![]() |
Jutawan Artis Muda Di US |
Kylie (bersama keluarganya) popular melalui rancangan realiti TV Keeping Up with the Kardashians yang ditayangkan secara bersiri semenjak 11 tahun lalu. Ini membantu menaikkan jumlah follower Instagram beliau hingga mencapai 110 juta orang. Populariti dan jumlah follower Instagram yang begitu ramai memudahkan Kylie mempromosi produknya.
Tapi ada 2 perkara berkaitan bisnes yang boleh dicontohi dari Kylie :
1. Jual produk yang mudah dan murah. Antara produk utama beliau adalah lipstik yang berharga cuma US$29. Ini menepati profil dan kuasa membeli follower Kylie yang majoritinya adalah remaja dan perempuan muda.2. Operasi bisnes yang lean atau ringkas untuk kurangkan kos. Kylie tidak perlu mempunyai syarikat sebesar Lo’real bagi mengurus empayar bisnes kosmetik US900 juta itu.
Beliau hanya ada 7 pekerja tetap dan 5 pekerja separuh masa. Pengeluaran, pembungkusan, penjualan dan penghantaran semuanya di’outsource’ ke pihak ketiga.
Untuk promosi, Kylie hanya perlu mengambil selfie atau video beliau menggunakan produk kosmetik tersebut dan memasukkannya ke Instagram beliau.