Beli TV TCL Berbaloi Tak? Ini Pengalaman Saya

Tak expect pun nak beli tv baru sebenarnya tapi disebabkan tv lama dia punya lampu led backlight dah gelap jadi terpaksa la beli tv baru. Nak tengok tv boleh je cuma terpaksa tengok tv dalam keadaan gelap sebab dia punya lampu led backlight tu dah tak hidup. 

Kena buka lampu rumah baru nampak skit tv tu. Nak pergi repair malas pula lagipun tv dah lebih 8 tahun ke atas better beli baru. TV lama saya tu brand LG.

Jadi, bermulalah pencarian tv baru bermula dan kalau boleh nak upgrade skit lah. Mula-mula nak beli brand LG je senang malas nak fikir tapi memikirkan harga dia agak mahal untuk TV saiz 55 inci. Jadi survey brand lain maka saya jumpa brand TCL. 

Pernah la dengar brand ni cuma masa tu tak meyakinkan sangat nak beli tv brand TCL kat kampung dulu. Jadi bila saya survey brand ini tengok harga dia pun memang berbaloi kira mesra poketlah.  

Kenapa TV TCL Yang Saya Beli?

Survey punya survey saya beli tv TCL QLED 75 inci sebabnya harga dia agak berbaloi dengan saiz skrin yang besar iaitu 75 inci dan spec tv pun ok juga. Cuma 120Hz tu khas untuk game je lah kalau biasa paparan 60Hz je lah. 

TCL T6D merupakan sebuah QLED 4K Google TV yang hadir dengan 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. TV ini menyokong Dolby Vision, HDR10+, MEMC 60Hz serta 120Hz VRR/DLG untuk pergerakan yang lebih lancar. Ia turut dilengkapi HDMI 2.1, Bluetooth 5.0, Google Assistant dan fungsi Hands-Free Voice Control.


Harga tv TCL 75 inci sekali dengan wall mount bracket saya dapat bawah RM3.8K macam tu. Harga macam tu je dapat tv LG 55-65 inci kualiti 4k UHD. 

Saya order melalui Shopee Mall TCL dalam masa seminggu jugalah sampai. Dorang akan whatsapp bagi date bila dorang akan datang. Delivery pun pekerja TCL yang hantar siap pasang tv kat dinding semua.

Tv TCL dah sampai

Gambar di atas adalah pekerja TCL yangs sedang pasang Tv kat dinding. Tak sempat nak ambil gambar kotak tv semua sebab lupa nak ambil gambar pastu pekerja pun tolong buangkan kotak semuanya.. Jadi ini lah gambar yang ada..

Apa Yang Saya Suka Tentang TV TCL

Antara perkara yang saya paling suka ialah kualiti gambarnya. Mungkin sebab guna panel QLED, warna pun nampak lebih real terutama ketika menonton movie dan content 4K. Yang penting ada google TV jadi senang nak download Netflix, Youtube ke dan pelbagai aplikasi lain. Sound pun kuat buka volume 12 pun dah kuat. 

Kekurangan TV TCL Yang Saya Perasan

Macam biasalah basic 60hz je takdelah sampai 120hz tapi kira sedaplah mata memandang untuk tgk tv dengan kualiti 4k. Kemudian dia ada macam lag manja takde la sampai lag teruk kira dia tak smooth kalau nak tukar app ke app lain mungkin sebab 2gb je kot RAM. 

Kemudian kekurang lain yang saya perasan selepas 5 bulan pakai adalah bila kita tengok movie or drama kat Netflix, sesetengah babak yang ada banyak pergerakan pantas, video kadang-kadang kelihatan seperti mempunyai bayang atau berlapis macam ghosting efffectlah panggil kot. Itulah yang saya perasan sebab macam tv lama saya takde isu macam ni. 

Tapi bagi saya ok je sebabnya ada certain masa je jadi macam tu takdelah sampai berlarutan sampai menganggu kita tengok tv. 

Kesimpulan TV TCL Berbaloi Tak Untuk Dibeli?

Secara keseluruhannya, bagi saya TCL memang berbaloi terutama kalau nak TV QLED 4k dengan pelbagai fungsi dengan harga yang lebih mesra poket. 

Kualiti gambar pun cantik, ada Google TV, sound Dolby Vision serta beberapa fungsi tambahan untuk gaming menjadikan TV ini kira almost pefect lah.

Kalau nak dibandingkan dengan jenama LG, bagi saya brand LG mungkin lagi berbaloi dari segi spec macam sound dengan kuliti gambarnya bagi saya antara yang terbaik pernah saya pakai. Cuma kekurangan dia ialah LG pakai os sendiri tak guna android Google dan UI dia pun ada lag manja skit mcm TCL. 

Tengok poket lah kan takdelah sampai berbelanja tinggi, Memadailah TCL dengan harga mesra poket untuk skrin yang besar dan spec yang berbaloi.

Tetapi kalau bajet bukan masalah, bolehlah bandingkan dulu dengan model LG sebelum membuat keputusan. Apa yang penting tepuk dada tanya poket.  

Saya berpuas hati dengan apa yang saya beli dan hopefully tv TCL bertahan lama la penggunaanya. Sekarang ni pun baru pakai 5 bulan macam tu. 
Previous Post Next Post

Contact Form