Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, February 4, 2020

Best Tidur kat The Laverage Business Hotel Skudai Johor Bahru

ok guys, kali ini kita ke Johor Bahru pula.. ada apa kat Johor Bahru? Mestilah banyak tempat menarik macam Legoland, Muzium, tempat reakreasi tak kurang juga pelbagai tempat makanan yang sedap..

Tapi aku tak nak share sangat pasal tempat menarik Kat Johor Bahru, tapi nak share pengalaman aku bermalam di Hotel The Laverage Business kat Skudai Johor..

Kenapa aku pilih Hotel ini?


Sebabnya banyak hotel murah lain dah penuh bookingnya kat area Skudai. kalau boleh nak hotel area Skudai sahaja sbb Skudai ini antara tempat strategik juga kalau nak pergi tempat menarik kat Jb ini selain itu mudah kalau nak balik terus straight sekejap jumpa tol. 

First Impression The Laverage Business Hotel Skudai 

Bagi pandang pertama datang hotel ini nice dari luarannya takde gempak mana kemudian bila masuk dalam tu pun nice juga n simple serta lobbynya sangat luas. Jadi banyak tempat duduk sambil menunggu giliran untuk dapatkan bilik setelah booking secara online. 

Depan hotel ini ada ruangan parking tapi macam agak limited. Siapa cepat dia dapat la, banyak juga kereta mewah parking... Kalau penuh parking jenuhlah nak cari parking berpusing-pusing jauhnya baaru dapat parking. 

time datang sini holiday krismas.


Ada ruangan juga untuk bermain komputer senanglah customer nak meng-google. 

Dah dapat kunci bilik mehla kita ke bilik pula tengok macam mana.. 

2 katil king. boleh duduk 4 orang..
Feveret bila bilik jenis wood floor dan space yang besar kemudian ada tingkap senang nak usha orang luar.. haha. Nak solat pun selasa.

Katil dia pun sedap bila tidur macam jenis tilam mahal sesuai untuk tulang belakang dan bantal dia pun sedap juga tak payah guna bantal peluk sendiri. Saya jenis bawa bantal sendiri kalau tak memang susah nak tidur. 

Sebab ada hotel bantalnya tak best tapi hotel ini bantalnya best kena ngan kepala ak. Bantal jenis tak lembut sangat. Saya suka jenis bantal yang agak keras skit dalam kekerasan tu ada sedikit kelembutan. Saya suka bantal macam Ortho Hydro Gel Bamboo Charcoal Memory Pillow by Akemi

Bilik Air. 
Ok yang tak bestnya ialah part bilik air.. Sebab pintu bilik air ni tak macam pintu air biasa.. Pintu jenis sliding... kena tutup slide kedua-dua pintu serentak. Kalau satu takpe kena slide tapi kena 2x slide untuk tutup pintu. Pintu pula jenis kayu jadi agak berat untuk tolak or tarik pintu.. Ada slide tu tersekat. haha. dan tak boleh berkunci. naya kalau ada orang buka slide secara tetiba time kita mandi..

Lagi satu agak susah juga nak ambil wudhu kat bilik air. ni.. kurang mesra skit. Kena ambil wudhu kat sinki yang agak tinggi untuk orang pendek macam ak.


meja simpla
Ada peti ais macam biasa standard hotel, ada air kopi teo semua. 

Serapan pun juga ada disediakan tapi tak ambil paker tersebut sebab jenis serapan kat luar. Serapan kat hotel ini walaupun tak ambil pakej serapan pun dapat harga murah time tu harga RM 5 je berbanding harga asal. Harga promo. Kira murah sangat. Tapi korang jangan expect la makanan banyak sangat.. Tau2xlah RM5 banyak mana kan choice. biasa ada 2-3 jenis makanan

Hotel ini juga dekat dengan kedai makan mamak jalan kaki dah sampai tapi dekat juga ngan club2x yang buka waktu malam tapi jauh skit belakang. So far, waktu malam tak de dengar bunyi bising2x dan bilik pun kalis bunyi. 

Overall hotel ni memang terbaik sangat selesa kira kena dengan harga RM300 lebih macam tu untuk 4 orang.. kalau jenis bilik untuk 2 orang murah skit RM80 lebih 1 malam..


Wednesday, January 29, 2020

Pengalaman Menginap di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

Macam biasalah aku memang suka bercuti time weekend. Kali ini nak pergi Ipoh pula.

Apa yang best kat Ipoh? Ak pun sendiri tak tahu apa yang best kat Ipoh ini dan kebanyakkan orang kata tempat penuh dengan makanan yang sedap serta banyak kedai hispter.

Sebelum nak ke Ipoh tu memang tengok app Agoda dulu untuk check harga hotel kat sana dan kalau boleh harga yang bajet-bajet lah.. pergi pun 1 (satu) malam je. nak pergi lama-lama pun bukan ada apa sangat.

Jumpa la satu hotel dan terus book..

Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

Sampai je Ipoh terus cari hotel ini. tak jauh pun dari Tol Ipoh memang dekat betul dengan simpang masuk Ipoh. memang sangat strategik tempat ini tapi untuk tempat menarik kat ipoh tu agak jauh sikit. 

Hotel ini dekat sangat Tesco sebelah je. Boleh jalan kaki ke Tesco selain itu ada kedai makan melayu dan mamak sekali. Kemudian kalau tak cukup duit ke ada Maybank belakang hotel ini.. 

Bilik tak adalah sempit sangat tapi boleh nak buat solat kira ada space juga. Lagipun hotel buat tempat tidur je selebihnya banyak berjalan-jalan nanti. 

First masuk ni bilik ni agak berbau.. macam ada bau rokok.. walaupun ada notis larangan merokok tpi still ada orang merokok juga.. jadi buka lah aircond buang bau rokokk..

Jadi inilah bilik kitaorang 2 single bed.  wallpaper simple membangkitkan mood happy. 

2 singel bed

dari sisi lain.. standard hotel ada peti ais, tv, peti security siap ada kipas tu.. haha

Ini adalah bilik air lupa nak ambil gambar dalam bilik air.. Toiler dia pun nice senang nak ambil wudhuk..

sisi lain untuk toilet. 

Overall bilik selesa dan bilik pun cantik lagi mungkin sebab hotel baru lagi. Lantai pun jenis kayu feeling duk bilik korea. hahah

Harga murah kalau booking by Agoda atau app hotel lain.. kalau walk in mahal skit dalam Rm155 macam tu untuk 2orang dan satu malam

Kalau nak book hotel ini jangan confius sebab hotel ini ada 2 nama.. iaitu Indra hotel (hotel lama).. Hotel baru iaitu Hotel Indra Boutique Suites..lobi hotel ini cantik nice lupa plak nak ambil gambar.. 

Nak balik senang nanti sebab dekat simpang masuk tol.


Sunday, October 13, 2019

Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah

Sedikit info ringkas tentang Visa pelancong Arab Saudi. Ini juga bagi sesiapa yang ingin membuat umrah secara sendiri. Permohonan visa secara online. Bahasa mudahnya DIY.

1. Kerajaan Saudi telah membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia.

2. Boleh apply melalui online https://visa.visitsaudi.com.

3. Boleh berada 3 bulan (90 hari) di dalam Saudi.

4. Kos visa ini adalah SR300 dan tambahan SR140 untuk medical insurance (lebih kurang RM500 seorang)

5. Pelancong islam boleh mengunakan visa ini memasuki Makkah & Madinah untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji

6. Pelancong bukan islam boleh juga masuk Saudi menggunakan menggunakan visa ini. Mereka hanya TIDAK BOLEH memasuki tanah haram Makkah & Madinah.

7. Berita baik juga untuk wanita kerana TIDAK MEMERLUKAN MAHRAM. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

8. Visa pelancong tidak boleh digunakan untuk bekerja.

Arab Saudi dah list kan Malaysia sebagai salah satu dari hanya 7 negara Asia yang dibenarkan masuk ke Saudi menggunakan visa pelancongan yang membenarkan pelancong mengerjakan umrah, maka mudah lah pemegang passport Malaysia untuk mengerjakan umrah secara DIY selepas ni. Boleh atur perjalanan sendiri. Semoga kelebihan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Indonesia pun TAK boleh tau guna visa pelancong ni.

Info Ringkas Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah


Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah 1

Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah 2


Cara Apply e-Visa Arab Saudi

Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in - sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
  2. Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  3. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  4. Maklumat tarikh expected arrival - jangkaan ketibaan
  5. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  6. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
  7. Medical insurance
  8. Term and condition
  9. Review application
  10. PAYMENT: thru debit @ credit card .
  11. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

Monday, August 12, 2019

Pengalaman Bercuti ke Genting Highland 2 Hari 1 Malam

Setelah berpuluh tahun tak pergi tetiba rasa macam nak pergi lagi. Suasana pun dah lain dari yang dulu. Aktiviti Outdoor buat masa ni masih lagi ditutup untuk orang awam atas dasar pengubahsuaian taman tema yang baru lebih fresh.  Tak sure bila akan buka.. banyak kontroversi

Pengalaman Bercuti ke Genting Highland 2 Hari 1 Malam
gambar yang sempat diambil. masih lagi belum siap. time ni dah petang mendung


Apa yang bestnya Genting Highland?


Kemudian Genting Highland dah ada dua (2) tempat Cable car. Satu cable car skyway awana baru dengan yang lama.

Cable car macam saya sendiri lebih prefer beli tiket express line berbanding normal sebab ramai orang beratur jenuh nak menunggu line nak masuk cable car. Express line kira korang potong line secara sah la di gate yang khas untuk express line. hehe. Harga tiket mahal skit berbanding normal.  Lupa pula harga tiket berapa.. biasa normal tiket bawah RM10 untuk one way.. beli siap2x untuk tiket pergi balik 2 way.

Pengalaman Bercuti ke Genting Highland 2 Hari 1 Malam
gayat pula. 
Tak dapat merasa cable car yang baru sebab masa tu katanya sedang dalam proses penambahbaikkan mungkin ada masalah teknikal jadi kena pergi tempat cable car yang lama jauh skit dari GPO
GPO? GPO tu Genting Premium Outlet.. masa dulu memang tak ada, sekarang dah ada suasana lebih kurang sama macam JPO cuma GPO kat atas bukit lah dan sejuk2x manja.. GPO tu sekali gabung dengan bangunan cable car senang nak pergi atas sekali Genting Higland. Genting Higland sekrang dah makin meriah dengan adanya GPO. 

Kalau korang tak nak pergi atas sekali boleh je lepak kat bangunan baru GPO. Boleh tahan ramai juga orang shopping barang berjenama ni. Harga memang mahal la... kalau rasa mampu sila lah beli.. sekali sekala kan.. ada brand outlet dengan fos sekali.

Puncak Genting Highland ada taman tema dan korang boleh pilih sama ada indoor dan outdoor.  cuma outdoor buat masa ni buat ubah suai (renovate) tak tau lagi bila siap. So skrang ada aktiviti indoor je.

Pengalaman Bercuti ke Genting Highland 2 Hari 1 Malam
Taman tema jenis indoor. ada permainan outdoor yang dibawa masuk dalam indoor. 

Takde pape pun kat atas sekali banyak bangsa cina kat atas then banyak juga kedai makan tak halal... kedai makan halal pun ada juga. Pandai2xlah cari kedai makan yang halal. tapi tak rekemen makan kat sini sebab harga mahal berganda2x dari harga biasa. Terpulang kat korang sendiri.. sekali sekala pergi sini bercuti kan..

Kat sini tak sejuk sangat macam dulu. Jadi tak payah pakai jaket pun tak apa. 

Menginap di DZH Health Resort Club 2 hari 1 malam

Nama resort macam hospital pula. Hotel ni terletak di Gohtong Jaya kat belakang kedai berdekatan dengan area GPO. 

Dah penat jalan-jalan kat Genting Highland naik cable main permainan tema semua dan turun semula kalau nak balik terus ke rumah memang penat sangat jadi stay la 1 malam kat sini. 

Kalau nak book hotel kt atas puncak sekali memang mahal jadi book hotel kat bawah je lah. Harga pun mampu milik. DZH Health Resort jadi pilihan sebab ni je hotel yang ok kalau yang lain penuh dan macam meragukan.

First time masuk bilik hotel tak ada aircond. just ada kipas je. Walaupun tak ada aircond bilik sentiasa sejuk je sebab suasana kat bukit memang sejuk sentiasa. 

Kat hotel ni tak ada sediakan makanan yang halal jadi kena prepare makanan sendiri. Kalau rasa lapar boleh makan kat kedai makan kat depan hotel je. Kalau tak silap ada 2 kedai makanan thailand yang halal selainnya penuh dengan kedai makan cina. 

Tuesday, August 7, 2018

Pengalaman Menginap Kat The Shore Hotel di Melaka

Kalau nak jalan-jalan kat Melaka ni mestilah kena ada tempat nak stay untuk rehat semua kan. So, antara tempat yang menjadi pilihan untuk berehat adalah di The Shore Hotel Melaka.

Kenapa Pilih The Shore Hotel?

Antara sebab pilih hotel ini mungkin sebab faktor hotel ini baru je siap dibuka jadi tertarik nak stay kat situ dan banyak tempat menarik dalam The shore ini selain hotel je ada aquarium, the sky tower boleh tengok pemandangan yang tinggi dan 3D Interactive Park. Tak lupa juga kat hotel ini bawahnya ada shopping mall senang kalau nak beli makanan ke apa semua turun je bawah. 

Bilik yang ditempah pun nice luas sesuai untuk family bajet. 2 katil single siap ada balkoni lagi. Kalau tak muat boleh tidur kat balkoni.. eh! Gurau je.. haha

siap ada kerusi malam boleh buat tidur juga

ada 2 katil besar.. 


tv tak tengok sangat rancangan pun skit je.. tak penting.. orang tgk phone skrang..

balkoni.. pemanngan depan tu hotel swiss kalau tak silap. 

Harga The Shore Hotel

Harga masa tu tempah melalui agoda degan harga kalau tak silap masa tu. RM 150 lebih macam tu. Boleh kata berbaloi bilik semua lengkap kettle semua ada.. nak swimming pool pun ada. sauna gym semua ada.

Kekurangan The Shore Hotel

Cuma yang tak bestnya kat bilik ni adalah toiletnya yang agak 'open' even dah ditampal dengan sticker kabur pun orang boleh intai2x nampak gaya kita mandi semua.. Boleh rujuk gambar kat no.2 Itu waktu siang kalau waktu malam memang lagi la nampak walaupun kabur2x je. Lagi satu breakfast tak disediakan.. mungkin tak ada dalam pakej yang ditempah. 

Saturday, July 21, 2018

Tips Percutian ke Bali Secara Solo Lebih Aman

Salam. Saya nak berkongsi sedikit tips bercuti ke Bali berdasarkan pengalaman saya yang lepas. Kali pertama saya ke Bali pada March 2016 bersama 2 orang teman. Tapi waktu tu tak seronok sangat sebab beberapa perkara. Jadi pada tahun ini, saya ke Bali lagi secara solo dan mengambil pengajaran daripada trip pertama saya ke Bali dulu. Dan kali ni memang seronok gila! Jadi lepas ni kalau korang nak ke Bali, wajib teliti beberapa perkara ini ok?

Tips Bercuti ke Bali Dengan Puas Hati
Pemandangan yang cantik
1) Cuaca

Ya cuaca! Ini saya kira paling penting kerana maklum mengetahui Bali merupakan sebuah pulau. Jadi kalau hujan, aktiviti akan tergendala terutamanya kalau nak ke pantai atau air terjun. Kali pertama pergi dulu, masih dalam musim hujan. Langit gelap dan adakala nya hujan pada waktu pagi atau petang. Jadi gambar pun tak berapa cantik dan banyak aktiviti tak boleh buat. Kali kedua saya pergi pada bulan May tahun ini. Waktu tu baru bermula musim kering, jadi cuaca sangat cun dan tak hujan langsung sepanjang seminggu saya disana. Gambar pun lawa lah bila lighting on point!

Tips Bercuti ke Bali Dengan Puas Hati
laut yang sangat cantik
 2) Tour atau DIY

Saya sebenarnya lebih gemar DIY semua benda, lebih-lebih lagi jika travel solo. Pertamanya sebab lebih jimat. Saya hanya tinggal dihostel dan menyewa motor sepanjang disana. Makan pun boleh cari yang murah dan ikut selera tekak melalui website seperti TripAdvisor or Lonely Planet. Waktu dan jadual perjalanan pun boleh ubah sesuka hati mengikut kemahuan dan kudrat kita. Sewaktu saya bersama tour dan supir dulu, banyak tempat terpaksa skip sebab kekangan masa.

Tempat-tempat menarik di Bali sangat jauh di antara satu dengan yang lain, jadi banyak masa habis di atas jalan. Di tambah pula dengan keadaan jalan yang sempit dan trafik yang teruk, jadi bagi saya menaiki motor atau Go-Ride (apps seperti Grab/Uber tapi untuk motor) adalah lebih mudah, jimat dan pantas. Tempat makan yang dibawa oleh supir pula mahal dan kadang kala tak kena dengan selera tekak saya. Mereka sebenarnya sudah dibayar oleh tuan kedai makan untuk membawa pelanggan ke kedai mereka dan akan diberikan komisyen.

Tips Bercuti ke Bali Dengan Puas Hati
Air yang sanagt jernih
3) Tourist Spot!

Kali pertama saya ke Bali dulu saya dibawa ke tempat-tempat tumpuan pelancong yang sangat mainstream seperti Tanah Lot, Uluwatu Kechak Dance, Air Terjun Tegenungan, Pantai Pandawa, Tirta Empul dan Garuda Wishnu Kencana. Tak dinafikan, tempat-tempat ini memang cantik, menarik dan wajib dikunjungi kalau ke Bali.

Tapi yang saya tak berapa gemar adalah ramai gila orang! Tambahan pula saya mengikuti tour, jadi jadual perjalanan adalah lebih kurang sama dengan jadual perjalanan kumpulan tour yang lain, lagi lah bertambah sesak.

Tips Bercuti ke Bali Dengan Puas Hati
Amazing
Trip kali kedua ke Bali ni, saya memilih untuk ke tempat yang kurang mainstream. Kurang mainstream tak bermaksud tak ramai orang ya! Masih ramai tour group ke tempat-tempat ni kerana Bali memang sebuah pulau pelancongan kelas dunia, jadi tak boleh lari dengan manusia. Tapi disebabkan saya DIY, matahari belum terbit lagi saya dah hidupkan motor ke tempat-tempat ni. Jadi memang saya lah orang pertama yang sampai!

Itu je kot rasanya perkongsian saya. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen dibawah, InsyaAllah saya reply. Saya tak berminat nak menulis itinerary sebab saya memang tak ada buat, the unplanned and spontaneous trip is just sometimes the best gittew. Lagipun rasanya dah banyak orang berkongsi itinerary Bali dalam group ni. Nak tahu lebih detail pasal tempat yang saya pergi boleh baca description saya pada gambar. Nak tengok lebih banyak gambar boleh melawat Instagram saya @amirulrasyid hiks!

credit: amirul rasyid

Monday, April 23, 2018

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur

Rasanya ini dah kali kedua AB pergi ke taman burung. Kali pertama rasanya masa lawatan sekolah dulu time sekolah rendah sekarang ini pula dengan member.. Member tak pernah pergi jadi AB temankan je lah pergi tengok..

Tempat ini tersangatlah besar jadi bagi mereka yang tak berkemampuan macam orang tua yang sakit ke yang kurang sihat tidak lah digalakkan sebab takut penat teruk jalan pusing taman burung ini.. ada bukit naik turun semua lagi buat kita bertambah penat..

Jadi, kalau nak pergi betul2x sihat tenaga batin semua.. Budak2x macam mana? Kalau aktif boleh la tapi kalau dah penat budak tu memang parent la jadi mangsa ke angkat budak tu.

Harga tiket Taman Burung Negara Kuala Lumpur 

Mykad (Warganeraga Malaysia)

  • RM27 (Dewasa)
  • RM13 (Kanak-Kanak)
Harga luar negara lagi mahal.. tak ingat berapa tak ambil port sebab AB bukan Foreigner....

Best Sangat ke Taman Burung Negara?

Sebelum AB jawab soalan tajuk di atas...
AB nak cerita pasal suasana sini yang sangat besar dan cantik.. View kawasan ini memang cantik dan luas dan korang boleh berlari-lari. Selain itu tempat ini memang terbuka jadi agak panas dan cepat berpeluh bila pusing-pusing kat taman ini.. itu yang best...

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur
Bangau kat taman burung.
Sampaikan beberapa mat arab nsem dengan mat korea buka baju tayang badan yang sado nak mati....melayu nak buka baju ke? Tak la sebab malu perut dah ke depan... hahaha... gurau2x je.. kita jaga budi di tempat awam kita jaga mata orang lain..

yang tak bestnya tempat besar tapi burung nya macam sikit je jenis2x speciesnya.. tak taulah sama ada terlepas ke dah mati ke atau memang bilangannya macam tu. ala mcam sunyi je sangkar kosong tak ada burung.. ke sebab tempatnya terlampau besar jadi burung bila tengok cam skit je padahal banyak..

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur
Penuh dengan bangau beristirehat..
tapi masa dulu pergi rasa macam lagi banyak burung.


Berbaloi ke pergi Taman Burung?

Depends sebenarnya pada korang.. kalau jenis nak hiburkan anak-anak yang aktif boleh bawa jalan2x kat sini.. kalau tak pernah pergi tengok burung luar negara punya boleh terjah kat sini secara live.. bosan-bosan tak tau nak pergi mana tu boleh lawat kat sini sambil tu keluar peluh sekali sihat tubuh badan tak ada lah terperuk kat rumah je. hehe

Tips kalau nak datang sini
  • Pakai seliper atau kasut yang sesuai untuk berjalan jauh.. 
  • Mykad/IC kena ada..
  • Bawa payung bukan apa kalau tak tahan panas ke atau tetiba hujan ke dah standby payung..
  • Bawalah air mineral takut dahaga.. kat dalam ini ada jual tapi mahal la..
  • Tempat ini besar.. ada tempat yang berbeza.. lain2x zon.. tinggal korang larat ke nak pergi..sebab nanti korang kena patah balik untuk exit..
  • Kalau ada anak tu bawah dia punya troller. kalau penat boleh letak kat troller dia.. ...