Yang uniknya kerana ada campuran tempurung bakar, letak air kemudian tapis dan masuk bancuhan. Pastu di masak di atas api sehingga likat baru tuang dalam loyang. yang telah disapu sedikit minyak ataupun alas dengan plastik tahan panas.
Sumber gambar instagram Taufiq_Ismail88 |
Bahan - bahan Kuih Kerbau Guling
- 250 gm tepung beras
- 200 gm gula
- 150 gm tepung jagung
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 3 sudu tepung beras pulut
- 1/2 cawan santan pekat
- Air 1 liter setengah (tengok kepekatanl
- Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yg bersih)
- Secubit garam
Cara-cara Buat Kuih Kerbau Guling
Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.
Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
Sediakan kelapa parut dari kelapa muda.
Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung.
Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut.
Ramai Berebut Beli Kuih Kerbau Guling
Sejak viralnya kuih ini ramai yang mula serbu makcik yang jual kuih ni sehingga memenuhi ruang kedai mak cik yang jual kuih kerbau guling.. mana dapat nama ni pun AB pun tak tahu yang penting nama unik dan kelakar. macam-macam nama pakai.. nama haiwan juga yang dipilih.. teknik marketing maybe..
semoga terus succes buat mak cik yang jual kuih viral..