Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Thursday, July 24, 2025

Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Hang gaji 7K tapi pakai Axia, kawan hang gaji 2K tapi pakai Honda, biarkan. Tak payah judge dia sebagai kaki gaya ke apa.

Hang 30-an tapi masih buat 2-3 kerja, kawan hang 22-25 masih memilih work life balance, biarkan.

Tak payah sibuk judge dia manja ke apa.

Hang 30-an tapi masih tak fikir pasal jodoh, kawan hang umur 25 dah beria cari jodoh & planing, biarkan. Tak payah kata dia beria atau desperate.

Hang dah tak main game, tak layan anime, tak banyak keluar rumah, tak payah kecam lebih-lebih kawan hang yang masih buat semua tu.

Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia
sekadar gambar hiasan

Hidup ni lebih simple & tenang bila hang tak ukur orang lain pada perkara yang tak bersangkutan dengan hang.

Semua orang ada timeline & turning point masing-masing.

Kadang-kadang orang yang terlalu bermotivasi bukan sibuk membina diri sendiri, tapi sibuk mengukur kehidupan & flow hidup orang lain.

Menyangka diri sendiri sudah "on the right track" sampai memandang kehidupan orang lain sebagai gagal, terlambat, dan seumpamanya adalah sesuatu yang berbahaya. 

Cukup sekadar mengkritik maslahat umum, tapi ajarlah diri tak bercakap berkenaan kehidupan dan personal life orang lain.

Sunday, June 29, 2025

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Tak sangka selepas 2 tahun pakai akhirnya skrin retak akibat kecuaian sendiri, jatuh ditempat yang tinggi. Skrin menjadi berkelip-kelip atau hitam. Juga ada satu garis hijau. 

Masa tu lah hati tu punya cuak bagai nak gila bila tengok skrin retak macma tu.. terus balik rumah rehat tenangkan fikiran dulu baru fikir kemudian nak buat apa..

sama ada nak beli smartphone baru atau tukar skrin baru. 

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra
keadaan phone setelah jatuh, screen bawah terus gelap,
perhatikan kiri dan kanan tu ada retak/pecah


Rehat sampai tertido.. kau rasa.. haha. mgkin sebab penat sangat ditambah pula dengan masalah skrin pecah lagi.. banyak benda nak kena fikir sebab melibatkan duit juga nak keluarkan kos skrin tu or beli baru.. 

Sempatlah survey harga smartphone sekarang dan berapa kos kalau nak tukar skrin baru..

Fikir punya fikir baik tukar je lah skrin baru dari beli smartphone baru sebabnya hp yang ada sekarang masih lagi laju dan smooth baru 2 tahun pakai.. smartphone baru skrang pun kalau flagship pun dah RM4k ke atas dah.. 

Service Centre Samsung Aeon Cheras Selatan

Jadi survey lah service centre Samsung kat mana.. maka jumpalah satu service centre berdekatan dengan tempat aku iaitu kat Aeon Cheras Selatan terus bergegas ke sana.. masa tu dah malam.. 

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra
nak ambil gambar kedai depan tetiba ada staff wat peace.. hehe

Bila dah sampai kat Samsung Aeon Cheras selatan tu terus scan barcode yang diorang sediakan kat kaunter untuk que. Tunggulah turn no untuk dipanggil nanti. Sambil tu godek2x smartphoen terkini.. 

No giliran dah sampai jadi cerita lah masalah semua dan tanya sekali kos tukar skrin? 

Samsung kaunter tu kata Kos tukar skrin S23 Ultra ialah RM906.80. Pastu dia belek lagi semua casing tengok battery pun dah kembung.. kalau tukar battery sekali tambah RM99. Jadi total keseluruhan RM1005.80. Dia kata battery tu kalau tukar asing kemudian jadi harga RM200 lebih macma tu. Tapi kalau repair skrin sekali tukar battery jadi jimat banyak.

masa ni terkejut tengok sampai terbuka casing asal phone akibat battery kembung.. masa ni tak check plak ada kembung battery. Patotlah battery cepat cair. 

owh yeah, ak ambil sekali screen protector katanya screen protector 360 darjah.. ke aku salah dengar.. haha. mahal la dalam RM98 untuk depan dan belakang. Aku request protector jensi matte.

Jadi saya tanpa fikir terus kata yes tukar baru. dan terus buat pembayaran. Kaunter tu kata sebab dah malam, esok pkul 1ptg macm tu dah boleh ambil. Kalau datang awal petang tadi malam dah boleh ambil.. kira cepat gak dorang siapkan.. 

Terus dia kata hp tukar kepada maintainance mode.. ak pun baru first time dengar. hahah. terus keunter tu dia ajarakan. senang privacy apa semua kita terpelihara.. nanti dia akan keluar homescreen yang basic sahaja. kira semua kosong. Aku pun macam terkesima jap ada juga fungsi macma ni ya.. 

Dah cek semua hp, tinggalkan details semua, dia pun bagi resit. Tunggulah esok collect nanti

---

Hari yang ditunggu telah tiba, macm biasa scan qr untuk que kemudian no pun dipanggil dan serah cek untuk comfirmation.. Dan phone pun diserahkan kembali kepada aku..terus rasa macam smartphone baru selepas off maintainence mode. 

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra
keadaan phone selepas repair kat Sevice centre Samsung. 
Macam baru

Screen protector dia unik sebab first time ak jumpa screen protecter yang boleh protect sekali skrin melengkung tu kiri dan kanan, kira dia tutup juga yang skrin melengkung tu takde lah nampak terbuka je. Juga protect termasuk yang belakang.

Kemudian, bila tukar battery tu kan, rasa la lama battery dia nak habis. bayangkan 2ptg tengah caj dalam 80% macma tu esok malam baru habis battery.. tu pun tinggal 20%... 

Kira aku rasa puas hati lah walaupun banyak keluarkan kos untuk baiki skrin. Hopefully dapat bertahan 1-2 tahun lagi. 

Saturday, August 31, 2024

Pengalaman dan Cara Mudah Terminate Maxis FIbre 2024

Setelah 2 tahun kontrak dengan maxis fibre akhirnya bebas dengan kontrak dan boleh terminate pada bila-bila masa. Sebenarnya 4 tahun kena kontrak dengan maxis fibre. 

Sebab ada kejadian yang tak best bila first 2 tahun kontrak tu dah habis tetiba capat call kena tukar moderm sebab moderm yang lama tu outdated kira dah ketinggalan ya. Kena pakai moderm yang baru yang versi moderm terkini ada versi 6 katanya. Padahal sepanjang pakai maxis fibre tak pernah pakai modem dorang just pakai modem sendiri kira beli sendiri. Moderm yang maxis bagi tu saya simpan je sebab macam coverage tak berapa meluas dalam rumah. 

Moderm Maxis

Masa tu tak tau pula contract dah nak habis. Jadi bila agent maxis call kata nak tukar moderm tu saya jawablah ada kena bayar pape ke, syarat ke or auto renew contract moderm sebab tak pernah pakai moderm maxis punya. Dia jawab lagi kata maxis bagi free takde caj or kena renew contract semua. 

Masa dorang call tu membe saya ada dengar sebab volume kuat jadi dia boleh dengar. Dia lah jadi saksi 

Saya pun iayakan je lah kalau nak pasang, pasang je la tapi saya tetap pakai modem saya sendiri juga nanti. Benda free ambil je krang tolak rezeki plak. 

Dalam beberapa hari, tukang pasang modem dah sampai kemudian dia pasang modem semua dan balik macam biasa. Macam datang kalau nak pasang fibre baru kan pastu tanda tangan dan balik. 

Rupanya kena scam ngan agent tersebut sebab bila cek ngan HQ Maxis kata ada sambungan contract lagi 2 tahun. Agent tu rasanya kejar komisen tu yang call kena tukar modem.. Masa tu memang menyerap jugaklah. Nak bawa isu ini ke tribunal pengguna pula macam buang masa pula. Nak tak nak sambung je lah contract maxis fibre. 

Cara Mudah Terminate Maxis FIbre

Kalau terminate kat cawangan Maxis tu leceh sebab nak kena keluar berjalan nak pula time bekerja. Memang malas lah jawabnya. 

Hari tu tanya cawangan nak terminate, kena datang 5 hari sebelum nak terminate dan bawa balik moderm semua. Sudah nak kena set time untuk datang lagi untuk 5 hari sebelum nak terminat. So, dari situ dah leceh dan buang masalah nak terminate kata cawangan.. 

Jadi, Cara mudah korang buat je secara online iaitu boleh buat kat X (Twitter). 

Korang mesej kat @MaxisListens tulis nak terminate. 

Biasa dorang mintak details macam ini,

Hi, untuk kami semak akaun anda, sila berikan kami maklumat berikut untuk tujuan pengesahan: 

4-digit terakhir kad pengenalan/passport:  
Nombor akaun Maxis/Nombor Maxis: 
Jumlah pembayaran terakhir:  
Cara pembayaran: 
E-mel untuk Ebill yang berdaftar: 

Jadi korang bagi jelah details macam biasa. Biasa dia akan bagi tau amaunt yang kena bayar sebelum terminate.

Macam saya tarikh habis contract 18hb dia suruh 19hb untuk contact dorang lagi kat X. Nanti macam biasa minta contact lagi semua. Dan langsaikan Bayaran. 

Proses pembatalan akan berlaku dalam masa 2 hari bekerja. Jadi, perkhidmatan anda akan tetap aktif di bawah pelan postpaid. Kami akan menghubungi anda untuk kali kedua proses pembatalan. Selepas mereka menghubungi anda, talian anda akan dibatalkan. Akhir sekali, bil terakhir anda akan keluar mengikut tarikh pengebilan tetapi anda hanya akan dicaj secara pro-rata.  

Sekiranya anda setuju untuk teruskan dengan pembatalan bagi nombor xxx, sila berikan kami maklumat di bawah: 

Nombor yang boleh dihubungi: 

Sebab untuk pembatalan servis: 

Kemudian dalam masa 2 hari ada call untuk pengesahan untuk terminate. Masa tu tengah busy tak terjawab jadi lepas 2 hari tu dapat mesej akaun suspended. Kira akaun Maxis berjaya terminate. Sekarang tinggal tunggu caj secara pro-rata..

Thursday, August 22, 2024

Pengalaman Guna Pakai Speaker Marshall Emberton

Speaker Marshall kalau ikutkan first time dengar walaupun orang kata speaker ni dah lama ada dalam pasran. Biasa dengar speaker Edifier, Sony, JBL, Altec Lansing dengan Logitech, 

Tapi disebabkan design Speaker Marshall ni cantik dan warna dia tu memang ngam classic vintage pula tu yang membuatkan rasa nak membeli speaker ni. Berdasarkan review ramai yang kata sound dia pun sedap balance treble dengan bass. Harga dia tu memang keraslah. 

Speaker Marshall Emberton

Alang-alang beli jelah ganti dengan speaker Wonderboom walaupun Wonderboom tu masih elok lagi. Ingat kalau dah beli marshall nanti yang wonderboom tu bagi je kat adik nanti. 

Speaker Marshall Emberton


Pilih punya pilih, maka pilihlah marshall jenis Emberton verrsi pertama. Sekarang dah ada Emberton versi kedua. Masa beli tu versi kedua belum keluar lagi. 

Harga tu dalam nak dekat RM700 lebih jugak lah. Beli dekat shopee dengan voucher sekali. Jimat sikit duit. 

Bila dah sampai tu memang dah excited lah sebab speaker mesti la padu kan..Tengok group marshall kata speaker ni padu balance dengan trebel dan bass.

Sekali bila try tu bila dengar tu macma takde wow sangat. Even buka banyak genre lagu2x still rasa mcam biasa je dengar. Lagi wow bila buka speaker wonderboom punya. 

Rasa nak menyesal tapi dah beli kan. Jadi pakai je lah hari2x.. Yang penting design dia cantik. haha buat sedap hati.. yang bestnya speaker ni dia ada tunjuk battery tinggal berapa. Kira boleh tahu bila dah caj penuh. Speaker ni pun pakai type C jadi mgkin laju skit charge tu. Berbanding wonderboom masih masih pakai type usb lama iatu micro usb.

citarasa orang lain2x jadi ini adalah pendapat peribadi sendiri lah. Tak tau lah mgkin bagi korang speaker ni lagi padu. 

=====

Yang tak bestnya bila dah pakai setahun tu tetiba speaker ni dah tak boleh hidup. Padahal takde lah guna hari2x guna pun time weekend je. Bila tanya group pun sama dorang ada masalah tak boleh hidup. Bila charge baru hidup tu pun ada bunyi pelik.. macam dengar radio bila tak ada line. 

Nak tukar battery pula tak reti nak tukar. warranti pun katanya tak valid. last2x gitu je simpan dalam almari je pakai balik speaker lama Wonderboom. Masalahnya Wonderboom dah 3 tahun pakai masih lagi berfungsi dengan baik siap campak masuk dalam kolam renang lagi. hahaha

Marshall

Sayang harga mahal rasa premium tapi kualiti dia tak begitu bagus. Mungkin Emberton versi kedua dorang dah atasi masalah battery la kot. Nak beli versi kedua memang tak lah. hahaha. Speaker dia dengar biasa2x je. Lagi suka speaker wonderboom. Next mungkin nak try speaker bose.. tgk macma best ke tak.. 

Friday, August 16, 2019

Cara Guna Voucher Shopee RM40 dan RM15

Mungkin ramai yang tak tahu dan mungkin tertanya-tanya kenapa bulan ni susah sangat nak claim voucher. Ada Voucher tapi tak boleh nak claim..

Cara Guna Voucher Shopee Free Shipping RM40
logo shopee
Sekarang shopee dah buat sistem baru yang boleh kata agak menyusahkan juga lah dan sebenarnya lagi senang kalau voucher dah tersedia ada kat voucher kita. Tapi voucher sekarang yang kita ada untuk shopee mall sahaja..

Cara Guna Voucher Shopee Free Shipping RM40
cara claim voucher

Cara Guna Voucher Shopee Free Shipping


Macam mana nak dapatkan voucher dari Shopee RM40 dan RM15.? Caranya adalah dengan korang klik link di sini -> https://shopee.com.my/m/free-shipping-voucher?smtt=0.0.9

Setiap customer akan dapat 2 voucher free shipping for RM40 above dan juga 2 voucher voucher free shipping RM15. Jumlahnya adalah 4 voucher untuk korang dapat beli dengan seller biasa. Juga $ Voucher disediakan untuk shopee mall.. Total keseluruhhan ada 8 Voucher

Cara Guna Voucher Shopee Free Shipping RM40
contoh voucher free shipping.. atas sekali untuk free shipping RM40 manakala bawah tu Free shipping RM15.
Buyer akan dapat setiap bulan voucher

Jenis Voucher yang disediakan untuk free Shipping

  • 1 Voucher untuk RM40 dan ke atas. Dapat kos shipping murah dari kos shipping asal. Tiada lagi free shipping.
  • 2 Voucher untuk free shipping RM15
Yang leceh nak guna voucher ni ialah make sure korang kena ada shopeepay.. kalau takde shopeepay tak boleh guna.. 

Voucher kadang ni tak menentu kalau shopee ada buat sale biasanya shopee akan bagi voucher lebih. Jadi gunakan kelebihan yang ada untuk voucher ni. Jimat kos shipping. 

Cara Guna Voucher

Dah claim voucher kat link atas saya bagi tu, korang boleh la check out macam biasa dan claim voucher macam biasa sebelum check out.  

Kalau boleh claim kat mobile senang berbanding kat komputer. 

Maka dapatlah free shipping. 

Sunday, June 10, 2018

Blogging Ketinggalam Zaman, Betul ke Sampai Macam Tu Sekali?

Berikut adalah petikan dari Asrul Muzaffar Mohammed berkenaan dengan blog yang dikatakn ketinggalan zaman.

(Blogging itu ketinggalan zaman. Orang dah tak baca blog. Yang masih gigih blogging adalah old timers yang tidak peka dan clueless dengan platform baharu yang lebih efisien.

Tapi yang paling lawak, ada lagi ingat dia boleh buat duit dengan blog sekupang dia tu)

Betul ke Blogging Ni Ketinggalan Zaman?

Bagi pendapat AB sendiri Blogging ni sampai bila-bila pun tak akan ketinggalan zaman seiring dengan layout yang kemas dan menarik. Walaupun blog sekarang mempunyai banyak saingat seperti media sosial facebook, twitter, tumblr semua tapi orang akan sentiasa search kat google dan blog untuk mencari info yang lebih menarik. Lagi-lagi bila bab info berkaitan dengan pengalaman diri sendiri macam travel ke memasak dan macam-macam lagi..

Blogging Ketinggalam Zaman, Betul ke Sampai Macam Tu Sekali
blogging

Persoalan boleh buat duit ke dengan blog sekupang je?

Sebenarnya depends kat blogger tu sendiri atas dasar apa buat blog.. sama ada nak share info, peribadi sendiri2x je atau buat blog sebab nak buat duit..

Kalau buat duit ni mostly kebanyakkan blogger akan bersungguh dalam apa jua cara sekali pun.. lebih fokus pada satu niche. Ada yang berkongsi cerita merapu demi meraih statistik yang tinggi dalam pada masa yang sama dapat income tinggi.. lain blogger lain caranya.. itu terpulang pada cara masing2x. 

Blogger luar negara ada yang dapat ribu raban kalau kat Malaysia mesti ada punya cuma kita tak perasan.. 


Monday, April 23, 2018

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur

Rasanya ini dah kali kedua AB pergi ke taman burung. Kali pertama rasanya masa lawatan sekolah dulu time sekolah rendah sekarang ini pula dengan member.. Member tak pernah pergi jadi AB temankan je lah pergi tengok..

Tempat ini tersangatlah besar jadi bagi mereka yang tak berkemampuan macam orang tua yang sakit ke yang kurang sihat tidak lah digalakkan sebab takut penat teruk jalan pusing taman burung ini.. ada bukit naik turun semua lagi buat kita bertambah penat..

Jadi, kalau nak pergi betul2x sihat tenaga batin semua.. Budak2x macam mana? Kalau aktif boleh la tapi kalau dah penat budak tu memang parent la jadi mangsa ke angkat budak tu.

Harga tiket Taman Burung Negara Kuala Lumpur 

Mykad (Warganeraga Malaysia)

  • RM27 (Dewasa)
  • RM13 (Kanak-Kanak)
Harga luar negara lagi mahal.. tak ingat berapa tak ambil port sebab AB bukan Foreigner....

Best Sangat ke Taman Burung Negara?

Sebelum AB jawab soalan tajuk di atas...
AB nak cerita pasal suasana sini yang sangat besar dan cantik.. View kawasan ini memang cantik dan luas dan korang boleh berlari-lari. Selain itu tempat ini memang terbuka jadi agak panas dan cepat berpeluh bila pusing-pusing kat taman ini.. itu yang best...

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur
Bangau kat taman burung.
Sampaikan beberapa mat arab nsem dengan mat korea buka baju tayang badan yang sado nak mati....melayu nak buka baju ke? Tak la sebab malu perut dah ke depan... hahaha... gurau2x je.. kita jaga budi di tempat awam kita jaga mata orang lain..

yang tak bestnya tempat besar tapi burung nya macam sikit je jenis2x speciesnya.. tak taulah sama ada terlepas ke dah mati ke atau memang bilangannya macam tu. ala mcam sunyi je sangkar kosong tak ada burung.. ke sebab tempatnya terlampau besar jadi burung bila tengok cam skit je padahal banyak..

Pengalaman ke Taman Burung Negara Kuala Lumpur
Penuh dengan bangau beristirehat..
tapi masa dulu pergi rasa macam lagi banyak burung.


Berbaloi ke pergi Taman Burung?

Depends sebenarnya pada korang.. kalau jenis nak hiburkan anak-anak yang aktif boleh bawa jalan2x kat sini.. kalau tak pernah pergi tengok burung luar negara punya boleh terjah kat sini secara live.. bosan-bosan tak tau nak pergi mana tu boleh lawat kat sini sambil tu keluar peluh sekali sihat tubuh badan tak ada lah terperuk kat rumah je. hehe

Tips kalau nak datang sini
  • Pakai seliper atau kasut yang sesuai untuk berjalan jauh.. 
  • Mykad/IC kena ada..
  • Bawa payung bukan apa kalau tak tahan panas ke atau tetiba hujan ke dah standby payung..
  • Bawalah air mineral takut dahaga.. kat dalam ini ada jual tapi mahal la..
  • Tempat ini besar.. ada tempat yang berbeza.. lain2x zon.. tinggal korang larat ke nak pergi..sebab nanti korang kena patah balik untuk exit..
  • Kalau ada anak tu bawah dia punya troller. kalau penat boleh letak kat troller dia.. ...