Tuesday, January 28, 2020

Resepi Mudah Buat Cendol Oreo Memang Terbaik

Resepi sangat mudah dan ditambah pula dengan oreo memang makin berselera makan cendol time petang-petang panas ni..

Nak buat cendol yang warna hijau tu guna botol buat roti jala je. macam botol sos cili warna merah yang selalu pakai bezanya btl ni ada satu lubang je.. kena cari botol yang ada 4 lubang atau lebih..

Resepi Mudah Buat Cendol Oreo
Cendol Oreo marvelouss!

Bahan-Bahan Buat Cendol:

  1. satu cawan tepung beras
  2. satu sudu tepung jagung
  3. tiga cawan air pandan
  4. Secubit garam
  5. satu sudu kecil air kapur
  6. Sedikit perwarna hijau

Cara Membuat Cendol:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
  3. Masukkan cendol ke dalam botol atau tempat acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
  4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Cara Buat Air Cendol 

  1. Setengah (1/2)  kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
  2.  Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
  3.  Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
  4. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda. 

Nak hipster lagi letak oreo atau koko krunch ke.. memang ngam rasanya dengan cendol. cubalah try nanti.