Wednesday, October 6, 2021

Squid Game Pecah Rekod Drama Korea di Netflix

Drama Squid Game memecah rekod drama Korea di Netflix worldwide.

Squid Game, telah berjaya memecahkan rekod drama Korea di Netflix, dalam tiga hari dari pelancarannya, (eh Hometown Cha³ pun ada dalam top 10 nampaknya).

Team Squid Game

Drama ini mendapat skor keseluruhan 712 mata, mengalahkan Sweet Home (428 mata), yang sebelum ini memegang rekod drama Korea yang mendapat skor tertinggi di Netflix. Malah Squid Game berjaya mengalahkan skor Money Heist, sebuah rancangan Netflix yang terkenal sejak sekian lama. 

Ranking Top Tv Show antarabangsa

Squid Game kini merupakan Drama Korea yang mendapat skor tertinggi di Netflix. So musim 2 gerenti ada nii, (Sweet Home pun ada musim 2 nanti). Mesti musim 2 nanti Gong Yoo dan Lee Byung Hun jadi antara watak utama, nak lagi dasat, ambik Ma Dong Seok antara lelaki pakai suit yang suka tempeleng orang kalah main ddakji tu, belum sempat peserta tu main survival game dah berbuih mulut agaknya.

Banyak faktor yang mempengaruhi drama ini menjadi popular secara meluas di seluruh negara antara salah satu faktornya adalah drama genre survival ditayangkan pada waktu pandemik (Covid-19) jadi terus meloncak drama ni sedangkan genre survival sudah banyak ditayangkan seperti drama as GOd Will, SAW, Sweet Dream, Death bell, Escape Room, Final Destination, Devil dan banyak lagi. 

Faktor lain adalah keluaran korea sendiri yang umumya kita tahu kalau bab drama series mahupun movie, dorang akan menghasilkan drama/movie yang berkualiti sehabis mungkin.. Memang takkan mengecewakan. Kira pelaburan dari Netflix memang berbaloi dengan apa yang dihasilkan oleh negara Korea.