Showing posts with label tempat makan best kat bangi. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best kat bangi. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

Makan di Raflia & Co Cafe Di Bandar Baru Bangi

Raflia & Co Cafe - kalau sebelum ini nama kafe adalah Orked Lavendar Cafe sekarang dah tukar nama kepada Raflia & Co Cafe tapi tak sure kalau owner pun dah bertukar ke tak..

Tapi apa yang pasti menu kat sini dah bertukar kalau nak dibandingkan dengan menu yang sebelum ini yang agak terhad dengan beberapa menu sahaja. Kali ini ada banyak pilihan dengan western food dan juga kalau nak makan nasi pun ada macam Nasi Ayam kampung, Bulgogi Chicken. 

Makan di Raflia & Co Cafe Di Bandar Baru Bangi


Rasa tak perlu kot nak explain pasalk deko cafe ini sebabnya dekorasi masih sama kekal seperti dulu sesuai kalau nak dating ke or ada meeting pun boleh lepak sini.. 

Menu yang ada di Raflia & Co Cafe

Kalau korang nak makaann western boleh makan kat sini, kalau korang nak makan makanan yang ada nasi pun ada juga disediakan kat sini.. 

Makanan wester macam Chicken Chop, Grilled salmon, Fish and Chips. Selain itu, ada nasi ginger beef, nasi green curry beef dan banyak lagi.

aku order nasi Bulgogi Chicken dan member aku makan chicken Chop.

Makan di Raflia & Co Cafe Di Bandar Baru Bangi
Bulgogi Chicken
Rasa macam mana?

First time sebenarnya makan bulgogi chhicken.. macam makanan korea plak... Rasa Sedapp mcam makan ayam kicap cuma ni lain sikit lagi sedapp.. 

Member aku dia makan chicken chop pun dia kata sedap..

Air pula aku order lemon tea..dia bagi teko terus.. haha.. tak habis minumm. teko tu korang boleh minum 2-3 orang.. 

Harga pun boleh tahan berbaloi juga makan kat sini tak adalah nak cecah sampai RM50 lebih untuk makan 2 orang. Harga aritu makan dalam RM30 lebih macam tu untuk 2 orang makan..

Memang sangat rekomend datang sini makan santai borak2x sambil minum coffee kegemaran dengan kek. 

Boleh terjah Facebook Raflia -> [DISINI]

Alamat Raflia & Co Cafe  - Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Sunday, September 10, 2017

Makan Nasi Beringin Di Restoran Dun's Bangi

kalau sebelum ini makan kat konichiwa kali ini kita makan kat kedai sebelah dia plak iaitu restoran Dun's.

Apa yang menarik kat restoran Dun's?

Restoran Dun's ini yang menariknya adalah penyediaan makanan yang khusus seperti Nasi Beringin, Nasi tomato, Laksa johor dan mee Bandung Muar..

ada banyak lagi makanan sampingan..

Restoran simple je dengan warna tema kuning hitam dengan open terbuka. So tak adalah segan nak masuk tengok menu yang ada.

Order nasi Beringin 

Aku datang sini sebab nak order nasi beringin.. sebab mak aku selalu masak nasi beringin. asal aku nak balik Bangi je mak aku sediakan nasi beringin untuk aku bawak balik kat Bangi..

Makan Nasi Beringin Di Restoran Dun's Bangi


Air plak aku order Capuchinno 3 layer. Yang ni airnya memang sangat sedapp


member aku plak order mee bandung Muar

Makan Nasi Beringin Di Restoran Dun's Bangi

so, amacam rasanya?

Biasa-biasa je mungkin sebab aku dah jumpa nasi beringin dengan mee bandung yang terbaik sebelum ini.. mee bandung kuahnya agak cair.. aku suka yang pekat kuahnya.. tapi still rasanya sedap.. lain orang lain taste.. 

Tapi harga sangat berbaloi kalau korang nak makan kat sini nanti. Harga aku makan nasi beringin RM6.50.

Kalau nak datang boleh terjah ke restoran dorang...ini alamatnya