Monday, July 1, 2019

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang

Black pearl tu yang macam kat kedai boleh buat sendiri sebenarnya. Jom kita cuba buat Teh Mincha Black Pearl Ice.

Wow.. nama pun nampak macam ada kerlas punya. haha

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls 

Minuman bubble tea menjadi kegemaran ramai orang sehingga kios menjual minuman ini tumbuh bagai cendawan.

Sedap minum dengan teh ais. Ala-ala beli chatime & tealive atau Cool blog.

Bahan- bahan :
  1. 1 (satu) cawan tepung ubi
  2. 1/2 (setengah) cawan air panas (untuk uli doh)
  3. Pewarna hitam(ikut suka nak warna apa) 
  4. Secubit garam halus
  5. 4 (empat) cawan air
  6. 1 (satu) cawan gula perang

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
tepung ubi yang dah dah diuli


Cara-cara buat adalah:

1. Tepung ubi buh garam. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan.

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
bentukkan jadi bulat macam ni

2. Kacau dengan sudu lah sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh tu buh la air sikit lagi.

3. Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak senang gentel pepanjang pastu potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat. Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.

Resepi Black Pearls atau Bubble Pearls yg Senang
api jangan besar bila nak masak.. 
4. Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecik je tau api. Masak dalam 30 – 40 minit or sampai likat air gula tu. Kalau masak sekejap nanti liat plak black pearls tu.

5. Dah siap simpan dalam bekas lain sekali ngan air gula tu. Simpan peti lah boleh cedok je tiapkali nak. Hidanglah dengan minuman kegemaran korang macam teh ais ke. Fuhhh nikmat!

Boleh tengok video kat -> [RESEPI BLACK PEARLS]