Tuesday, April 10, 2018

Tarikh Mengundi 9 Mei 2018 Pada Hari Rabu

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei 2018 menjadikan ia kali keempat hari pengundian dilangsungkan pada hari bekerja manakala proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 28 April ini.

Tarikh Mengundi 9 Mei 2018 Pada Hari Rabu
Tarikh Mengundi 9 Mei 2018 Pada Hari Rabu
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah berkata, proses pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei, manakala tempoh berkempen bagi PRU-14 akan berlangsung selama 11 hari bermula hari penamaan calon.

Sementara itu, tarikh tutup undi pos pada 28 April bagi kategori 21 (c).

Mohamad Hashim membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya yang bermula 10 pagi tadi.

Beliau berkata, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya serta menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta.

“PRU-14 ini menggunakan daftar sehingga suku keempat 2017, yang mengandungi seramai 14,940,624 pemilih berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR hari ini.


Katanya, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

“SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU ini.

“Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat bagi memberi laluan kepada PRU14.

Ramai yang Merungut Hari Mengundi Pada Waktu Bekerja

Namun ada dikalangan pengundi berasa terbeban dengan hari mengundi yang dilakukan pada waktu bekerja begitu juga dengan mereka yang tinggal jauh untuk mengundi. 

Nak tak nak mereka terpaksa berkorban juga memandangkan keputusan yang dibuat setakat ini adalah muktamad dan jarang sekali tarikh mengundi ditukar atas desakan rakyat.. 

Semoga di hari mengundi berlaku dengan aman tanpa kekecohan yang berlaku.