Friday, May 14, 2021

Kecoh Isu Ketupat Adabi Dimasak Lembik

Berikut adalah kenyataan media berkenaan dengan Ketupat dimasak jadi Lembik

Merujuk kepada isu produk ketupat keluaran Adabi yang lembik setelah dimasak, pihak Adabi Consumer Industries mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan para pengguna di luar sana.

Kami juga ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi oleh semua para pengguna kami.

Sekiranya pihak pengguna mendapati produk Ketupat Adabi yang dibeli adalah lembik setelah dimasak, aduan boleh disalurkan terus melalui DM di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.

Untuk makluman pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang.  

Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti Ketupat ini amat dikesali.

Terima kasih.


kenyataan media dari Pihak Adabi

Reaksi ramai berkenaan dengan Ketupat Dimasak Lembik


Assalamualaikum.... kami sekeluarga ni mmg pembeli n peminat brg adabi... ketupat adabi mini mmg bertahun raya x pernah miss... tahun ni beli 2 peket je (maklumlah PKP) smalam masak sepeket je... hasilnya lembik sebelum ni mantap lg padu... ingatkn salah masak walhal sama je mcm biasa... lg sepeket belum ada idea nk buat apa... khuatir lembik lg... anyway selamat hari raya buat warga Adabi teruskn istiqomah menghasilkan produk2 halal untuk keperluan ummah... maafmu ku terima....


Memang lembik sikit daripada kebiasaan, kena letak dlm peti ais.. Tapi boleh la makan lagi. Adabi boleh buat penambaikan beras tu yer


 Mmg dari last year juga. Aku beli nona bagus Dan tak ada yg lembek. Adabi ni tak kan tak tahu perkara ini dari 2019 2020


 Betul.. sy ingatkan basi.. baru rebus semalam, pagi dh berair, tp tak berbau


 Tahun pertama merasa ketupat nasi adabi lembik...lembik sampai tak boleh nak di makan..biasa okey je..tak ada masalah..hampir 2 bungkus ketupat tak boleh di makan..😌


 Agak lembik la tp bkn tk leh makan langsung...rse dh 2 jam ats api...ingt tak masak2 lg rupanya org lain pn sama...tp tk de la cpt basi...masihb oleh makan raya kedua walaupn dh masak shari sblum raya...tk masuk peti ais pn...just pasti kan tk tertutup n kering...letak ats pinggan tutup dgn tudung saji je...😌😌😌