Sedap Rupanya Orange Latte Dari Tealive
Orange Latte Tealive sedap ke? Macma mana rasanya bila kopi campur dengan oren? Masam ke pahit? Rasa berkrim berlemak dengan jus oren sebagai pemanis
Pernah tak terfikir macam mana rasanya kalau kopi dicampurkan dengan jus oren? Kalau selama ini kita biasa rasa macam latte dengan perisa caramel, vanila ataupun hazelnut, kali ini Tealive keluarkan perisa latte baru dengan sesuatu yang agak berbeza menerusi minuman Orange Latte.
Bila pertama kali dengar nama Orange Latte, mungkin ada yang terus tertanya-tanya, sedap ke kopi campur oren ni? Tak pelik ke rasanya apabila susu, kopi dan jus oren digabungkan dalam satu minuman?
Memang kedengaran agak luar biasa, terutama bagi mereka yang sudah terbiasa dengan rasa latte tradisional. Namun, gabungan kopi dan buah sitrus sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil dalam dunia minuman kopi moden.
Jadi, apa sebenarnya Orange Latte Tealive ini? Bagaimana rasanya? Manis ke Masam ke Pahit?
Tentang Orange Latte Tealive?
Orange Latte merupakan salah satu minuman dalam siri Orange Coffee yang diperkenalkan oleh Tealive pada Oktober 2026, bersempena dengan sambutan International Coffee Day.
Siri ini menampilkan dua pilihan utama, iaitu Orange Americano dan Orange Latte.
Orange Americano menggabungkan kopi dengan jus oren untuk menghasilkan rasa yang lebih segar dan menyerlahkan karakter kopi. Orange Latte pula menggunakan gabungan espresso, jus oren dan susu untuk menghasilkan minuman yang lebih berkrim.
Menariknya, Tealive menggunakan campuran biji kopi dari tiga kawasan berbeza, iaitu Yunnan di China, Ethiopia dan Sumatra di Indonesia.
Setiap jenis biji kopi ini mempunyai karakter tersendiri. Gabungan tersebut dirumuskan untuk menghasilkan profil rasa yang mempunyai unsur buah-buahan, coklat dan kekacang.
Macam Mana Rasa Orange Latte Tealive?
Inilah persoalan yang paling menarik. Kalau kopi dicampurkan dengan oren, adakah rasanya seperti jus oren yang dituang ke dalam secawan kopi susu?
Bayangkan rasa kopi combine dengan oren, sedap rupanya..Rasa milky dengan manis buah oren tu boleh blend dgn rasa kopi. Rasa memang ngam sangat dengan latte campur orange sebagai pemanis..
Pengalaman rasa setiap individu mungkin berbeza. Mereka yang menyukai kopi dengan nota buah-buahan mungkin lebih mudah menerima kombinasi ini, manakala peminat kopi tradisional mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri.
Kesimpulan: Sedap atau Sekadar Gimik?
Orange Latte Tealive merupakan salah satu percubaan menarik dalam memperkenalkan kombinasi kopi dan buah-buahan kepada pengguna Malaysia terutamanya bagi peminat kopi
Minuman ini menawarkan rasa kopi yang lebih lembut, tekstur berkrim dan sentuhan oren yang menyegarkan.
Kalau korang nak rasa kelainan, Orange Latte memang berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali. Tetapi bagi peminat latte tradisional, kombinasi kopi dan oren ini mungkin akan suka dengan kombinasi ni..
Akhirnya, pendapat peribadi tentang orang latte ni memang sedap. Rasa berkrim dengan orange tu memang ngam dengan rasanya kena dengan tekak..tak terlalu masam. Tak sangka kombinasi ni menjadi. 4/5 ⭐



