Sunday, July 21, 2019

Resepi Mee Sup ala Thai Tanpa Rempah Sup

Hari-hari mkn nasi bosan juga kan. Hari ni tekak terasa nak makan mee sup . ada jgk yg panggil mee rebus. Tapi kalau nak ikutkan mee sup dengan mee rebus sangat lain rasanya dan mee rebus agak rumit sedikit nak masak

Jom kita start buat mee sup ala Thai yang paling mudah tanpa menggunakan rempah sup. Rasa dia memang power terangkat semua ada. haaa!

Bahan Mee sup Ala Thai : 

Bahan-bahan adalah seperti berikut -

  1. Bawang merah 6 biji (blend )
  2. Bawang putih 6 ulas ( blend )
  3. lada hitam 1 sudu ( blend ) 
  4. Rempah 3 sekawan * kayu manis...bunga lawang ngan bunga cengkih 😊
  5. Ayam / daging / udang / sotong 
  6. Sayur2 carrot & sawi 
  7. Limau kasturi ( 2 biji )
  8. Telur 
  9. Daun sup 
  10. Bawang goreng
Resepi Mee Sup ala Thai Paling Mudah
Keadaan selepas selesai masa Mee Sup 


Cara-cara Memasak Mee Sup Ala Thai


  • Tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau 
  • Masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak 
  • Masukan carrot 
  • Masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas ) 
  • Masukkan mee yg telah dibersihkan 
  • Pecah kan telur ( jgn kacau kuat ) 
  • masukkan sawi 
  • Perah limau
  • Sebatikan dgn perasa 
  • Taburkan bawang goreng & daun sup
  • SIAP

Resepi Mee Sup ala Thai Paling Mudah
Dah siap masuk mangkuk dan teruslah makan. nyum3x.