Sunday, April 1, 2018

Baju Raya Melayu Era terkini Tak Perlu Samping?

Ringkas, kemas dan selesa. Itu antara elemen utama yang menjadi keutamaan setiap lelaki dalam memilih busana. Tidak kiralah untuk dipakai setiap hari atau ketika hari raya dan majlis tertentu.

Menyentuh mengenai busana lelaki yang dipakai ketika sambutan hari raya, baju Melayu kebiasaannya sinonim dengan padanan samping bagi melengkapkan penampilan si jejaka.

Mencari kelainan sekali gus menghasilkan gaya lebih kasual, jenama tempatan Zefiks tampil dengan koleksi Baju Melayu Luth yang menerapkan elemen dikehendaki setiap lelaki.

BAJU Melayu Luth rekaan terkini.

Menurut pengasasnya Syarifah Nur Zati Abdul Rashid, keistimewaan dan kelainan dalam koleksi terbarunya adalah pemakai tidak lagi perlu menyarung samping supaya kekemasannya dapat ditonjolkan.

Baju Melayu keluaran Luth
“Kami cuba mencetuskan kelainan namun tetap mengekalkan ciri kemelayuan dan klasik cuma rekaannya dalam potongan ‘slim fit’ selain mempunyai zip tersorok di bahagian kiri baju bagi memudahkan proses pemakaian.

Baju Melayu keluaran Luth
“Bagi pelanggan yang kurang meminati potongan jenis ini boleh memilih saiz yang sedikit besar bergantung kepada keselesaan diri,” katanya.

SELESA dan terkini.
Syarifah Nur Zati berkata, untuk rekaan seluar pula, pihaknya turut memilih potongan jenis ‘muat padan’ selain disertakan dua poket di bahagian sisi seluar.

“Bagi memberi keselesaan, kami menggunakan material Zara Plain yang ditempah khas kerana ia lembut, tebal, tidak panas, tidak berkilat dan mudah digosok.

“Koleksi ini bukan saja sesuai digayakan ketika hari raya namun ia juga boleh dipakai pada hari biasa termasuk untuk menunaikan solat Jumaat,” ujarnya.

Baju Melayu keluaran Luth
GAYA muat padan makin digemari.

Katanya, ia didatangkan bermula saiz XS sehingga XL dan dijual pada harga RM259 sepasang. Pelanggan juga diberikan butang baju Melayu percuma dalam setiap pembelian.

“Bagi memberikan kepelbagaian dalam pilihan, kami menawarkan 22 warna menarik untuk membantu pelanggan mendapatkan warna kegemaran dengan mudah.

“Kami berharap koleksi ini membantu ramai lelaki tampil lebih kemas dan elegan dalam pemakaian busana terkini yang selesa,” katanya.

Mungkin ada orang selesa pakai baju melayu tanpa samping ada yang tak. Mungkin ini satu benda yang baru yang hendak ditonjolkan memandangkan samping dipakai bila waktu tertentu macam waktu bekerja dan hari raya.. Sebab bila pakai samping agak leceh kena pakai ikat pakai samping tu pun ambil masa lama kalau tak pandai pakai samping. hehe

Biasa kurta je orang buat kali ini baju melayu pun buat versi tanpa samping.. siapa yang pakai tu memang salute ar.. janji kurus dan nseom.. kalau berisi macam kurang sesuai plak..

2 comments

saya lebih suka kalau digayakan dengan samping..baru nampak lengkap bila memakainya...tapi ini pun cantik jugak...kalau yang jenis ikut fashion,memang cantik

Baju melayu biasa mendapat sambutan jualan yang hebat sebelum Hari Raya. Jadi mereka yang dalam bisnes ini mesti pandai utk membuat promosi utk meningkatkan jualan baju melayu mereka pada hair kerayaan itu.