Saturday, December 20, 2025

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Rasanya dah lama tak share pengalaman jalan-jalan ke luar negara mungkin sebab malas nak menulis kot. Jadi time tengah rajin ni saya share pengalaman melancong ke Turki antara negara paling jauh saya pernah pergi. Paling jauh pun saya pernah pergi pun di kawasan asia sahaja macam Indonesia seperti Batam, Jogjakarta, Pekan Baru kemudian Krabi, Thailand dan Vietnam iaitu Ben Than lupa dah nama tempat tu tapi antara tempat tumpuan pelancong Malaysia la datang situ. Semuanya kitaong pergi sendiri tanpa guna agent. 

Back to the topic iaitu melancong kat Turki ni antara paling jauh la kan nak tak nak memang kitoang pergi satu keluarga ambil agent senang dan kalau boleh nak santai-santai macam tu dengan rombongan yang sendikit. Survey punya survey, mak decide ambil agent Arba travel. Harga pun bolehlah tahan sekali kala melancong jauh kan.. 


Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel
Tour guide sedang beri taklimat

Masa first day, macam biasa kena tunggu kat airport KLIA dan berkumpul pada waktu yang ditetapkan.. nanti dorang akan bagi tentatif perjalanan dalam masa sebulan sebelum nak pergi ke Turki. Nanti akan ada agent Arba bagi taklimat semua tentang tiket semua nanti dorang akan tolong prepare sama-sama. Ada agent lain dari Arba juga akan ikut sekali nanti akan guide semua bila dah sampai kat Turki nanti 

Flight transit Doha

Transit Flight dari Malaysia ke Doha mengambil masa 7 jam setengah macam tu, kemudian dari Doha ke Turki mengambil masa dalam lebih kurang 4 jam macma tu. Fuh, lama tak lama kan dalam penerbangan.. haha

Perjalanan semua ke turki dari 1 September 2025 sehingga 9 September 2025. 7-8 hari gak la kat sana. Walaupun banyak hari kat sana tapi serius cakap memang padat waktu dia dan banyak tempat kita akan explore dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada tempat tu memakan masa berjam-jam yang lama. 

Jadi korang kalau kat sana pastikan dari segi fizikal korang tu kuat means kaki korang kuat masa bejalan nanti kat sana. Dari segi cuaca bila time september masa sampai tu tak panas tak sejuk. Angin dia tu kan bila kena kat kulit kita tu sejuk macam aircond macam tu. Tapi cuaca masih panas lagi. kadang hujan renyai macam tu. So, tak payah la mengada nak pakai baju sejuk tebal lagi. haha. Pakai baju biasa pun boleh dengan sweater biasa pun ok je. 


Bas yang kitorang naik sepanjang perjalanan di Turki. 

Dari segi kemudahan penginapan, Alhamdulillah memang memuaskan family pun selesa. Ada satu tempat bila kitorang sampai je kt Turki, macam biasa lah tour guide dari Turki akan bawa pergi makan dulu kemudian akan terus menginap pertama di resort 1 malam untuk berehat. 

Tempat makan pertama setelah sampai turki. Time ni dah maghrib dan sejuk 


Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel
Pintu masuk VonResot Hotel

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel
Bilik untuk 2 orang


Nama resort ni kalau tak silap Von Resort macam tu. Bilik dia tak ada airocnd cuma ada pemanas, mula dah risau sebab rasa macam bilik ni panas tapi bila lama-lama baring tidur tu kan amek kau punya la sejuk sampai terpaksa berselimut. haha. Suasana dia ala-ala macam cameron highland macam tu, bilik kayu klasik ala muji bilik dia. Very nice.

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel
Pemandangan waktu pagi otw nak serapan

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel
Buffet serapan

Beberapa Nama Hotel tempat Menginap

Ini antara beberapa hotel yang kitorang menginap. Secarea keseluruhan menginap puas hati dengan rating hotel pun 4-5 bintang. 

  • Crystal kaymakli Hotel - Bukan hotel butik moden, mungkin sebab hotel kira dah lama beroperasi. Outdated orang kata, perlu ada beberapa naik taraf je lah. Perabot agak kelihatan lama. Kira hotel standard besar untuk pekej  dan keluarga dan still selesa untuk menginap. 
  • Lycus River Hotel - Bilik nice cantik selesa, suasana dia pun best cuma kena banyak berjalan sikit sebab bilik dia jauh-jauh2x. Ada kolam air panas untuk lelaki dan perempuan.. korang kena try..
  • Gold Majesty Hotel - Lebih moden dan kemas. Bilik dapat pun luas dan selesa
  • Gonen Hotel -  Sama macam Gold moden dan kemas. Standard hotel bandar. Tempat pun selesa dan yang paling best dekat dengan Shopping Mall. 

Buffet serapan hotel dorang tu janganlah koreang expect macam kt malaysia. Banyak roti yang dorang sediakan, kek pencuci mulut, ada spaghetti semua. Paling best banyak manisan dengan pure madu.  Ada hotel takde prepare nasi, ada hotel ada prepare. 

Makanan diorang boleh kata makanan sihat gak la sebabnya rasa tawar dan masam. haha. Ini yang saya rasalah tapi saya ok je.. Kalau stay lama sini rasa boleh sihat dan kurus kot kalau tak makan roti sangat. haha. Bawa lah sos cili2x siap dari Malaysia macam adik saya bawa sos cili siap2x. haha. yang jenis sos pekej kecil2x macam kfc, mcd semua tu. haha

Part 2 yang terakhir nanti saya akan share perjalanan dari satu tempat ke tempat yang menarik nanti ya.. 

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026?

Sekarang ni berlegar-legar di ruang media sosial yang mengatakan flash express akan menghentikan operasinya di Malaysia pada 31 Januari 2026.

Buat masa ini belum ada kenyataan rasmi dari laman media sosial Flash Ekspress mahupun laman sesawang yang mengatakan akan berhenti operasi setakat ini. Takut berita ini menjadi khabar angin atau salah faham. 

Dikatakan Flash akan menamatkan operasi secara berperingkat di mana pada 15 Januari 2026 tiada lagi penerimaan pesanan baru, manakala pesanan sebelum tarikh tersebut akan dihantar seperti biasa dan akhir sekali flash akan tamat sepenuhnya pada 31 Januari 2026.

Punca Tamat Operasi Flash

  1. Persaingan pasaran yang sengit
  2. Kos operasi yang tinggi
  3. Kerugian berterusan.
Namun di negara lain masih beroperasi macam biasa. 


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026?
sumber gambar dari facebook Flash malaysia

Informasi Asal usul Flash Ekspress

  1. Diasaskan: 2017
  2. Negara asal: Thailand
  3. Pengasas: Komsan Saelee
  4. Nama syarikat: Flash Express

Kenapa cepat naik

  1. Fokus COD (Cash on Delivery) → sangat popular di Thailand
  2. Pickup percuma, harga agresif untuk seller kecil
  3. Dibina khas untuk e-commerce & social commerce
  4. Kembang ke Asia Tenggara

Lepas berjaya di Thailand, Flash berkembang ke:

  1. Malaysia
  2. Philippines
  3. Indonesia
  4. Vietnam
  5. Laos
Disokong pelaburan besar (unicorn Thailand) → pernah cap valuation berbilion USD

Flash Express di Malaysia

  1. Masuk sekitar 2021
  2. Sasaran: Shopee seller, live seller, COD
  3. Model operasi: banyak hub & rider pihak ketiga

Cabaran: Servis tak konsisten ikut kawasan, Turnover rider tinggi, Margin nipis dan perlu volume yang besar untuk capai sasaran

Wednesday, December 17, 2025

IT: Welcome to Derry - Asal Usul Kejahatan Pennywise

Akhirnya berakhirlah sudah 8 episode IT: Welcome to Derry yang telah ditayangkan kat HBO Max. Drama ini bukan sekadar drama seram biasa tapi memaparkan bagaimana kewujudan Pennywise boleh berlaku dan kenapa entiti ini menghantu seluruh pekan Derry terutama pada kanak-kanak.  

Apa yang Menarik Tentang IT: Welcome to Derry

Siri ini membawa penonton kembali ke bandar Derry, Maine pada era 1960-an, jauh sebelum kejadian dalam filem. 

Cerita ini memberi fokus kepada sejarah awal kegelapan bandar tersebut dan bagaimana ketakutan mula berakar dalam komuniti, sekaligus menjadi asas kepada kewujudan Pennywise.

Berbeza dengan filem yang lebih tertumpu kepada kumpulan kanak-kanak menentang Pennywise, siri ini menekankan unsur psychological horror dan trauma sosial. Ia mengupas bagaimana kejahatan boleh bersembunyi dalam kehidupan seharian, bagaimana orang dewasa memilih untuk menutup mata, dan bagaimana Derry sendiri seolah-olah menjadi “hidup” dengan aura jahat. 

Pennywise digambarkan bukan sekadar badut pembunuh, tetapi simbol kepada ketakutan dan keganasan yang berulang.

Setiap episod kita akan disajikan dengan penywise yang sentiasa menghantui penduduk bandar tersebut dengan ketakukan terutamanya pada budak-budak. 

Dari Siri ini kita akan mula tahu kenapa entiti ni hanya kat bandar Derry, kenapa dia serang mangsa, bagaimamana dia menyerang mangsa, apa benda entiti ini takut, macam mana nak kalahkan entiti ini dan kenapa entiti ini setiap 26 tahun akan muncul kembali semuanya akan terjawab. 

Kenapa Wajib Tonton

✔ Peminat Stephen King

✔ Peminat horror psikologi

✔ Yang suka kisah asal-usul villain

✔ Yang nak faham IT secara lebih mendalam, bukan sekadar “badut makan budak”


IT: Welcome to Derry - Asal Usul Kejahatan Pennywise
sumber gambar dari facebook

Rating untuk drama IT: Welcome to Derry adalah 9/10 Bintang. Kepuasan maksima apabila episode akhir memaparkan babak-babak yang menakutkan dalam pada masa yang sama mendebarkan tentang bagaimana taktik dorang nak strugle untuk menghalang pennywise ni supaya tidak keluar dari kawasan iaitu bandar dorang. 

Friday, December 5, 2025

Boikot Touch ‘n Go: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, nama Touch ‘n Go (TNG) kembali menjadi bualan hangat tapi bukan kerana inovasi baharu. Sebaliknya, ramai pengguna mula meluahkan rasa tidak puas hati sehingga muncul trend boikot TNG di media sosial.


Boikot Touch ‘n Go: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
TouchnGo

 Isu akaun dibekukan, kesukaran mengeluarkan wang, serta proses verifikasi yang lambat menjadi antara punca utama kemarahan. Dalam artikel ini, kita lihat secara ringkas dan jelas kenapa begitu ramai pengguna memilih untuk meninggalkan TNG dan beralih kepada alternatif lain.


Boikot Touch ‘n Go: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Luahan pengguna yang disekat tanpa sebab


Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

1. Akaun Dibekukan dan Pengeluaran Duit Disekat

Punca terbesar boikot adalah isu akaun dibekukan secara mengejut. Ramai pengguna mendakwa mereka tidak menerima sebarang amaran awal sebelum akaun digantung, menyebabkan mereka tidak boleh mengakses atau mengeluarkan wang sendiri. 

Walaupun pihak TNG menjelaskan ia sebahagian daripada proses pematuhan Anti-Money Laundering (AML), pengalaman pengguna yang terpaksa menunggu lama untuk membuka sekatan membuatkan mereka hilang kepercayaan. Bagi kebanyakan orang, isu “duit tak boleh keluar” ini sudah cukup untuk menyebabkan mereka beralih ke platform lain.


2. Proses Sokongan Pelanggan yang Perlahan

Masalah teknikal boleh berlaku pada mana-mana platform, tetapi apa yang menambah kemarahan pengguna adalah respons sokongan pelanggan yang dianggap terlalu lambat. Ada yang menunggu berhari-hari malah berminggu untuk mendapatkan maklum balas atau mendapatkan semula akses akaun mereka. 

Dalam dunia digital yang pantas, pengalaman pengguna memainkan peranan besar  dan kelewatan sebegini sangat merosakkan reputasi TNG. Tambahan pula, pengguna kini mempunyai banyak pilihan e-wallet lain yang lebih cepat dan mudah.


3. Alternatif Lain Lebih Mesra Pengguna

Dulu TNG hampir “monopoli” dalam urusan pembayaran tol dan e-wallet. Namun, sekarang persaingan semakin sengit dengan kemunculan GXBank, AEON Bank Digital, MAE, ShopeePay, GrabPay dan pelbagai bank digital baharu. 

Alternatif ini menawarkan pengalaman lebih lancar, proses pengesahan lebih efisien, serta sokongan pelanggan lebih responsif. Akibatnya, ramai pengguna merasa tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada TNG, khususnya selepas pengalaman negatif mereka. Faktor ini mempercepatkan lagi trend boikot.


Kesimpulan Isu Touch ‘n Go

Isu sekatan akaun, kelewatan sokongan pelanggan dan persaingan sengit daripada platform lain menjadikan TNG berada dalam situasi sukar. Walaupun niat TNG untuk memperketat pematuhan mungkin wajar dari sudut keselamatan, cara pelaksanaannya menjejaskan kepercayaan pengguna. 

Akhirnya, trend boikot ini bukan sekadar marah sesaat  ia adalah isyarat jelas bahawa pengguna mahu platform yang lebih telus, cepat, dan mesra pengguna. Jika TNG tidak memperbaiki pengalaman pelanggan, lebih ramai mungkin memilih untuk meninggalkan platform ini dalam jangka panjang.

Thursday, November 27, 2025

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

RIBUT TROPIKA SENYAR : Peristiwa Paling Pelik Dalam Sejarah Cuaca Malaysia
Pakar dunia cuaca dikejutkan dengan ribut tropika Senyar ribut yang lahir di tempat yang selama ni pakar anggap mustahil.

Ribut tropika ini terbentuk dalam Selat Melaka.  Benda ni tak pernah tercatat dalam sejarah MetMalaysia.

Biasanya ribut macam ni lahir di:

📌 Laut China Selatan 
📌 Lautan Pasifik 
📌 Kawasan perairan dalam dan luas 

Tapi hari ni dengan izin Allah Senyar ni hidup di tempat yang paling pelik iaitu di Selat Melaka perairan yang sempit, cetek, kiri kanan daratan.

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia
sekadar gambaran sahaja



Secara logik ribut tropika memang tak patut wujud kat sini tapi dia muncul juga.

1. Pergerakan & Kekuatan Senyar.

Ribut ni mula terbentuk di utara Sumatera kemudian bergerak perlahan ke arah timur laut, masuk ke Selat Melaka sebelum menghentam kawasan barat Semenanjung dengan kelajuan angin sekitar:

▶️ 24 km/j pergerakan
▶️ 50 km/j angin kencang
▶️ Hujan lebat tanpa henti
▶️ Laut bergelora dari utara sampai ke selatan Pantai Barat

Kesan dia terasa hampir seluruh barat Semenanjung: Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor sampai Pahang pun kena tempias.

Kedudukan terakhir direkodkan kira-kira 102 km barat daya Lumut dan masih bergerak ke timur laut.

2. Kenapa Ribut Senyar Ni Unik Sangat?

Sebab ini kali pertama dalam sejarah Malaysia: Ribut tropika terbentuk dalam Selat Melaka. 

Selama ni pakar cuaca sendiri anggap mustahil kerana:

▶️ Selat Melaka sempit
▶️ Paras air cetek
▶️ Dikelilingi daratan
▶️ Kurang tenaga haba untuk lahirkan ribut besar

Tapi Senyar muncul, membesar dan bergerak macam ribut tropika sebenar.
Ini antara peristiwa cuaca paling pelik dalam era moden Malaysia.

3. Risiko Yang Kita Kena Bersedia.

Ribut Senyar dijangka boleh sebabkan:
✅ Banjir besar di kawasan rendah
✅ Tanah runtuh di cerun dan kawasan berbukit
✅ Gangguan elektrik di beberapa lokasi
✅ Laut bergelora

Kita doakan semua yang berada di kawasan terjejas berada dalam lindungan Allah. Cuaca sekarang memang luar biasa. Hati-hati ye semua.

Saturday, November 22, 2025

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi atau Tidak?

First time sebenarnya dengar brand nama Comfee, biasa dengar nama macam Panasonic, Daikin, Sharp, haier dan Samsung. Kira antara brand yang kuat la untuk penghawa dingin. Bila dengar nama comfee tetiba brand mana plak? Negara mana punya brand.. rupa-rupanya bila kaji brand ni adalah dibawa company kumpulan besar Midea.

Katanya Comfee brand  no.1 kat German.. tak sure betul ke tak. 

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi atau Tidak?
NO.1 German


Comfee ialah jenama di bawah kumpulan Midea yang semakin popular di Malaysia kerana menawarkan aircond inverter pada harga mampu milik. Walaupun ia bukan kategori premium seperti Panasonic atau Daikin, jenama ini semakin mendapat tempat kerana teknologi yang ditawarkan setanding model lebih mahal. 

fikir punya fikir saya terus sambar brand Comfee aircond 2.5HP untuk ruang tamu dan ini pengalaman serta pemerhatian saya selepas menggunakannya selepas beberapa hari menggunakan. 

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi atau Tidak?
aircond yang telah dipasang. Besar rupanya 2.5hp. berat. 


Kelebihan Aircond Comfee (Faktor Utama Pembelian)

Kelebihan paling ketara ialah harga yang sangat-sangat berbaloi berbanding jenama besar. Bayangkan dengan aircond 2.5hp saya dapat harga bawah 2k iaitu RM1622.60 lebih kurang macam tu termasuk kos shipping. 

Kemudian Comfee menggunakan refrigerant R32, iaitu gas moden yang lebih jimat elektrik dan lebih cepat sejuk. Selain itu, kebanyakan model baru Comfee dipasang dengan Golden Fin coating, iaitu lapisan keemasan anti-karat yang membantu unit outdoor lebih tahan lama terutama dalam cuaca lembap. 

Dari segi prestasi penyejukan, Comfee memberi hembusan kuat dan ruang saya (lebih 500 sqft) mampu sejuk dalam masa singkat di mana sesuai jika dipasang pada waktu malam atau pagi.


Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi atau Tidak?
Beli online shopee, penghantara melalui Flash express


Ini antara ciri utama Brand Aircond Comfee (Faktor kedua Pembelian)

  1. Kawalan Internet - Dengan aplikasi SmartHome, produk boleh disambungkan ke telefon pintar dan dikawal pada bila-bila masa dan di mana sahaja Wifi dan data pun boleh guna.. best ciri ni, time mandu tu dah boleh on siap2x bila sampai umah. hehe.
  2. Teknologi Self-Cleaning, Udara sentiasa segar & sihat - Selepas unit dimatikan, sistem akan terus berfungsi seketika untuk meniup dan mengeringkan penyejat (evaporator) indoor bagi memastikan ia kekal bersih dan sihat. Yang ni kena setting kat app dia nnti
  3. Teknologi Penjimatan Tenaga ECO - Produk kami digabungkan dengan teknologi inverter berkecekapan tinggi. Anda boleh menikmati kesejukan yang selesa sambil mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara dalam tempoh 8 jam. Inventer mesti la jimat lagi2x ada eco mode.  
  4. Kawalan suhu lebih tepat, keselesaan lebih baik - Boleh melaras suhu bilik dengan lebih tepat melalui sensor pada alat kawalan jauh, supaya boleh menikmati keselesaan yang lebih optimum.
  5. Kualiti tahan lama, jangka hayat produk lebih panjang - Menggunakan GOLDEN COATING berkualiti tinggi bagi menahan habuk dan elemen menghakis yang lain.
  6. Waranti am selama 3 tahun dan waranti compressor selama 5 tahun - Waranti pun lama dan berbaloi

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi atau Tidak?
antara spec brand comfee


Ciri & Fungsi yang Mesra Pengguna

Macam biasa Aircond Comfee menawarkan fungsi asas yang cukup untuk kegunaan harian seperti inverter, auto-swing atas-bawah, timer, sleep mode, dan mod penjimatan tenaga. 

Bunyi indoor unit time guna pun agak senyap, dan kawalan melalui remote pun mudah. Walaupun tiada swing kiri–kanan automatik, vane manual yang ada masih boleh dilaras untuk halakan angin ke tengah ruang. Dari sudut penggunaan elektrik, Comfee agak jimat kerana inverter cepat mencapai suhu stabil tanpa membebankan bil.

Kekurangan Aircond Comfee

Sebagai jenama bajet, ada beberapa kekurangan yang perlu diketahui. Pertama, ia tiada horizontal auto swing, jadi arah kiri–kanan perlu laras manual. Mungkin bakal ada next generation aircond nanti dan mungkin kos sedikit mahal. 

Kedua, binaan plastik indoor tidak se-premium Panasonic/Daikin, walaupun masih kukuh. Tu tak menjadi masalah kalau mereka yang tak pentingkan reka bentu aircond. yg penting enjin dalaman semua tahan lama.. 

Dari segi jenama pula, Comfee belum sepopular jenama besar, jadi macam saya sebagai pengguna mungkin risau tentang ketahanan jangka panjang walaupun sebenarnya dah tahu dah benda ni berkongsi teknologi dengan Midea. Hopefully tahan lama.. 

Selain itu, airflow kuat tapi sedikit “direct”, jadi perlu laras vane dengan betul.

Kos Pemasangan Aircond 2.5hp

Macam saya sebab beli online kan, Jadi saya upah orang luar untuk pasang aircond ni, harga dia memang agak mahal kalau nak pasang aircond 2.5hp kalau bawah tu boleh dapat murah sikit. Tapi kalau 2.5hp memang rege harga dia agak mahal dalam lingkungan RM400-550. Tu belum campur lagi new wiring lagi, heater switch, outdoor casing, cooper dan lain2x lagi. 

Hari tu survey aircond, bila dah dapat aircond, ni survey orang untuk upah pasang aircond plak. Kena keluarkan duit lagi, nasib beli aircond yang berbaloi harganya.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Comfee ialah pilihan saya yang sangat berbaloi untuk pengguna yang mahukan aircond inverter moden, R32, cepat sejuk, dan tahan lama tanpa perlu bayar harga premium. 

Walaupun bukan jenama paling mewah, tetapi dari segi fungsi, penyejukan, Comfee memang memuaskan setakat ini dan sesuai untuk rumah, terutamanya untuk ruang yang besar. Pengalaman saya sendiri menunjukkan Comfee boleh “perform” dengan baik walaupun pada harga bajet.

Kalau dicari aircond yang mudah pakai, senyap, cepat sejuk dan tidak membazir elektrik boleh start fikirkan brand Comfee sebagai pilihan terbaik dalam kategori bajet. 

Hopefully bertahan lama dengan brand ni. Jadi berbaloi ke tidak? berbaloi dari segi harga, dari segi ketahanan tu kena tunggu lepas 1-3 tahun penggunaan dia macam mana nanti.