Tuesday, December 26, 2017

Resepi nasi minyak yang sangat mudah

Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak.. kalau teringin nak makan nasi minyak apa kata buat sendiri sebab resepi nasi minyak sangat mudah kalau nak buat..

Resepi nasi minyak yang sangat mudah
nasi minyak


Resepi nasi minyak yang sangat mudah

macam mana nak buat ini adalah resepinya..

Bahan-bahan Nasi Minyak

4 cwn Beras basmathi (pusa gold ekstra panjang)
rendam selama 30 minit..

====

5 cawan air
1 cawan susu cair
1 ketul kiub ayam

lepas dah rendam tu.. kita tumis pula bahan yang nak dibuat sebagai nasi minyak..

Bahan tumis :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
3 helai Daun pandan
4 sekawan (kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga & cengkih)
Garam
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Cara-caranya adalah :

tumis macam biasa... letak minyak,  dah panas letaklah bawang besar bawang putih yang dihiris.. pastu masukkanlah daun pandan sekali dengan 4 sekawan...kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga & cengkih

Pastu siap.,.. then korang letaklah nasi tadi yang dah rendam 30 minit dan kacau kasi sebati dalam bahan yang korang tumis tadi..pastu gaul-gaul.

Then baru masukkan kat rice cooker. letak creamer dairy champ kemudian air kosong serta 1 ketul kiub ayam. nak bewarna letak pewarna sikit macam kuning ke or letak je serbu kunyit skit je. kalau tak nak letak pewarna pun tak apa.. tu hiasan je.. dan panaskan sampai masak..

Resepi nasi minyak yang sangat mudah
nasi minyak
dah siap letak kismis ke or daun sup.. hehe sebagai hiasan..
.