Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Wednesday, June 25, 2025

Apa Impaknya Kalau Iran Tutup Selat Hormuz?

Kalau Iran tutup Selat Hormuz, impaknya amat besar, bukan saja kepada rantau Timur Tengah, tapi juga kepada ekonomi global, termasuk Malaysia. Berikut adalah kesan utamanya:


kesan sekiranya Iran tutup Selat Hormuz
kesan sekiranya Iran tutup Selat Hormuz


🔥 1. Kejutan Harga Minyak Dunia

Selat Hormuz adalah laluan utama penghantaran minyak — kira-kira 20-30% bekalan minyak dunia melalui laluan ini.

Jika ditutup, bekalan global akan terjejas serta-merta, menyebabkan harga minyak melonjak (boleh cecah >USD100 setong).

Contoh: Krisis 2011 & 2019 – bila Iran ugut tutup selat, harga minyak naik mendadak walaupun belum ditutup pun.


2. Gangguan Rantai Bekalan Global

Negara pengeksport minyak utama seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Iraq bergantung pada Selat Hormuz.

Tutupan ini akan menjejaskan penghantaran LNG dan barangan lain juga.


💸 3. Kesan Ekonomi Malaysia

Positif (jangka pendek):

Malaysia sebagai pengeksport minyak (Petronas) mungkin untung besar dari kenaikan harga minyak.

Pendapatan kerajaan naik → boleh salur pada subsidi atau pembangunan.

Negatif (jangka sederhana-panjang):

Kos pengangkutan & barang import naik → inflasi meningkat.

Rakyat Malaysia akan rasa kesannya di harga petrol, makanan, dan kos sara hidup.


🛡️ 4. Ketegangan Ketenteraan

Tindakan Iran ini hampir pasti akan memicu reaksi ketenteraan dari AS dan sekutunya (termasuk UK, Perancis) serta negara Teluk seperti Arab Saudi dan UAE

Boleh mencetuskan perang serantau atau konflik skala besar di Timur Tengah.


🌍 5. Kesan Geopolitik Dunia

Negara kuasa besar (AS, China, Rusia) akan ambil posisi masing-masing.

Kemungkinan sekatan tambahan terhadap Iran.

Negara bergantung pada minyak dari Teluk (seperti Jepun, Korea, India) akan terjejas teruk.


Juga ada kesan ketara kepada pasaran saham, terutama jika Iran betul-betul tutup Selat Hormuz atau situasi di kawasan itu makin tegang. 


📈 1. Sektor yang dijangka NAIK (short-term gainers):

✅ Saham Minyak & Gas

Contoh: Petronas-related counters (PETRONAS DAGANGAN, PETRONAS GAS, DIALOG, HIBISCUS).

Harga minyak naik = margin untung naik = saham pun naik.

HIBISCUS (syarikat O&G kecil) sangat sensitif kepada harga minyak, biasanya melonjak dulu.

✅ Sektor Tenaga

Contoh: YTL Power, TNB (bergantung kepada sentimen tenaga global).

Kenaikan harga bahan api akan naikkan margin penjana tenaga tertentu.


📉 2. Sektor yang dijangka TURUN (short-term losers):

❌ Sektor Pengangkutan & Logistik

Kos bahan api naik → kos operasi syarikat logistik meningkat.

Contoh: MISC, Pos Malaysia, freighter airlines.

❌ Sektor Pembuatan & Konsumer

Banyak syarikat pembuatan di Malaysia bergantung kepada bahan mentah import.

Harga import naik + kos operasi naik = tekanan margin.

Sektor F&B, barang runcit, plastik, packaging mungkin terjejas.


⚖️ 3. Keseluruhan Bursa: Naik atau Turun?

Jangka pendek: Pasaran mungkin volatile (turun-naik ekstrem), bergantung pada sejauh mana krisis berkembang.

Jika konflik makin panas, pelabur akan larikan duit ke safe haven assets (emas, USD) → Bursa Malaysia boleh jatuh secara keseluruhan.


💰 4. Dana Berkaitan Kerajaan (GLC/GLIC)

KWSP, PNB, Khazanah banyak pegang saham minyak & gas → mereka boleh untung jangka pendek.

Tapi juga ada pegangan dalam sektor konsumer dan lain-lain → jadi kena tengok keseimbangan.


Kesimpulan:

Penutupan Selat Hormuz adalah "nuclear option" bagi Iran – sangat berisiko, dan boleh cetuskan krisis global. Walaupun ia hanya ugutan dan mungkin menjadi tetapi dalam masa yang singkat tetap pasaran dunia akan cemas dan bertindak balas serta-merta.

Pengasas Telegram Berniat Mewariskan keseluruhan Hartanya

Laporan terkini menyatakan pengasas Telegram, Pavel Durov (umur 40), berniat mewariskan keseluruhan kekayaannya dan dianggarkan di antara USD $13.9B – $17.1B kepada 106 anaknya.

Pengasas Telegram Berniat Mewariskan Meseluruhan Kekayaannya
Pengasan Telegram Pavel Durov


Siapa anak‑anaknya?

Durov mempunyai 6 anak biologikal dari tiga pasangan.

Selain itu, beliau dilaporkan telah menyumbangkan sperma secara anonim selama lebih 15 tahun di klinik kesuburan di 12 negara, menjadikan jumlah anaknya melebihi 100 orang 

Apa yang dimaksudkan "derma" atau warisan?

Keseluruhan wang akan diwariskan secara sama rata kepada semua anak sama ada yang dilahirkan secara semula jadi atau melalui sumbangan sperma .

Namun, wang itu tidak akan dikeluarkan kepada mereka sehingga 30 tahun selepas tarikh wawancara itu iaitu sekitar 19 Jun 2055 

Tujuannya supaya mereka dapat hidup normal dan membina diri sebelum menerima kekayaan.

Kenapa sekarang?

Durov menyatakan beliau menghadapi pelbagai risiko daripada pihak berkuasa negara, terutamanya selepas ditahan di Perancis pada Ogos 2024 atas dakwaan berkaitan Telegram 

Sebagai berjaga‑jaga, beliau sudah menulis wasiat untuk memastikan harta diserahkan secara adil.

Reaksi & kontroversi

Tindakan beliau mendapat pelbagai respons oleh sesetengah memanggilnya “supersperm donor” kerana jumlah anak yang ramai 

Ada juga pihak yang menegur perilaku beliau terhadap beberapa anak, termasuk dakwaan gangguan fizikal dan kegagalan membayar nafkah oleh ibu beberapa anak .

Sunday, August 18, 2024

Tragedi Kematian Dr. Moumita Debnath Cetus Gelombang Protes

Tragedi di Kolkata: Kematian Dr. Moumita Debnath Mencetuskan Gelombang Protes 

Pada 9 Ogos 2024, rakan sekerja Dr. Moumita Debnath melaporkan kehilangan beliau. Dr. Moumita, seorang doktor yang berdedikasi, kali terakhir dilihat menuju ke dewan seminar untuk berehat selepas 36 jam bekerja. 

Malangnya, mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati, menunjukkan tanda-tanda serangan kejam. Bedah siasat mengesahkan bahawa beliau telah dirogol dan dicekik hingga mati.

Kecederaan yang dialami

• Tulang hyoid (tulang leher) patah
• Kecederaan pada bibir
• Tulang pelvis patah (antara tulang paling kuat!)
• Pendarahan dari mulut
• Kedua-dua mata mengalami kerosakan
• Pemdarahan dari mata
• Kecederaan di perut
• Kecederaan di kaki kiri
• Jari manis tangan kanan patah
• Bahagian sulit beliau mengalami kerosakan yang teruk
• Beratus ratus gigitan manusia
• 150ml air mani ditemui dalam tubuh beliau (sedangkan seorang lelaki hanya boleh menghasilkan sekitar 10ml)

Kakinya ditemui dalam sudut 90°. Tulang pelvis yang dibuat daripada sendi terkuat dalam tubuh manusia, memerlukan kekuatan antara 2,000 hingga 10,000 newton untuk memecahkan kapsul pelvis dewasa. 
.
Bayangkan seseorang menyentuh tubuh anda tanpa izin setelah anda selesai dengan syif 36 jam yang meletihkan. 

Bayangkan seseorang merobek pakaian dari tubuh anda ketika tubuh anda sudah lelah, otak anda sudah habis tenaga. 

Bayangkan ketakutan yang menyayat hati yang dirasai Dr. Moumita ketika kekuatannya diatasi oleh penyerangnya.
.
Kejadian ini mengejutkan komuniti perubatan di Kolkata dan seluruh India. Protes segera meletus di pelbagai bandar, termasuk Kolkata, dengan doktor, pelajar perubatan, dan pekerja kesihatan bangkit menuntut keadilan dan perlindungan yang lebih baik di tempat kerja.

Protes ini juga menarik perhatian global, dengan sokongan meluas dari persatuan perubatan dan organisasi hak asasi manusia di seluruh dunia. Kejadian ini bukan hanya tentang keadilan untuk Dr. Moumita, tetapi juga seruan kepada tindakan yang lebih besar untuk melindungi semua pekerja kesihatan.

Dr. Moumita Debnathditemui dalam keadaan menyayat hati

Kami berdiri bersama komuniti perubatan yang memperjuangkan keadilan dan keselamatan. Tragedi ini harus menjadi titik perubahan kepada keselamatan petugas kesihatan di tempat kerja

#justiceformoumita

sumber dari fb Public Health Malaysia

Saturday, August 17, 2024

Indonesia Perlu Bersedia hadapi Gempa Bumi Mega


INDONESIA HARUS BERSEDIA UNTUK GEMPA BUMI MEGA

Badan Meteorologi,  Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Indonesia telah menyatakan yang Indonesia harus bersiap sedia untuk Gempa bumi berkekuatan 8.9 Magnitud kerana ia hanya menunggu waktu untuk berlaku

sumber gambar dari X



Ini susulan adanya jarak seismik antara Plat tektonik Mega Selat Sunda dan Mentawai Siberut

Kawasan Plat Tektonik Selat Sunda mampu terkena 8.7 Magnitud dan Plat Mentawai Siberut mampu terkena 8.9 Magnitud 

Kawasan gempa ini sudah ratusan tahun tidak terkena gempa bumi besar dan kawasan jarak seismik itu sudah tidak terkena gempa bumi dalam 30 tahun

sumber dari Irfan_newboys

Saturday, August 8, 2020

Punca Sebenar Letupan Besar Di Beirut Lebanon

Terkejutbila mendengar berita tentang letupan di Beirut, Lubnan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain.

PM Hassan Diab menyatakan ia berpunca daripada 2,700 Tan ammonium nitrate yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut. Video menunjukkan terdapat api yang marak disusuli dengan letupan seperti bom atom yang membentuk awan mushroom.

Apa itu ammonium nitrat?

Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃, dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia.

Sebelum kejadian berlaku


Ianya juga bahan utama di dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan.

Selepas kejadian berlaku

Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ianya perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Dan ini berlaku di Beirut.

Apa punca letupan itu?

Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri. Malah, ianya lebih adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran bahan lain. Sebab itu, ianya sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana kawasan yang kurang oksigen, dengan adanya Ammonium nitrate akan menghasilkan oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain.

Namun di suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Dan Gas inilah yang akan menyebabkan letupan.

Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan ini, ianya boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin China pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang Ammonium nitrat.

Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut, tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa ketika kebakaran berlaku.

Memang sukar sebenarnya Ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat Ammonium nitrat disimpan.

Malah ianya tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan ianya telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul.

Ini dapat dibuktikan dengan amaran yang telah diberikan kepada pengilang 2700 Tan yang telah disimpan selama 6 tahun tanpa keselamatan yang baik.

Kesan kepada kesihatan?

Letupan ammonium nitrat akan menghasilkan nitrogen dioksida, gas berwarna merah dan baunya sangat busuk.

Gas ini selalunya berada di persekitaran yang tercemar dan selalu digunakan sebagai aras kualiti udara sesuatu kawasan/bandar.

Ianya dikhuatiri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah paru-paru. Keadaan ini mungkin akan ada di sana selama beberapa hari.

Keadaan di Beirut mengajar kita untuk menyimpan baja dalam keadaan yang betul. Mari kita doakan semoga Beirut kembali pulih daripada musibah yang telah melanda.


Saturday, July 28, 2018

Jutawan Artis Muda Di US Dan Ini Adalah Tips Menjadi Jutawan

Memang boleh teruja membaca pencapaian artis muda US, Kylie Jenner yang berjaya membina empayar kosmetik bernilai US$900 juta pada usia hanya 20 tahun.

Jutawan Artis Muda Di US Dan Ini Adalah Tips Menjadi Jutawan
Jutawan Artis Muda Di US 
Unfair advantage adalah salah satu faktor mengapa bisnes Kylie Cosmetics milik beliau berjaya.

Kylie (bersama keluarganya) popular melalui rancangan realiti TV Keeping Up with the Kardashians yang ditayangkan secara bersiri semenjak 11 tahun lalu. Ini membantu menaikkan jumlah follower Instagram beliau hingga mencapai 110 juta orang. Populariti dan jumlah follower Instagram yang begitu ramai memudahkan Kylie mempromosi produknya.

Tapi ada 2 perkara berkaitan bisnes yang boleh dicontohi dari Kylie :

1. Jual produk yang mudah dan murah. Antara produk utama beliau adalah lipstik yang berharga cuma US$29. Ini menepati profil dan kuasa membeli follower Kylie yang majoritinya adalah remaja dan perempuan muda.

2. Operasi bisnes yang lean atau ringkas untuk kurangkan kos. Kylie tidak perlu mempunyai syarikat sebesar Lo’real bagi mengurus empayar bisnes kosmetik US900 juta itu.

Beliau hanya ada 7 pekerja tetap dan 5 pekerja separuh masa. Pengeluaran, pembungkusan, penjualan dan penghantaran semuanya di’outsource’ ke pihak ketiga.

Untuk promosi, Kylie hanya perlu mengambil selfie atau video beliau menggunakan produk kosmetik tersebut dan memasukkannya ke Instagram beliau.

Thursday, June 21, 2018

Instagram Lancar Ciri IGTV Bakal Membuatkan Youtube Tercabar

Instagram kini merupakan salah satu platform media sosial yang semakin meningkat sehingga berbillion pengguna telah mendaftar sejak tahun 2010 dilancarkan. Ini adalah satu kejayaan buat Instagram.

Instagram Lancar Ciri Terbaru IGTV Bakal Membuatkan Youtube Tercabar
Pelancaran IGTV
Instagram telah melancarkan kemaskini terbaru dengan ciri yang dipanggil IGTV. Satu ciri yang mampu memberi saingan kepada Youtube kerana ciri-cirinya seakan-akan ada pada youtube..

IGTV yang dilancarkan merupakan satu platform kepada pengguna untuk menonton video dengan masa jangka masa panjang untuk pengguna. Jadi korang bolehlah tonton rakaman IGTV instagram selebriti atau instafamous dengan lebih dekat. Boleh melihat aktiviti yang dilakukan oleh mereka.

Sambil itu juga korang boleh like dan komen pada IGTV.

Ini adalah satu langkah drastik yang dilakukan oleh Instagram sendiri serta boleh dikatakan perubahan yang sangat besar oleh Instagram sendiri yang dikendalikan oleh pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg.

IGTV Pencabar Terbaru Youtube?

Walaupun fungsi seakan-akan sama dengan youtube namun ianya sedikit sebanyak tidak dapat mampu mengugat youtube sendiri yang mempunyai keistimewaan serta kelas yang tersendiri. 

Namun, kebarangkalian besar untuk kehilangan pengguna tidak lah begitu ketara ini kerana youtube masih berdiri teguh walaupun ada pesaing yang banyak macam vimeo dan banyak lagi. Orang akan tetap menonton video pada youtube yang hanya fokus pada video semata-mata dan boleh juga menjana pendapatan melalui youtube. 

Monday, June 18, 2018

Review Movie Jurrasic World Fallen Kingdom

Jurrasic World Fallen Kingdom merupakan salah satu movie kesinambungan dari movie jurrasi world sebelum ini yang mengisahkan zoo dunia dinasour yang dibuka kepada umum serta menyaksikan pelbagai dinosour yang berjaya dihidupkan dari kematian menggunakan teknologi terkini melalui sel2x dinosur terdahulu..

Kesinambungan kali ini pasal apa pula kalau sebelum ini zoo jurrasic world habis musnah gara-gara kesilapan teknikal..

Sinopsis Jurrasic World Fallen Kingdom (spoiler)

Mengisahkan bagaimana claire dan owen cuba menyelamatkan dinosur yang terkandas kat pulau yang sekarang ni ada letusan gunung berapi yang boleh memusnahkan satu pulau tersebut..


Dorang ada plan misi menyelamat dengan kerjasama pihak tertentu tapi sayang pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mencuri dinasour tu bukannya membantu menyelamatkan dinosour tersebut malah menjual di pasaran gelap dengan harga yang tinggi..

Bayangkanlah apa yang jadi kalau dinosour terlepas kat bandar?

Kalau kat pulau ok lagi tak boleh lepas mana sebab dikelilingi laut.. tapi kalau bandar macam mana dorang hapuskan dinosour ni lagi2x yang dinosour pintar dan ganas ni..

Best ke tak Movie Jurrasic World Fallen Kingdom?


Kalau tanya AB sendiri for sure cerita ini best giler sbb memang minat giler dengan dinosour cuma ada part yang agak annoying iaitu suara dinosour yang terlalu kuat sangat.

Dalam movie ini ada babak seram dah macam cerita hantu plak tengok... 

tapi memang puas hatilah tengok cerita ini.. berbaloii..

bagi 4/5 bintang untuk movie Jurrasic World Fallen Kingdom

Sunday, June 3, 2018

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser

Nama Ali Banat mula menjadi viral diseluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri.. Kisahnya juga menjadi inspirasi kepada kita semua bahawa kekayaan yang dimiliki tidak akan dapat dibawa ketika mati nanti. Apakah amalan yang telah kita lakukan?

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat

Siapa Ali Banat?

Ali Banat telah lahir dan membesar di Sydney, Australia. Di usia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya telah menhidap kanser, dan peluang untuk terus hidup hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Walaupun air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang telah ditimpa ke atasnya.

Menjual Perniagaannya dan Mengembara ke Negara Termiskin

Ujian itu menyedarkannya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk mengejar keseronokan dan mengumpul wang ringgit. Tetapi sebagai manusia, nilai hidupnya harus lebih daripada itu

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Kisah Ali Banat Jutawan Muda Berubah Selepas Hidap Kanser
Ali Banat dalam kenangan
Ali Banat sendiri, kisah pilu secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.

Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Ali Banat menghembuskan nafas terakhirnya.

Pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya. Dari seorang lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.

”Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah. Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.