Monday, June 25, 2018

5 Tanda Lelaki Memang Suka Dengan Korang

Senang je sebenarnya yang nak tahu sama ada lelaki ni sama ada memang betul-betul suka dengan kita ataupun tidak.

Jadi ini adalah tanda jelas bahawa si lelaki dah suka dengan wanita.

5 Tanda Lelaki Memang Suka Dengan Kita

1. Lelaki selalu Suka bergurau dengan Perempuan 

Kalau nampak lelaki selalu bergurau dengan korang melebihi perempuan yang lain maksudnya dia memang sukalah tu dengan korang. Dia mula selesa dan mula bergurau dengan korang.


2. Selalu Memberi Perhatian kepada Perempuan

Kalau tetiba nampak lelaki selalu memberi perhatian kepada korang sebagai perempuan sampaikan nak beli apa pun dia sanggup beli tu maksudnya dia memang suka kat korang lah tu.. Kemudian selalu bertanya details peribadi tentang korang lagi2x family...  

3, Lelaki Jadi Open-minded dan Mencuba sesuatu yang Perempuan suka

Kalau sebelum ini lelaki tak makan sushi king dan tetiba bila korang ajak makan sushi king dan dia pun nak tak nak makan sushi king dalam paksa rela tu maksudnya dia sukalah tu kat korang.. Mencuba sesuatu yang tak pernah dilakukan demi orang tersayang. 

4. Lelaki Cuba Menjadi Protective 

Kalau perempuan tetiba macam mood down sebab stress kerja ke or assignment then lelaki korang hiburkan korang dan bagi semangat bagai nak mati tu maksudnya dia sukalah kat korang tu. Sebab lelaki perhatian kepada korang sahaja. 

5. Senang Bersama dan tidak berasa tertekan untuk berubah

Kalau jumpa lelaki yang sanggup berubah demi kita dan mudah menerima apa jua keadaan korang sebagai wanita maka itu mungkin jodoh korang. Maka itulah petanda si lelaki ini jatuh cinta dengan korang.