Wednesday, April 22, 2020

Apa itu ShopeePay dan Selamat ke Pengunaannya?

Shopeepay merupakan salah satu ciri khas yang disediakan oleh shopee untuk penggunanya bagi memudahkan urusan seperti refund dan boleh top-up duit letak kat shopee bagi membolehkan customer membeli barangan kat shopee nanti tanpa melalui bank online. Kira lebih pantas dari bank online.

Kalau seller cancel order jadi duit refund akan masuk kat shopeepay. Bila dah masuk kat shopeepay korang boleh transfer masuk ke akaun bank korang ataupun boleh guna duit shopeepay untuk beli barang lain pula..

Shopeepay ni kira lebih kurang macam e-wallet Touch n Go, Boost dan grabpay.

Kalau pengguna beli guna shopeepay biasa akan dapat harga promosi dan diskaun. Promosi biasanya free shipping.

Apa itu ShopeePay dan Selamat ke Pengunaannya?
Check out payment pilih shopeepay


Selamat ke Guna Shopeepay?

ShopeePay dijamin dan telah dilesenkan oleh Bank Negara. Dikuasakan oleh AirPay. Boleh cari kat laman web Bank Negara untuk melihat AirPay dalam list dorang. Klik link di sini-> Website Bank Negara

Apa itu ShopeePay dan Selamat ke Pengunaannya?
Boleh tengok balance tinggal berapa.

Macam Mana nak Daftar Shopeepay?

Syaratnya mudah sahaja korang kena bg details 
  1. Nama penuh macam nama kad pengenalan (IC) 
  2. No IC
  3. Gambar korang sambil pegang gambar IC. (nanti ada tutorial kat shopee bagi macam mana nak ambil gambar sambil pegang ic)
  4. Settled. Tunggu 24 jam dari shopee untuk pengesahan. 

Boleh Link-kan dengan Bank

Boleh buat tapi bagi pendapat aku.. aku tak sarankan korang link-kan kad korang dengan shopeepay ni.. takot korang boros je kemudian nanti takot tetba duit kena telan kat kad bank nanti. macam-macam boleh jadi.. 

Jadi, untuk keselamatan tak payah link-kan just korang top-up je berapa duit korang masukkan dalam shopee nanti. Lagi selamat. 

Apa itu ShopeePay dan Selamat ke Pengunaannya?
Boleh Link-kan dengan akaun Bank