Wednesday, October 23, 2019

Senarai Movie Netflix yang Best Bulan Oktober

Banyak senarai movie Netflix yang best bulan Oktober ni dan aku senaraikan top movie sahaja yang aku rasa movie ni best untuk ditonton.

3 Senarai Movie Netflix yang Best Bulan Oktober


1. Fractured 

Mengisahkan satu keluarga dalam perjalanan bercuti untuk perayaan Thanksgiving. Kemudian si suami iaitu Ray ni berhenti kat tempat ni macam rnr untuk berehat.. 

Pastu entah macam mana perri anak si suami Ray macam nak terjatuh dari tebing yang agak tinggi ke ruangan tempat pembangunan yang masih belum siap. Terus Ray berlari ke arah anaknya dan terjatuh sekali sama dengan anaknya ke atas tapak pembangunan yang masih belum siap,

Bangun-bangun je suami ni dari jatuh macam blur sebab mungkin kepala kena hentak dan dia toleh ke belekang tengok anaknya terlentang tak bergerak sambil didukung isterinya yang berteriak menjerit. 

Terus Ray suami ni bergegas bawa pergi hospital. Bawa pergi hospital pula kena tunggu lama kemudian nak kena xray untuk doublec check sama ada tulang anaknya ok ke tak. Jadi anaknya Perri pun pergi tempat xray ditemani isterinya.. Ray pula tunggu kat luar tempat menunggu..

Senarai Movie Netflix yang Best Bulan Oktober
Fractured
Selepas berjam-jam berlalu anaknya dan isterinya masih tak keluar dari bilik Xray makin panik la Ray.. 

kemudian kaunter kata tak ada nama anaknya ? Hilang pula ? Macam mana boleh hospital tak tahu kewujudan anak dan isterinya sedangkan dorang dah daftar masuk hospital.. lagi bertambah mengamuk Ray..

Ray mula syak Dr kat hospital ni ada buat pembedahan buah pinggang secara haram dan anaknya mungkin menjadi mangsa. 

Jadi apa tindakan Ray seterusnya? Dapat ke Ray ni temui anak dan isterinya kembali?

== 

Bagi aku sendiri movie ini antara yang best untuk bulan ni walaupun movie ni sekadar biasa sahaja. Movie ni ada plot twist tapi bagi aku sendiri dah boleh agak mungkin sebab aku sendiri dah banyak tengok movie yang ada plot twist ni,. 

2. In The Tall Grass

Kisah seram ni mengisahkan seorang 2 beradik ni masuk ke dalam rumput yang panjang sebab terdengar sorang budak ni menjerit minta tolong dan tersesat dalam rumput panjang yang sangat luat tempatnya. 

Senarai Movie Netflix yang Best Bulan Oktober
Panjang betul rumputnya
Last2x 2 beradik ni pun terperangkap dalam rumput panjang ni sampailah ke malam.. 2 beradik ni pula terpisah tak jumpa2x dalam rumput yang panjang ni. budak yang dorang cari pun tak jumpa juga..

So, berjaya ke tak 2 beradik ni melepaskan diri dari rumput yang sangat panjang ni? 

Korang kena tengok sendiri.. 

==

Bagi aku movie ni best.. takdelah seram mana tapi jalan cerita macam ni aku suka walaupun ada frust juga tengok.. bayangkan korang terperangkap dalam rumput yang panjang tapi masa berputar hari yang terbalik. bukan berputar dengan normal.. Jadinya 2 beradik akan jumpa mayat dorang sendiri.. ko raseww? Hari-hari terperangkap dalam rumput panjang.. 

kesimpulannya kalau ada budak menjerit jangan masuk rumput panjang... panggil je polis or bomba..haha


3. Eli

Kisah seorang budak ni yang ada penyakit misteri.. Penyakit dia ni tak boleh kena matahari nanti kulit burn la.. air pun tak boleh kotor.. kena air yang bersih juga..

Jadi parent budak ni ada jumpa satu tempat rumah besar yang boleh mengubatkan penyakit anak dorang ni.. Budak ni pun stay la tapi budak ni kena ganggu ngan hantu kat rumah tu.. 

Senarai Movie Netflix yang Best Bulan Oktober
Eli 
Budak ni pun merayulah kat parent ni ajak keluar sebab umah ni berhantu dan budak ni makin lama-kelamaan makin sakit bukan makin sihat. Dr pun macam meragui je buat pembedahan kat rumah..

Gila ke apa bedah orang kat rumah... tak pernah dibuat Dr.. 

Jadi, boleh ke penyakit budak ni sembuh dan betulke rumah tu berhantu?

==

Movie ni pun ada plot twis juga, tak sangka gak endingnya macam tu.. frust jugalah tengok.. cam tergantung macam tu je.. aigoo.

4. Rattlesnake

Mengisahkan seorang ibu yang dalam perjalanan dan tetiba tayar keretanya pancit. Anaknya berjalan kawasan sekitar sementara menunggu ibunya menukar tayar yang lain..

Kemudian anaknya tadi tetiba kena patuk dengan ular dan ibunya panik pergi dekat anaknya serta minta tolong kat orang tapi tak ada orang..

Tapi ada satu van macam terbiar dalam tu ada orang then dia kata boleh uruskan anaknya sementara ibunya bergegas menukar tayar dan membawa anaknya ke hospital..

Tapi pelik kaki anaknya yang kena patuk dah tak ada dan anaknya kembali sihat macam biasa..

Sejak dari tu ada je perkara yang tak diingini berlaku pada ibunya..

Si ibu perlu mengorbankan 'soul' sebagai ganti anaknya yang telah dipulih..

Macam mana si ibu ni nak cari penyelesain untuk korbankan soul ni? Kena g tgk sendiri.


==

jalan cerita ok la boleh la layan ada sedikit bosan..Cuma endingnya macam tu je.. kira simple.