Thursday, April 30, 2020

Pos Laju Terima Lebih 600 Ribu Parcel Setiap Hari

Pos Laju telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Bayangkan time PKP di tambah pula dengan bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang dengan membuat tempahan secara online dan yang menerima tempiasnya adalah Pos Malaysia sendiri.

600 Ribu Parcel Setiap Hari Ketika PKP

Jadi korang yang ada order online tu janganla expect 1-2 hari dah sampai. Kena faham dengan situasi sekarang dengan masalah tak cukup kakitangan kemudian barangnya pula overload kat gudang jadi mengambil masa yang lama untuk sampai kat korang.. Bayangkan dari putrajaya nak ke KL pun ambil masa 3-4 hari, ini-kan lagi KL nak hantar ke pahang, kedah semua. Belum masuk Sabah serawak lagi.

Pengumuman dari Pos Malaysia Bekenaan kelewatan dalam penghantaran

Kalau call dorang pos laju ni memang takkan berjawab kalau berjawab pun lepas call 3-4 kali macam tu. Kalau nak call setakat nak tanya barang kat mana tu better korang check sendiri no tracking tu sekarang kat mana.. pos laju sendiri ada ruangan no tracking untuk korang check sendiri no tracking. Takpun boleh install app Pos Malaysia..

  • Standard penghantaran area semenanjung 3-4 hari
  • Standard Penghantaran area Sabah/Serawal 7-14 hari
Kalau nak call suruh cepat hantar tu memang jawapan common nanti dorang akan hantar secepat yang mungkin.. Padahal dorang akan ikut turn barang untuk dibuat penghantaran maka bertabahlah menunggu. 

Kalau dah lebih dari 3-4 minggu tak sampai juga korang boleh request ke atau nak complain ke. korang boleh klik link kat sini -> https://efeedback.pos.com.my/.  Request/Complain berkali2x sampai pihak Pos Malaysia reply complain korang.