Monday, October 21, 2019

Pos Laju Mengalami Gangguan Teknikal di Laman Website

Untuk makluman, Poslaju mengalami masalah teknikal yang tidak dijangka dan sedang melalui proses pengendalian kecemasan. Buat masa ini, laman sesawang makluman penjejakan penghantaran Poslaju tidak dapat dilayari dan berkemungkinan menyebabkan kelewatan notifikasi kemaskini.

Shopee Turut Terjejas dengan Gangguan Teknikal Pos Laju


Turut terjejas adalah Shopee yang telah bekerjasama dengan Pos laju menyebabkan pelanggan tidak mendapat no tracking dari pos laju melalui shopee serta penjual yang masih tidak mendapat no tracking (arrange shipment) dari shopee..

Gangguan ini juga adalah menjadi satu sejarah kerana sudah lebih dari 24 jam pos laju masih tidak dapat menyelesaikan masalah sehingga kini.

Penjual shopee juga agak tertekan dengan isu gangguan yang berlaku secara tiba-tiba ekoran pembeli (customer) yang sudah mula merungut penghantara yang tidak dilakukan.

Setakat ini tiada maklum balas dari Pos laju bila sistem akan kembali pulih seperti biasa.

Shopee sekarang sedang bekerjasama dengan pihak Poslaju bagi menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin.




Pos Laju Mengalami Gangguan Teknikal di Laman Website
Notis gangguan dari Pos Berhad