Saturday, April 25, 2020

Resepi Macaroni Goreng ala-ala Rizalman

Ini adalah resepi khas untuk korang yang suka makan macaroni. Ada orang suka makan macaroni tapi ada juga yang tak berapa gemar makan macaroni sebab bentuknya pelik sikit.  lain orang lain rasanya..

Tapi yang jenis pandai masak macaroni, orang yang tak suka makan macaroni boleh jadi suka makan sebab sedap.

Baru-baru ini Pereka Fesyen Popular Malaysia ada share Insta story kat Instagram masakann macaroni goreng. Rasa terliur je bila Rizalman masak..

Jadi ini adalah resepinya untuk masak macaroni goreng untuk sesiapa yang nak try rasa macaroni ni..

Sumber gambar dari IG Rizalman


Bahan-Bahan Macaroni Goreng

Korang prepare stand by je bahan ini sebelum nak goreng.
  1. 200 gram Makaroni (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)
  2. Isi ayam/daging – potong kecil (Rizalman masak dengan daging kisar, Udang dengan daging potong 4)
  3. 2 sudu besar Sos tiram (Pilihan)
  4. 2 sudu besar Sos tomato
  5. 1 sudu besar Sos cili (Pilihan)
  6. 2 sudu besar Kicap manis (Pilihan)
  7. 1 sudu besar Kicap pekat (Pilihan)
  8. Segenggam sayur campuran *guna sayur2 segar lagi bagus
  9. Daun kucai – potong lebih kurang 1inci
  10. 1 biji tomato (Macam Rizalman pakai brand Heinz Cream Tomato Soup)
  11. Garam 
  12. Gula
Pilihan tu korang tak perlu letak pun tak apa..  Sebab bahan kisar dah ada iaitu cili kering.. 

Bahan-bahan kisar:

  1. Cili kering
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih

Cara - Cara Memasak Macaroni Goreng:

  • Panaskan sedikit minyak. 
  • Tumis 1@2 sudu bahan kisar (Cili kerring tadi dengan bawang putih dan merah) sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam/daging. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam/daging masak.
  • Masukkan semua sos2x dan kicap2x. Gaul sekata.
  • Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sedikit sayur. Jangan lama sangat.  nanti sayur terlalu lembik.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali boleh la masukkan makaroni, daun kucai dan tomato. Gaul rata.
  • SIAP
Kalau nak cepat gunalah sos prego lagi sedap. Tak perlu masukkan sos-sos lain dah kira jimat masa. Boleh tengok Full video Rizalman masak macaroni di sini -> https://www.youtube.com/watch?v=oyiPuVpJS4o

1 comments

Bila Rizalman masak memang nampak sedap je. Hehe.