Last jalan-jalan kat Melaka time tu bulan Ogos. Masa tu menginap kat Costa Mahkota Melaka , kali ni nak menginap tempat lain la pula la kan.. cari punya cari jumpa la satu tempat menarik iaitu di Mutiara Beach Resort Melaka (homestay). Menariknya tempat ni adalah berdekatan dengan pantai laut cuma tak boleh mandi kat situ lah dan tempat ni agak jauh dari bandar Melaka.
Pada mulanya tak dapat whatsapp dari resort lagi berkenaan dengan stay kat sana. Bila saya start whatsapp dulu pun dia agak lambat reply kemudian barulah dia bagi details apa semua bila dah sampai sana nanti.
Bila dah sampai kat resort, kena tunjuk QR yang telah diberikan oleh agent melalui whatsapp kat pak guard. Parking mengikut no rumah. Kemudian kena pergi ke kaunter untuk ambil kad kemudian boleh masuk rumah macam biasa..bila nak buka rumah dorang kena guna kod ala-ala style korea macam tu pintu berkod.. jadi bukalah dengan kod yang telah diberikan melalui whatsapp. Manakala untuk kad tadi pula untuk lif, kena scan kat lif baru lift boleh bergerak..
Mutiara Beach Resort Melaka
Ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil.
Ruangan tempat letak selipar/kasut.
Ruangan dapur lengkap semua ada peti ais, microwave, pinggan cawan semua ada.
Ruangan tempat rehat, ada tv besar dengan android google. Wifi pun ada lajuu.
Siap ada balkoni lagi depan tu boleh tengok pemandangan laut.
Bilik tidur utama yang sangat besar dan selesa sekali dengan bilik air.
Kira Master bedroom lah.
Bilik tidur kedua pun besar juga dan selesa.. muat boleh solat kat sini.
Dalam almari ada toto dan selimut lebih juga disediakan.
Jadi kalau ramai stay sini boleh guna toto yang disediakan.
Rasa rumah ni boleh tidur muat dalam 8-10 orang macam tu.
ruangan makan pun selesa dan besar untuk makan beramai-ramai
Karaoke Di Mutiara Resort Melaka
Antara kemudahan yang menarik selain kolam renang adalah bilik karaoke. First time pergi homestay ada bilik karaoke. Cara nak book bilik karaoke pun senang caranya kena isi maklumat yang disediakan dan bayar untuk 2 jam karaoke. So far masa yang diberikan adalah 2 jam sahaja dengan masa yang telah ditetapkan.
Maklumat nak book bilik karaoke boleh tengok kat lif dorang nanti. Dah book semua nanti kena inform kat pak guard untuk kita nak karaoke nanti. Bilik Karaoke dia besar sangat dan sound sistem pun memang clear.. memang puaslah kitaorang nyanyi. At least jimat skit dari bayar karaoke kat luar. Harga kalau tak silap masa tu RM50 untuk 2 jam..
Bilik karaoke dia simple je tapi sofa dia besar boleh duduk ramai-ramai..
microfon dia ala-ala macam kat set recoding..macam nak buat album.haha
nak pilih lagu pun senang dan kebanyakkan lagu pun yang kitorang nak pun ada..
Review Kesuluruhan Mutiara Beach Resort Melaka
Secara keseluruhan stay kat sini memang puas hati sebabnya suasana tenang dekat dengan laut kemudian ada kemudahan lain macam kolam renang dan karaoke. Homestay yang kitorang duduk pun besar style apartment la mcm tu 2 bilik. Dapur complete semua peti ais, microwave semua.
Wifi pun ada siap ada alquran dan sejadah dorang sediakan.. cuma arah kiblat tu tak taulah betul ke tak.. sebab tgk kat hp macam jauh tersasar.. lupa nak tanya management hari tu.
Malam-malam boleh lepak makan depan resort ada kedai tepi jalan...
Cuma kelemahan tempat ni adalah agak jauh dari bandar. Jadi ambil masa lah kalau nak jalan-jalan kat bandar Melaka.. Kolam renang dia pun tak besar sangat. agak limited kalau ramai orang nak mandi.