kat sini.. macam kolam air panas tapi bertingkat secara semula jadi.
Ancient City Hierapolis iaitu sebuah kota purba Yunani-Rom di barat daya Turkiye yang diasaskan pada abad ke-2 SM. Terletak bersebelahan teres travertin putih Pamukkale, ia terkenal sebagai pusat rawatan air panas purba dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
![]() |
| macam pentas pun ada |
Nak pergi Istana kapas dengan Hierapolis saya ambil Jeep yang akan hantar sampailah atas bukit. Ada cas yang dikenakan. Kalau nak jalan kaki pun boleh cuma dia agak jauh berbukitlah.
Sebelum kitorang pergi kat sini, macam biasalah awal pagi kitorang pergi tempat berkumpul belon panas udara dan syukur suasana pagi memang cun jadi boleh lah naik belon panas udara. Satu pengalaman yang best ya dapat tengok matahari terbit dan pemandangan semula jadi kat Pamukkale. Dari sini boleh nampak Istana kapas.
Bursa Padat Dengan Nilai Sejarah, Budaya, Dan Pemandangan Yang Cantik
Kemudian ke bandar Bursa yang kaya dengan sejarah dan ibu kota pertama zaman Uthmaniyah antaranya peninggalan Masjid di zaman Othman, ada makam Osman Gazi Pengasas empayah Uthmaniyah dan puteranya. Kemudian ke Koza-Han/Silk Bazaar. Time ni tak beli apa pun kat sini.. tempat ni banyak jual kain or baju. Saya lepak je kat sini sebab ada kedai makan juga kat sini.
Gambar kat atas pemandangan di atas bukit bersebelahan dengan makam-makam zaman Uthmaniyyah.
![]() |
| salah satu masjid yang popular |
![]() |
| Koza Han |
Istanbul Bandar Dua Benua
Akhirnya sampai ke Instanbul antara tempat popular di kalangan pelancong. Dekat Istanbul dapat naik bot kapal yang membawa menyusuri Selat Bosphorus memisahkan antara benua Eropah dan Asia.
Sambil berehat atas bot, boleh menikmati pemandangan menakjubkan mercu tanda ikonik seperti Dolmabahce Palace, Rumeli Fortress, dan Jambatan Bosphorus yang merentasi dua benua.
Beza ya suasana eropah dengan asia. kalau macam eropah penuh dengan pemandangan hotel mewah dan restaurant mewah manakala asia pula pemandangannya more to natural dan ada juga kedai-kedai tapi tak semewah kat eropah punya part.
Pastu dapat pergi ke tempat Hagia Sophia dan blue Mosque. Masjid biru bahagian luar macam tengah renovate bila nak masuk dalam pun memang bersesak juga tapi memang cantik dalaman dia. Dinamakan masjid biru kerana dalaman dilapisi lebih dari 20,000 keramik berwarna biru.
Hagia Sophia tu kebetulan time zohor dapatlah solat kat sini. Memang ramai orang solat sini. Cuma lepas solat tu memang tak boleh lepak dalam nanti kena halau ngan pak guard.
![]() |
| Suasana dalam Hagia Sophia |
Kat Istanbul ni antara yang paling banyak berjalan ya sampaikan salah seorang dari group kami pengsan sesak nafas nasib baik agent Arba travel dengan tour guide dapat handle dengan tenang dan ambulans sampai di tempat kejadian..
Alhamdulillah keadaan dia kembali sihat dan malamnya dibenarkan keluar. Saya ingatkan dia umur dalam 40-an rupanya dah pangkat atok dah.. Dalaman tua luaran nampak muda orangnya.
Kat Istanbul la kami bershopping sakanlah. Antara tempat femes iaitu Grand Bazaar dengan Spice bazaaar. Kat sini memang ramai ya orang berhimpit jugalah nak shopping. Kalau kawasan jualan makanan tu memang ramaila orang tapi kalau kawasan baju macam kurang ramai orang. Grand bazaar la tempat kami banyak shopping.
![]() |
| Galata Tower otw nak turun |
![]() |
| otw ke Galata Tower |
Kesimpulan
Ada banyak lagi gambar dan tempat yang tak share kat sini macam Konya tapi cukup la share skit beberapa tempat kat Turki. Krang panjang pula meleret pula post ni.
Sepanjangan pengalaman melancong bersama dengan agent Arba Travel alhamdulillah memang memuaskan dengan segala kemudahan yang disediakan, bermula dari penginapan yang selesa, pengangkutan yang lancar sehinggalah kepada susunan jadual perjalanan (itinerari) yang sangat teratur dan santai.
Layanan mesra dan profesional daripada pemandu pelancong dan Tour Guide Turki yang sangat berpengetahuan cuma tulah dia cakap bahasa english jadi nak kena catch up apa yang dia tengah cakap..tapi bagus juga dia pun cakap satu persatu jadi senang skitlah orang nak faham..kalau tak faham google jelah. haha
Cuma kekurangannya tour guide dorang suka bawa tempat kedai-kedai macam kedai carpet, kedai tanah liat (seramik) yang buat pinggan, cawan atau perhiasan rumah, kedai batu macam cincin kemudian kedai baju leather. Ini orang panggil tourist trap.. bahasa melayu nya perangkap pelancong.
Dia kalau murah takpe lah juga, ni mahal sangat macam baju leather or carpet tu mau beribu-ribu jugalah kalau convert dengan duit kita. Tapi adalah terpengaruh dengan cincin kat sana.. makanya terbelilah lah satu...hahaha





















