Monday, November 25, 2019

Macam Mana Nak Tukar Alamat Kat Shopee Selepas Order?

Ramai di antara korang biasanya selepas order selalu nak minta tukar alamat dengan alasan salah letak alamat, nak tukar alamat rumah, tu alamat rumah lama baru lepas pindah rumah, nak tukar alamat office, nak tukar alamat untuk kawan, nak tukar alamat kat kg la dan macam-macam alasan la yang selalu kita nampak.

Malangnya kalau korang dah order memang tak boleh nak tukar alamat sebabnya butiran alamat korang nanti shopee yang akan bagi kat seller jadi seller memang tak boleh nak tukar alamat untuk korang. Seller tak boleh nak buat apa kalau customer mintak tukar alamat. 

Melainkan seller akan suruh cancel order atas alasan wrong delivery address dan buat order baru dengan alamat baru. Duit nanti akan refund dari shopee serta-merta itupun tengok keadaan.. Kalau baru order dan nak cancel order dapatlah refund cepat. Kalau dah order lama, pastu baru 2-3 hari baru nak cancel order mungkin lambat skit dapat refund. 

Kebiasaanya selepas order then nak cancel order serta merta tu tak perlu respond dari seller. Melainkan selepas satu (1) jam selepas order baru kena tunggu respond dari seller untuk accept refund. 

Ok itu cara lama.. sekarang shopee dah buat penambah baikkan untuk customer yang selalu minta tukar alamat akibat tersilap. 

Macam Mana Nak Tukar Alamat Kat Shopee Selepas Order?


Customer boleh tukar alamat sebelum seller bagi no tracking atau arrange shipment. Tapi bila seller dah bagi no tracking atau arrange shipment korang kena buat step macam perenggan 3 kat atas tu. 

Ini untuk seller yang join program logistic dengan shopee.. Yang ada logo lori tu bawah gambar produk dorang..

logo lori warna hijau


 Cara Tukar Alamat Kat Shopee Selepas Order?


Step 1: Customer boleh edit kat bahagian delivery address macam gambar kat bawah.

Macam Mana Nak Tukar Alamat Kat Shopee Selepas Order?
edit tukar alamat baru korang


Step 2: Bila dah tekan edit tu, korang boleh pilih alamat yang korang nak tukar atau buat alamat baru. Boleh rujuk gambar di bawah. 

Macam Mana Nak Tukar Alamat Kat Shopee Selepas Order?
Pilih dan tukar alamat yang hendak ditukar. 
Step 3: Apabila alamat dah tukar, nanti akan keluar pop out mesej untuk memberi amaran kepada korang di mana delivery address hanya boleh ditukar sekali sahaja. Kemudian korang boleh klik comfirm untuk penukaran delivery address

klik Comfirm kalau dah pilih alamat korang

Step 4: Apabile korang dah klik Comfirm untuk tukar alamat korang, korang dah tak boleh tukar lagi alamat lagi.

settle.. takde lagi edit.. no more second change. 

Lepas ni tak payah tanya seller macam mana nak tukar alamat.. korang edit je sendiri nanti kat bahagian delivery address.

Kalau nak tukar alamat lagi juga kali ketiga kena buat step macam perenggan 3 kat atas tu.