Resepi Puding Roti Sos Kastard
![]() |
Puding Roti yang lembut |
Bahan-bahannya:
- 12 keping roti gardenia
- 3 cawan susu segar
- 6 sudu besar gula
- 1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan )
- 2 sudu besar tepung jagung
- 6 sudu besar kismis
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya Buat Puding Roti Sos Kastard
![]() |
Sos Kastard |
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut.
2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.
4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi.
5. Bakar hingga masak.
6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
Sos Kastard
Bahan:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 4-5 sudu besar gula
- 2 sudu kecil tepung kastard
- 2 helai daun pandan simpulkan
Caranya:
1. Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
2. Campur semua bahan dan masak sehingga sedikit likat dan mendidih.
3. Sejukkan.
![]() |
Jadilah rupanya macam ni |