Monday, January 22, 2018

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka


Apa cleanser dan facial scrub kegemaran korang?

Dulu favourite saya men's facial wash yang sejukk ada bijik-bijik tu.. fuhh segar rasa kulit muka :D

Pernah tak korang terfikir apa benda biji-biji halus dalam tu?

Apa kesan biji-biji tu pada kesihatan?
Tahu tak biji-biji itu juga boleh jadi hidangan seisi keluarga tanpa kita sedar?

Baca kisah bahan yang giat diharamkan di seluruh dunia ini..tapi tak tahu lah bila akan diharamkan di Malaysia

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka
Microbeads
Biji halus itu sebenarnya ialah plastik halus saiz mikro yang dinamakan

"MICROBEADS"
.
PENGGUNAAN MICROBEADS PLASTIK DALAM BARANGAN JAGAAN BADAN

Perhatikan biji-biji halus di dalam produk ini:

- Scrub dan facial wash
- Sabun dan shower gel
- Ubat gigi
- Sebagai bahan pewarna bling bling dalam kosmetik
- Mekap

Biji Toksik dalam makanan yang digunakan sbg pencuci muka
Buji toksik 

2 ISU UTAMA PLASTIK MICROBEADS

1) PENCEMARAN PERSEKITARAN.

- Kita mencemari persekitaran tanpa kita sedari.
- Plastik saiz mikro ini tidak dapat diperangkap sink kerana saiznya yang sangat halus.
- Plastik mikro ini masuk ke dalam kumbahan najis mengumpul toksin persekitaran dalamnya termasuk bakteria, kulat dan bahan kimia yang terdapat dalam sistem perparitan.
- Ikan dan hidupan yang tidak berdosa di dalam air akan makan microbeads ini.


2) TOKSIN PERSEKITARAN DI DALAM MAKANAN.

- Kajian pasukan pengkaji daripada China dan New Zealand mendapati 12.5% bahan kimia dan toksik menempel pada microbeads dan dimakan oleh ikan.
- Walla! Kita makan ikan yang makan toksin, bahan kimia, kuman dan macam-macam yang tak dapat kita bayangkan.
- Dibakar, direbus atau digoreng, plastik adalah plastik.

- Tiada siapa tahu dengan pasti kesan plastik yang kita makan melalui hidangan tercemar dengan microbeads ini.
-Kesan sapuan plastik mudah cair yang bercampur dengan bahan kimia lain juga tidak diketahui.

- Sejenis kelas bahan pencemaran iaitu PBDE, biasa menempel pada mikrobeads ini dan bahan ini dikaitkan dengan:
* Masalah neurologi (saraf)
* Merendahkan imuniti badan
* Mengganggu sistem pembiakan.

- Jangan lupa mikrobeads dalam ubat gigi ya..tak pasti pula produk ubat gigi dengan microbeads yang ada di Malaysia ini.

Harapnya tiada...elakkan je yang ada biji-biji mikrobeads ini. Apa pun doktor gigi pun tak ajar telan ubat gigi kan :D

PENGHARAMAN MICROBEADS

Negara seperti US, UK sudah mula secara aktif mengharamkan penggunaannya.

US sudah mula secara beransur mengharamkannya bermula 1 Januari 2018.

UK mengharamkan produksi bermula 9 Jan 2018 dan penjualannya pada 1 Julai 2018.

Negara-negara lain sudah mula mengeluarkan tarikh mereka..

Saya tidak jumpa sumber rujukan di Malaysia. Mungkin ada yang boleh tunjukkan saya?

Alternatif Scrub yang selamat

Terdapat banyak alternatif scrub lain yang bukan sahaja lebih selamat, tetapi jauh lebih berkesan. Contohnya seperti:

1) Scrub garam bukit, garam buluh.Gula kabung pun boleh.
2) Scrub oatmeal
3) Scrub bentonite clay
4) Scrub beras - bagus idea puan khairun nisa
5) Scrub activated charcoal - activated charcoal juga boleh guna masuk dalam ubat gigi..terbaik! telan pun bagus hehe..

Pengharaman mikrobeads adalah tanggungjawab semua . Kita harus bersuara dan menolak produk dengan microbeads ini.

Demi persekitaran. Demi kesihatan kita dan generasi kita insha Allah.

sumber dari Facebook Hafiz Sulaiman (-Pejuang Kesihatan-)

Sunday, January 21, 2018

Review Movie The Open House ending yang tak best

Movie keluaran Netflix iaitu The open House baru AB tengok semalam kebetulan rasa bosan memang terus download cerita ini.. Tengok trailer macam boleh tahan la sambil angkat kening.. hahaha

Nak tahu best ke tak? Meh baca sinopsis dulu... baru aku review macam mana cerita ini..

Review Movie The Open House
Movie The Open House

Sinopsis The Open House

Mengisahkan seorang anak lelaki yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Dan kini tinggil bersama emak berdua je kat umah. 

Pada suatu hari, ada kawan maknya offer untuk tinggal semetara rumah dia kat gunung yang terpencil untuk tenangkan fikiran.. dan maknya pun terima offer tu dan terus pergi sana dengan harapan dapat tenangkan fikiran dan kembali happy bersama anaknya.. 

Entah macam mana satu hari tu. anaknya mula rasa tak sedap hati duduk rumah tu macam ada orang duduk kat umah tu.. 

Rumah yang dorang duduk tu jadi Open House sebab nak dijual.. Dorang pun just stay sementara nak tenangkan fikiran.. Siangnya dorang akan keluar rumah sebab beri peluang agent hartanah untuk buka peluang orang ramai untuk hadir tengok rumah tersebut. Dorang balik semula pada waktu malam..

Hari semakin hari, anak ni mula perasan ada sesuatu yang tak kena tapi tak ada orang kat umah dan anak ajak sorang membe dorang kenal untuk tidur umah dorang dan guard umah dorang. Sekali lelaki yang yang dorang kena bunuh... 

Review Movie The Open House
Ada orang lain yang duduk umah dorang selama ini
Anaknya pun dah mula panik dan mak pula tetiba kena ikat tangan.. 

Jadi memang ada orang la kat umah dorang ni selama ini...

Jadi macam mana orang misteri ni stay kat umah dorang dan berjaya ke dorang menyelamatkan diri dorang dari dibunuh?

Ulasan Movie The Open House

Cerita ini serius agak slow...so AB cepatkan jelah part mana yang membosankan... part pertengahan dan last tu dah mula dah best sikit..

pelakon dah best...pelakon lelaki famous dengan lakonan drama dulu iaitu 13th reason yang pernah viral dulu..

Yang tak bestnya ending dia kenapa macam tu? Macam gampang endingnya macam tu..

nak tahu ending macam mana korang kena tengok sendiri..

aku bagi 2.5/5 bintang je untuk movie Movie The Open House

Saturday, January 20, 2018

Viral Papagomo kecam Nur Sajat dan Coach Yin

Benda ini AB rasa perkara yang dah lama dan baru ini viral dek kerana papagamo yang dok lantang keras terhadap Nur Sajat yang dikatakan lelaki tapi tak mengaku lelaki dan Coach Yin jadi geng kunyit.. betul ke?

Sejak itu banyak punya pula video yang disiarkan oleh papagamo sampai viral seluruh Malaysia.

Papagomo telefon menteri berkenaan dengan Nur Sajat

Selain itu, Papagomo siap call menteri yang membawa kepada pertemuan JAKIM dengan Nur Sajat. Papagomo hairan dengan situasi tersebut di mana JAKIM tidak mengambil apa-apa tindakan
terhadap Nur Sajat.

Viral Papagamo kecam Nur Sajat dan Coach Yin
nur sajat
AB pun dah tahu Nur Sajat jenis yang macam gender macam mana. dengar suara pun dah tahu... better abaikan la dia tu krang makin layan makin famous nanti. Dorang tak kisah apa jua kontroversi yang penting dorang ada nama aka famous

Coach yin pula walaupun AB tengok memang sado badan cantik.. meleleh gadis kalau tengok badan dia.. tapi sayang bila tengok balik video dia macam lembut pun ada.. kalau dah suka ngan sajat jadi kunyit pula..  terus out la..

Korang kalau nak kecam dorang ni tak payah la... better korang nasihat dengan DM dorang ni secara personally kat instagram ke facebook ada macam-macam cara. Itu cara korang yang baik dan ada tanggungjawab demi masyarakat. tapi kalau dorang ni jenis tak layan, tak makan nasihat, makin 'berlemak' pula better abaikan yang penting kita dah lepas satu tanggungjawab penting untuk kita.

Lelaki ini dah tua tapi masih nampak muda

Mungkin ramai yang tak menyangka lelaki ini yang dilihat pada mata kasar nampak muda 30-an gitu tetapi bila dilihat umur sebenarnya sudah mencecah 50-an.. siapa yang tak terkejutkan..

Lelaki yang dimaksudkan adalah chuando Tan. Dan kini dia telah mempunyai mencecah 700k followers sejak tular berbanding sebelum ini hanya 160k

Lelaki ini dah tua tapi masih nampak muda
Chuando Tan
Chuando ini mempunyai perniagaan fotografi sendiri iaitu diberi nama ChuanDo & Frey.

Jadi apa rahsia Chuando yang kelihatan muda berbanding umurnya..

Rahsia awet muda beliau adalah jangan berjaga sampai lewat malam, sentiasa bersenam dan berenang, jangan mandi pada waktu malam atau pada awal pagi, dan makan banyak ayam pedas. Senang saja, kan!

Lelaki ini dah tua tapi masih nampak muda
Penampilan yang nampak muda dari usia

Fakta menarik tentang Chuando Tan dan rahsia awet muda beliau

1. Chuando adalah seorang model di Singapura pada sekitar tahun 1980-an hingga awal tahun 1990-an. Ketika itu, beliau antara model lelaki yang paling terkenal.

2. Chuando kemudiannya menjadi jurugambar untuk selebriti pada tahun 1996. Beliau telah mengambil foto ramai artis terkenal seperti Shu Qi dan Rosamund Kwan.

3. Chuando juga memiliki sebuah agensi permodelan terkenal di Singapura, iaitu agensi “Ave”.

4. Chuando memiliki ketinggian 1.85 meter dan berumur 50 tahun. Beliau suka memakai spek mata hitam nerdy dan ada abs mengancam!

Lelaki ini dah tua tapi masih nampak muda
suka memakai kaca mata hitam
Sebenarnya, aktiviti berenang memang terbukti bagus untuk mana-mana individu mendapat kulit yang kekal awet muda seperti Chuando. Berenang boleh meningkatkan kekuatan otot dan membina jisim tulang. Barulah kita kekal sihat walaupun sudah berganjak ke usia emas.

Berenang juga membuatkan semua otot badan individu “bergerak”, berbanding dengan senaman lain. Dan berenang turut terkenal bagus untuk mengelak masalah kardiovaskular seperti sakit jantung.

Nak bakar kalori juga lebih senang dengan aktiviti berenang! Ia sebab senaman ini sama macam anda berlari atas treadmill.

Instagram Chuando Tan -> [DISINI]

Thursday, January 18, 2018

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?

Smartphone brand oneplus antara yang tak perlu diperkenalkan kerana smartphone yang paling dikenali sebagai flagship killer setiap pengeluaran yang dihasilkan oleh Oneplus..

Pada tahun lepas Oneplus telah mengeluarkan Smartphone Oneplus 5 dan Oneplus 5t. Cuma ada sedikit perbezaan antara kedua-duanya iaitu saiz.

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?

Spesifikasi OnePlus 5
  • Dimensi - 154.2 x 74.1 x 7.3 mm
  • Layar - Optic AMOLED capacitive touchscreen
  • Saiz/Skrin - 5.5 inci -  1080 x 1920 piksel
  • Prosesor - Snapdragon 835 Octa-Core
  • GPU Adreno 540
  • Memori RAM 6GB, Memori internal 64GB
  • Sistem Operasi - Android Nougat 7.1.1
  • Kamera - Dual 16MP+20MP dan kamera hadapan 16MP
  • Bateri - Non-removable Li-Po 3300 mAh
  • Filter lain - Fingerprint, USB Type-C

Spesifikasi OnePlus 5T

  • Dimensi - 156.1 x 75 x 7.3 mm; 162 gram
  • Saiz/Skrin - 6.01 inci; Optic AMOLED capacitive touchscreen 1080 x 2160 piksel
  • Prosesor - Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 octa-core 2.45GHz
  • Memori - 6/8GB RAM; 64/128GB memori internal
  • Kamera - Kamera Belakang Dual 16MP+20MP
  • Kamera Depan - 16MP
  • Sistem Operasi - Android 7.1.1 Nougat
  • Bateri - 3300 mAh
Harga Oneplus 5t

6/64 - RM1999 (Import Set)
8/128 -RM2499 (Import Set)

Best ke pakai Oneplus 5t dan apa kelebihannya?
Kotak Oneplus 5t

Kelebihan OnePlus 5T 

1 - Dengan saiz skrin layar 18:9 membuatkan design Oneplus 5t ini berbeza dengan oneplus 5. Dengan saiz yang berbeza membuatkan tangan sedap untuk memegang apatahlagi mengegam smartphone ini. Sekilas pandang phone ini lebih kurang sama dengan Oppo find 5 dan R11s.. Design lebih kurang sama memandangkan CEO Oneplus pernah bersama dengan Oppo.

2. Face Recognition yang laju - Boleh dikatakan OP5t ini antara yang terlaju kalau nak dibandingkan dengan iOS yang terbaru seperti iPhone X.

3. Dual Kamera untuk Lowlight -  Dual kamera sekarang sudah menjadi kewajipan yang ada pada smartphone terkini. Dan OP5t membawa satu perbezaan dengan memaksimumkan penggunaan gambar walaupun dalam keadaan lowlight terutamanya pada noise. 

OnePlus 5T membawa dual kamera 16MP + 20MP yang membawa aperture f/1.7 dan focal length 27 mm pada kedua lensa. 

4. Headphone Jack Audio? Ada! Berbeza dengan Apple, samsung dan Xiaomi yang mengambil langkah dengan membuang jack audio 3.5 dan OP5t tetap mempertahankan kewujudan jack audio. 

Di samping itu OnePlus 5T menggunakan port USB Type-C yang juga menyokong fitur fast charging. Dengan Dash Charging 5V 4A dapat charge bateri dengan cepat untuk OnePlus 5T yang berkapasiti 3300 mAh. 

5. Susah nak Lag dan Hang - Dengan ram yang tinggi begitu juga dengan processor yang terkini membolehkan OP5t berjalan dengan lancar smooth dan sangat susah untuk lag dan hang. Sangat sesuai untuk bermain game terutamanya yang jenis hardcore. 


Wednesday, January 17, 2018

Industri buku suram dan sedang jatuh teruk.

Mengikut perkongsian melalui twitter milik Azzah Ar yang mengupas isu industri dunia buku yang semakin suram dan jatuh teruk.

Kedai Buku 1 Malaysia berhutang

Kedai Buku 1Malaysia berhutang lebih RM2 juta dengan banyak penerbit. Penerbit FIXI sudah saman KB1M (hutang RM100K++), dijangka diikuti oleh penerbit-penerbit lain

Sejak Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dijadikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), jualan buku semakin teruk sebab siswa boleh guna KADS1M untuk beli benda selain buku.

Industri buku sedang jatuh teruk.
Kedai buku 1 Malaysia
Dalam Bajet 2018, PM Najib umum BB1M akan dikembalikan.

Siswa-siswa protes dan mahukan semula KADS1M. Mereka kata, "Itu hak kami!"

Sekarang ada ura-ura KADS1M akan kembali dan bukan BB1M. Sebab PRU semakin dekat, nak tarik undi pengundi muda (siswa).

Penerbit banyak gulung tikar

Penerbit buku banyak gulung tikar. Sangat menyedihkan. Hutang kepada pencetak beratus ribu tak mampu bayar. Penerbit-penerbit besar tempatan pun semakin mengecil, ramai pekerja diberhentikan. Malah ada penerbit bukan saja tak mampu bayar royalti penulis, tapi gaji pekerja juga.

Kedai buku besar Popular semakin mengurangkan jualan buku dan melebihkan jualan benda-benda lain dengan nisbah 20:80. 20 = buku. 80 = benda lain.

Buku semakin dilupakan di Malaysia. Kerajaan pun tak banyak membantu. Seni pada mereka hanya muzik dan lukisan. Buku (sastera) kerap dipinggirkan.

Ibu bapa lebih ramai yang tak peduli berbanding peduli untuk didik anak suka baca buku. Lebih cenderung belikan gajet dan barang-barang simbol kekayaan palsu macam Smiggle. Lebihkan gaya berbanding kecerdikan.

Ibu bapa cenderung beli gajet dari buku untuk anak-anak

Ibu bapa tak beli buku untuk anak-anak, maka penerbit tempatan pun berhenti terbitkan buku untuk kanak-kanak. Buku kanak-kanak Melayu hampir tak ada di pasaran. Majoriti buku English.

Negara maju sibuk memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Kita sebaliknya.

Sedangkan Melayu sudah ada hikayat-hikayat agung pada abad ke-17, sebelum mahakarya Barat wujud lagi.

Keadaan industri buku sekarang menyedihkan dan menakutkan.

Doakan bangsa Melayu kembali mencintai ilmu dan kuat bertahan melawan kebodohan intelektual. Amin.

Aku tak tahu siapa yang akan baca ini, dan siapa pula yang akan ambil berat hal ehwal buku di Malaysia.

Selagi kuasa politik didahulukan jauh lebih tinggi berbanding kecerdikan bangsa, selagi itulah cerita di sebalik tabir industri buku Malaysia ini takkan dipedulikan.