Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2023
Sumber dari Facebook Page LHDN |
Perlepasan Individu
- Individu dan saudara tanggungan - RM9000
- Individu kurang upaya - RM 6000
- Suami / Isteri kurang upaya - RM 5000
- Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri - RM 4000 (Terhad)
- Yuran pengajian (Sendiri):Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi. Peringkat sarjana atau doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian. Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000) - RM 7000
Caruman dan Sumbangan
- PERKESO atau Skim Insuran Pekerjaan - RM 350
- Insuran nyawa dan KWSP . Individu penjawat dan selain penjawat awam (berpencen) dan bekerja sendiri. Skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP terhad RM 4000. Premium Insuran Hayat, sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan KWSP terhad RM 3000
- Skim Persaraan dan anuiti tertangguh - RM3000
- Insuran Pendidikan dan Perubatan (Individu/pasangan/anak) - RM3000
- SSPN - RM8000
Gaya Hidup dan Perubatan
- Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) - RM 2500
- Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang). Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan). Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri) - RM 2500
- Perbelanjaan perubatan RM 10,000 untuk Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak). Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri) dan Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan. Manakala. Pemeriksaan perubatan penuh ujian Covid-19 dan pemeriksaan kesihatan mental dan konsultasi adalah Terhad (RM1,000). Selain itu, Rawatan intervensi awal/Pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (Terhad RM4000)
- Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan untuk ibu bapa - RM 8000
- Tambahan Gaya hidup RM 500 berkaitan dengan aktiviti sukan seperti pembelian alat sukan, Sewaa/FI di mana-mana fasiliti sukan dan FI pendaftaran penyertaan pertandingan.
- Peralatan sokongan khas asas - RM 6000
- Pembelian peralatan penyusuan (RM 1000) bagi pembayar cukai wanita sahaja, anak berumur kurang 2 tahun serta tuntuan dibuat hanya setiap 2 tahun sekali.
Perlepasan Anak
- Anak berumur bawah 18 tahun dan belum kahwin - RM 2000
- Yuran taman asuhan kanak-kanak/Tadika berdaftar - RM 3000. Dengan syarat berumur 6 tahun ke bawah dan dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri
- Anak Kurang upaya - RM 6000
- Tambahan bagi anak Kurang Upaya - RM 8000. Dengan syarat belum berkahwin dan belajar di IPT sama ada di ploma dan ke atas
- Anak berumur atas 18 tahun - RM 8000 dengan syarat belum berkahwin dan belajar di IPT.
- Anak berumur atas 18 tahun - RM 2000 dengan syarat belum berkahwin dan belajar sepenuh masa ((peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)