Thursday, August 23, 2018

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang

Rendam fucuk keping dalam air(beli yang khas utk balut punya ya..ada jual kat shopping bentuk segi empat) potong 16 kepingan kecik..

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang


Untuk inti Fucuk Rolls Goreng


  • Isi ayam kalau saiz dada tu boleh dapat 36 ketul nanti
  • Udang 10 ekor saiz xxl(ikut lah bopa banyak hampa nak boh)
  • Dua bahan utama ni cincang halus tau(akak guna grinder jer)
  • Pastu parut lobak merah
  • Daun bawang kemudian letak capsicum hijau merah dan kuning sikit..nak kasi kale kale la katakan..
  • Pastu masuk dua sudu besar minyak bijan
  • Masukkan secukup rasa atau pati ayam tu satu kiub ja(sebabnya fucuk utk buat gulungan ni memang dah ada rasa masin)
  • Tepung jagung dua sudu
  • Gaul gaul sampai sebati ja

Then ambik lah kulit fucuk tadi letak inti..gulung macam popia.tak letak pun gam..sebab tak kan keluar pun isinya..sebab dah letak tepung jagung dalam inti

Pastu goreng minyak sikit ja..(jangan bantai goreng macam goreng cucoq cempedak pulak naaaa)minyak sikit ja..seeloknya guna kuali non stick.

Balik balikkan sampai semua part dah perang..

Dah boleh makan

Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
masa untuk makan fucuk rolls


Untuk sos Rucuk Rolls Goreng


  • Cili api merah (15 bijik)
  • Bawang putih(5ulas)
  • Daun ketumbar
  • Jus limau secawan
  • Garam secukup rasa
  • Gula satu setengah cawan
  • Minyak bijan dua sudu kecik..masak atas api,then akhir sekali masuk bancuhan air tepung jagung sikit utk pekatkan..tapi akak campur sos cili dan sos tomato juga dalam dua sudu..untuk mencantikkan warna sos tu...
  • Cili n bawang jer blend tau...
Resepi Fucuk Rolls Goreng Inti Ayam dan Udang
fucuk rolls siap dihidang.


Okay..selamat mencuba...

kredit resepi: Qaseh Nuur Saqeenah