Laporan terkini menyatakan pengasas Telegram, Pavel Durov (umur 40), berniat mewariskan keseluruhan kekayaannya dan dianggarkan di antara USD $13.9B – $17.1B kepada 106 anaknya.
![]() |
Pengasan Telegram Pavel Durov |
Siapa anak‑anaknya?
Durov mempunyai 6 anak biologikal dari tiga pasangan.
Selain itu, beliau dilaporkan telah menyumbangkan sperma secara anonim selama lebih 15 tahun di klinik kesuburan di 12 negara, menjadikan jumlah anaknya melebihi 100 orang
Apa yang dimaksudkan "derma" atau warisan?
Keseluruhan wang akan diwariskan secara sama rata kepada semua anak sama ada yang dilahirkan secara semula jadi atau melalui sumbangan sperma .
Namun, wang itu tidak akan dikeluarkan kepada mereka sehingga 30 tahun selepas tarikh wawancara itu iaitu sekitar 19 Jun 2055
Tujuannya supaya mereka dapat hidup normal dan membina diri sebelum menerima kekayaan.
Kenapa sekarang?
Durov menyatakan beliau menghadapi pelbagai risiko daripada pihak berkuasa negara, terutamanya selepas ditahan di Perancis pada Ogos 2024 atas dakwaan berkaitan Telegram
Sebagai berjaga‑jaga, beliau sudah menulis wasiat untuk memastikan harta diserahkan secara adil.
Reaksi & kontroversi
Tindakan beliau mendapat pelbagai respons oleh sesetengah memanggilnya “supersperm donor” kerana jumlah anak yang ramai
Ada juga pihak yang menegur perilaku beliau terhadap beberapa anak, termasuk dakwaan gangguan fizikal dan kegagalan membayar nafkah oleh ibu beberapa anak .