Tuesday, January 6, 2026

LHDN Hantar Surat CP500 Tapi Apa itu CP500?

Ramai peniaga yang menerima notis CP500 daripada LHDN masih keliru tentang fungsi dan keperluannya. Dan mungkin first time dapat surat CP500 daripada LHDN jadi ini penjelasan ringkas dan padat.

LHDN Hantar Surat CP500 Tapi Apa itu CP500?
contoh surat notis bayaran ansuran CP500

Apa Itu CP500?

CP500 ialah notis anggaran cukai pendapatan yang dikeluarkan oleh LHDN. Ia datang bersama jadual bayaran ansuran, biasanya bermula bulan Mac dan dibayar setiap dua bulan: Mac, Mei, Julai, September, November.

Bagaimana Cukai Dianggarkan?

  1. Anggaran cukai bagi tahun semasa (2026) dibuat berdasarkan cukai yang dibayar pada tahun taksiran terdahulu.
  2. Contoh: Jika cukai dibayar RM500 sebelum ini, LHDN mungkin menganggarkan cukai 2026 sebanyak RM600.
  3. Jumlah ini perlu dibayar mengikut ansuran yang ditetapkan.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

  • Bayar ikut jadual untuk elakkan denda dan kenaikan cukai.
  • Tak setuju dengan anggaran?
  • Isi dan hantar borang CP502 untuk memohon pindaan anggaran cukai.

Kebaikan CP500

  • Tidak perlu bayar cukai sekaligus di hujung tahun.
  • Aliran tunai lebih terancang kerana bayaran dibuat secara ansuran.

Keburukan CP500

  • Jika bisnes merosot atau aliran tunai terjejas, ansuran boleh jadi beban.
  • Namun, CP502 boleh digunakan untuk memohon pengurangan atau pelarasan.
Apa Akan jadi Kalau Tak Bayar CP500?

kalau ikutkan tahun 2025 dan tahun sebelumnya akan dikenakan penalti sekiranya tidak membayar CP500. Tetapi untuk tahun 2026 ini, tiada penalti akan dikenakan sekiranya pembayar cukai tidak membuat bayaran ansuran CP500. Sumber dari Facebook LHDN. 

Kesimpulan:

CP500 bukan hukuman, tapi sistem bayaran awal supaya cukai tidak membebankan di hujung tahun. Ibarat Pay Now Refund Later. Itupun kalau cukai kurang daripada cukai anggaran yang dikeluarkan melalui CP500. 

Semoga bermanfaat. Bayar cukai dengan ilmu, emosi letak tepi.