Speaker Marshall kalau ikutkan first time dengar walaupun orang kata speaker ni dah lama ada dalam pasran. Biasa dengar speaker Edifier, Sony, JBL, Altec Lansing dengan Logitech,
Tapi disebabkan design Speaker Marshall ni cantik dan warna dia tu memang ngam classic vintage pula tu yang membuatkan rasa nak membeli speaker ni. Berdasarkan review ramai yang kata sound dia pun sedap balance treble dengan bass. Harga dia tu memang keraslah.
Speaker Marshall Emberton |
Alang-alang beli jelah ganti dengan speaker Wonderboom walaupun Wonderboom tu masih elok lagi. Ingat kalau dah beli marshall nanti yang wonderboom tu bagi je kat adik nanti.
Speaker Marshall Emberton
Pilih punya pilih, maka pilihlah marshall jenis Emberton verrsi pertama. Sekarang dah ada Emberton versi kedua. Masa beli tu versi kedua belum keluar lagi.
Harga tu dalam nak dekat RM700 lebih jugak lah. Beli dekat shopee dengan voucher sekali. Jimat sikit duit.
Bila dah sampai tu memang dah excited lah sebab speaker mesti la padu kan..Tengok group marshall kata speaker ni padu balance dengan trebel dan bass.
Sekali bila try tu bila dengar tu macma takde wow sangat. Even buka banyak genre lagu2x still rasa mcam biasa je dengar. Lagi wow bila buka speaker wonderboom punya.
Rasa nak menyesal tapi dah beli kan. Jadi pakai je lah hari2x.. Yang penting design dia cantik. haha buat sedap hati.. yang bestnya speaker ni dia ada tunjuk battery tinggal berapa. Kira boleh tahu bila dah caj penuh. Speaker ni pun pakai type C jadi mgkin laju skit charge tu. Berbanding wonderboom masih masih pakai type usb lama iatu micro usb.
citarasa orang lain2x jadi ini adalah pendapat peribadi sendiri lah. Tak tau lah mgkin bagi korang speaker ni lagi padu.
=====
Yang tak bestnya bila dah pakai setahun tu tetiba speaker ni dah tak boleh hidup. Padahal takde lah guna hari2x guna pun time weekend je. Bila tanya group pun sama dorang ada masalah tak boleh hidup. Bila charge baru hidup tu pun ada bunyi pelik.. macam dengar radio bila tak ada line.
Nak tukar battery pula tak reti nak tukar. warranti pun katanya tak valid. last2x gitu je simpan dalam almari je pakai balik speaker lama Wonderboom. Masalahnya Wonderboom dah 3 tahun pakai masih lagi berfungsi dengan baik siap campak masuk dalam kolam renang lagi. hahaha
Marshall |
Sayang harga mahal rasa premium tapi kualiti dia tak begitu bagus. Mungkin Emberton versi kedua dorang dah atasi masalah battery la kot. Nak beli versi kedua memang tak lah. hahaha. Speaker dia dengar biasa2x je. Lagi suka speaker wonderboom. Next mungkin nak try speaker bose.. tgk macma best ke tak..