Wednesday, July 10, 2019

Best ke Pakai Mesin Kopi Dolce Gusto by Nescafe?

Kopi Dolce Gusto dah lama aku dengar cuma time tu takde rasa teringin nak try minum even aku sendiri peminat kopi. Kebiasaanya minum tin kopi je lah macam Nescafe, wonda dan kopi 3 in 1.

Entah macam mana tetiba terdetik nak try kopi Dolce Gusto ni. Nak try minum kopi dia ni kena pakai mesin. Harga mesin dia pula boleh tahan mahal jugalah sambil telan air liur. 

Lama punya lama fikir, terbeli pula mesin kopi. Brand mesin kopi ni adalah Krups yang memang sesuai dengan capsule Dolce Gusto. 

Masa nak beli mesin ini, promoter bagi penerangan antara mesin kopi yang manual dengan automatik. Automatik mahal sedikit berbanding manual tapi senang nak guna.. beza tak banyak pun cuma manual dengan automatik je. 

Apa beza manual dengan automatik? Nak tahu bezanya korang kena tanya promoter sendiri kalau nak beli sbab aku nak terangkan kat sini pun tak reti. haha. 

Automatik just setting level air dan tunggu je air siap.. kalau manual kena tekan lama dan kena tunggu air siap baru lepas tekan tu. leceh. 
Aku beli Brand Krups Lumio warna putih hitam. Sebab apa aku pilih mesin ni adalah rekaan bentuk yang unik dan jenis automatik. 

Mesin Kopi Krups Lumio 

Kelebihan Mesin Nescafe Dolce Gusto Lumio

  1. Mempunyai pilihan Panas dan Sejuk
  2. Pam bertekanan tinggi sehingga 15 peringkat
  3. Tekanan yang terbaik untuk setiap minuman
  4. Dulang tadah (dip tray) (tray untuk lebihan air)
  5. Automatik berhenti sekiranya sudah selesai. 
  6. Eco Mode - Auto Off selepas 1 minit tidak digunakan
  7. Warranty 2 tahun

Jenis Kapsul kopi Dolce Gusto 

Contoh kotak Dolce Gusto perisa Cafe Au Laie
  1. Capuccino
  2. Latte Macchiato (recommended)
  3. Flat white 
  4. Cafe Au Lait  (recommended)
  5. Americano
  6. Grande Intenso
  7. Green Tea Latte
  8. Chococino
dan banyak lagi. 

Try Capuccino..macam minum kat cafe plak. rasa kopi memang terbaik
Kalau korang perasan gambar kat atas ada lampu hijau tu adalah sukatan air. Jadi boleh adjust level sukatan air nak tahap mana. nak sikit ke, banyak ke or separuh. Biasa kat kotak capsule ada penerangan tentang level air untuk buat kopi yang sedap. Kat belakang pula ada tank air sebanyak (1l) dan mudah ditanggalkan serta dipasang semula. better pakai air masak/ kosong.

Lepas ni dah tak payah la lepak kat cafe order kopi mahal dah.. minum je pakai mesin ni senang cerita. lagi jimat skit. Rasa memang tak payah cakaplah memang sedap macam minum kat cafe. Boleh kata setanding dengan cafe la.

Kopi Dolce Gusto mana yang Sedap?

since ramai yang tanya kopi mana satu yang sedap sekali.. setiap orang ada taste yang berbeza pasal kopi ini.. macam aku sendiri jenis suka kopi yang ada susu kiranya orang panggil kopi susu lah.. 

kalau korang sama macam aku boleh try ambik Latte Macchiato, Capuccino.... memang sedap!.. ada kopi susu lain macam Cafe au Lait dan flat white.. cuma rasa dia agak pekat kopinya walaupun ada susu..tp lepas minum tu rasa segar weii bertenaga plak. pahit skit pun ok lah..  nak manis tambah gula sendiri.. tak yah la letak gula, tak cukup kaw nanti. hehe.. 

selain tu kalau korang rasa suka kopi kosong ke kopi pekat ambilla americano or intenso ke apa ntah.. rasa dia perghhhh!. tak tergambar ... pahit.. hahaha

Starbuck pun ada dalam Bentuk Dolce Gusto

sekarang ada dalam pack Starbuck.. kalau korang macam malas nak minum starbuck kat luar order je dolce gusto ni pun boleh.. rasa yang ni lagi sedap dari DG..  memang sangat sedap dibuai fantasi.. hahaha syahdu bak hang. 

feveret Caramel Macchiato, Capuccino dan Latte dari starbuck.. 

Best ke Pakai Mesin Kopi Dolce Gusto by Nescafe?
Kotak Caramel Macchiato dari Starbuck

Harga kalau tak silap sekotak RM30 untuk semua flavour. Mahal sikit dari DG. Boleh beli online kat shopee or lazada. Kat Kedai Homepro pun ada.