Setelah 2 tahun kontrak dengan maxis fibre akhirnya bebas dengan kontrak dan boleh terminate pada bila-bila masa. Sebenarnya 4 tahun kena kontrak dengan maxis fibre.
Sebab ada kejadian yang tak best bila first 2 tahun kontrak tu dah habis tetiba capat call kena tukar moderm sebab moderm yang lama tu outdated kira dah ketinggalan ya. Kena pakai moderm yang baru yang versi moderm terkini ada versi 6 katanya. Padahal sepanjang pakai maxis fibre tak pernah pakai modem dorang just pakai modem sendiri kira beli sendiri. Moderm yang maxis bagi tu saya simpan je sebab macam coverage tak berapa meluas dalam rumah.
|
Moderm Maxis |
Masa tu tak tau pula contract dah nak habis. Jadi bila agent maxis call kata nak tukar moderm tu saya jawablah ada kena bayar pape ke, syarat ke or auto renew contract moderm sebab tak pernah pakai moderm maxis punya. Dia jawab lagi kata maxis bagi free takde caj or kena renew contract semua.
Masa dorang call tu membe saya ada dengar sebab volume kuat jadi dia boleh dengar. Dia lah jadi saksi
Saya pun iayakan je lah kalau nak pasang, pasang je la tapi saya tetap pakai modem saya sendiri juga nanti. Benda free ambil je krang tolak rezeki plak.
Dalam beberapa hari, tukang pasang modem dah sampai kemudian dia pasang modem semua dan balik macam biasa. Macam datang kalau nak pasang fibre baru kan pastu tanda tangan dan balik.
Rupanya kena scam ngan agent tersebut sebab bila cek ngan HQ Maxis kata ada sambungan contract lagi 2 tahun. Agent tu rasanya kejar komisen tu yang call kena tukar modem.. Masa tu memang menyerap jugaklah. Nak bawa isu ini ke tribunal pengguna pula macam buang masa pula. Nak tak nak sambung je lah contract maxis fibre.
Cara Mudah Terminate Maxis FIbre
Kalau terminate kat cawangan Maxis tu leceh sebab nak kena keluar berjalan nak pula time bekerja. Memang malas lah jawabnya.
Hari tu tanya cawangan nak terminate, kena datang 5 hari sebelum nak terminate dan bawa balik moderm semua. Sudah nak kena set time untuk datang lagi untuk 5 hari sebelum nak terminat. So, dari situ dah leceh dan buang masalah nak terminate kata cawangan..
Jadi, Cara mudah korang buat je secara online iaitu boleh buat kat X (Twitter).
Korang mesej kat @MaxisListens tulis nak terminate.
Biasa dorang mintak details macam ini,
Hi, untuk kami semak akaun anda, sila berikan kami maklumat berikut untuk tujuan pengesahan:
4-digit terakhir kad pengenalan/passport:
Nombor akaun Maxis/Nombor Maxis:
Jumlah pembayaran terakhir:
Cara pembayaran:
E-mel untuk Ebill yang berdaftar:
Jadi korang bagi jelah details macam biasa. Biasa dia akan bagi tau amaunt yang kena bayar sebelum terminate.
Macam saya tarikh habis contract 18hb dia suruh 19hb untuk contact dorang lagi kat X. Nanti macam biasa minta contact lagi semua. Dan langsaikan Bayaran.
Proses pembatalan akan berlaku dalam masa 2 hari bekerja. Jadi, perkhidmatan anda akan tetap aktif di bawah pelan postpaid. Kami akan menghubungi anda untuk kali kedua proses pembatalan. Selepas mereka menghubungi anda, talian anda akan dibatalkan. Akhir sekali, bil terakhir anda akan keluar mengikut tarikh pengebilan tetapi anda hanya akan dicaj secara pro-rata.
Sekiranya anda setuju untuk teruskan dengan pembatalan bagi nombor xxx, sila berikan kami maklumat di bawah:
Nombor yang boleh dihubungi:
Sebab untuk pembatalan servis:
Kemudian dalam masa 2 hari ada call untuk pengesahan untuk terminate. Masa tu tengah busy tak terjawab jadi lepas 2 hari tu dapat mesej akaun suspended. Kira akaun Maxis berjaya terminate. Sekarang tinggal tunggu caj secara pro-rata..