Sunday, November 22, 2020

Ini adalah 4 Jenis Seller Shopee Malaysia

Shopee ni tak payah cakap la memang dah famous kat seluruh Malaysia. Kira tempat shopping online no.1 la kat malaysia. Sebab senang acces shopee dan buat pembayaran serta boleh track barang kita kat mana.. 

Shopee ni juga ada khas untuk korang nak jadi seller ataupun jadi buyer je. Kira ada 2 dalam 1 la.. semuanya dalam 1 apps sahaja. Kalau website kira asing tak silap antara buyer dengan seller. 

Ok, kali ini discuss pasal berkenaan beberapa jenis seller yang ada kat shopee.. Jenis yang macam mana tu?

 4 Jenis Seller Shopee 

Ini adalah 4 Jenis Seller Shopee Malaysia
Logo shopee


1. Seller Program under RM15

Kalau korang perasan seller yang ada tag RM15 kt produk dorang tu means korang boleh dapat free shipping dengan syarat pembelian mestilah RM15 ke atas. Claim voucher yang disediakan kemudian pembayaran pula perlu menggunakan shoppepay. Kebiasaan kita sebagai buyer dapat 2 voucher untuk seller dengan tag RM15.

2. Seller Program under RM40.

Kalau seller ini pula ada tag RM40.. Kita boleh nampak la pembelian rm40 ke atas dapat free shipping.. ada free shipping ya.. Macam biasa kena claim voucher dan perlu guna shopeepay. Kebiasaannya hanya 1 voucher yang kita dapat. 

3. Seller Oversea

Sekarang dah berlambak weii seller oversea kat shopee Malaysia.. Ada seller Indonesia, Korea Selatan dan paling banyak adalah seller dari Cina. Kelebihan seller oversea terutamanya cina produk dorang sangat murah dari produk local cumanya dari segi shipping tu memang lambat sampai la kat Malaysi.

4. Seller Preferred dan Preferred +

Kat Produk dorang atas belah kiri ada tag Preffered kira shop seller ini lebih dipercayailah berbanding dengan seller yang takde tag preferred. Preferred ni biasa seller jual item yang ori je lah tapi ada juga yang tak ori tapi kita sebagai buyer kena bijak shoppingla.. boleh agak kot.. 

Dah tahu murah sangat mestilah bukan ori kan.. Takkanla~ ori kot jam brand Fossil jual harga RM40.. mana dapat rm40 oii.. paling murah RM300 ke atas mcam tu utk jam brand Fossil..   
Entahla sepanjang aku beli kt shopee yang paling laju ship out ni biasanya seller yang takde tag preferred. Yang preferred ni biasa ship out ikut anggaran dari shopee.. lambat skitlah ship out. Tapi ada je preferred yang ship out tu laju.. tengok seller la.. 

Tapi yang penting aku tengok review dulu la.. kalau banyak rating tinggi tu ada chance la ak beli.. 

kalau setakat rating rendah pastu komen salahkan delivery lambat apa semua tu aku tak ambil kira sangat..kurier punya masalah kot takde kena mengena langsung ngan seller. 

Kemudian, kalau komen kata barang rosak then seller reply komen masalah buyer pun boleh jadi chance besar untuk aku beli. Sebab nampak seller ni ambil berat tentang masalah tersebut..pastu bile chat pun laju.. lagila kita sebagai buyer laju je nak beli. hehe.