Saturday, August 8, 2020

Tutorial Gambar Jadi Blur Lepas Update Blogger Baru 2020

Blogger baru-baru ini telah memaksa pengguna blogger untuk beralih kepada interface baru blogger yang nampak fresh sesuai dengan zaman teknologi terkini.

Tapi apa yang tak bestnya ialah apabila dah update blogger kemudian kita tulis lah macam biasa dan letak gambar semua then terus publish. Tetiba gambar thumbnail jadi Blur.. Takde ubah kod html semua tetiba gambar jadi blur.. 

So, kita google macam mana nak settle kan masalah gambar jadi blur lepas publish post. Dan ini aku cuba buat dan memang menjadi dan takde gambar blur lepas publish post. 

Tutorial Gambar Jadi Blur Lepas Update Blogger Baru 2020
Gambar blur.. 


Tutorial Gambar Jadi Blur Lepas Update Blogger Baru 2020

Berikut adalah cara mudah nak hilangkan gambar jadi blur.. 

  1. Pertama kali korang kena pergi ke bahagian Theme bahagian kiri sekali.. Kemudian cari Edit HTML. 
  2. Bila dah buka bahagian HTML tu, korang kena cari script ini  <data:post.thumbnailUrl />  atau  data:post.thumbnailUrl
  3. Korang ganti kod kat atas step no.2 dengan script ini <b:eval" <b:eval expr='resizeImage(data:post.thumbnailUrl, 200, "1:1")' />
  4. Selesai. 
Semoga dengan tutorial ini dapat membantu korang yang tengah buntu macam mana nak adjust gambar yang jadi blur selepas update UI Interface blogger. Semoga berjaya!

sumber tutorial dari https://www.dhanraj.com.np/