Snapchat seolah-olah tidah mengambil pengajaran dari tragedi sebelum ini yang pernah kerugian 5 billion gara-gara selebriti terkenal iaitu Kylie Jenner update status di Twitter yang terpaksa meninggalkan aplikasi snapchat kerana kemas kini terbaru sangat membingungkan.
![]() |
Rihanna ketika beradai di Dubai |
Dan kali ini pula berkaitan dengan Rihanna.
Tindakan bintang pop berkenaan menyebabkan harga saham syarikat itu jatuh merudum.
Menerusi aplikasi permainan yang kadang-kadang bertanyakan soalan provokatif, landasan media sosial yang mempunyai 187 juta pengguna terutama golongan muda itu telah bertanyakan pilihan berkaitan kes kontroversi yang pernah menimpa Rihanna dan bekas kekasihnya Chris Brown satu ketika dahulu.
![]() |
Iklan Snapchat Persenda Rihanna |
Menyedari kontroversi yang tercetus syarikat terbabit telah menarik balik iklan itu dan meminta maaf tetapi Rihanna menggunakan pesaing Snapchat, Instagram untuk mengecam apa yang berlaku.
“Anda memperuntukkan wang untuk menghidupkan sesuatu yang memalukan mangsa keganasan rumah tangga malah membuat jenaka mengenainya!!!
“Ini bukan mengenai perasaan saya semata-mata tetapi tentang wanita, kanak-kanak dan mangsa keganasan lain yang tidak meluahkannya.. tindakan anda benar-benar memalukan!” demikian antara luahan Rihanna.
Kesan daripada pengaruh Rihanna, saham dalam syarikat induk Snap Inc, jatuh 3.664 peratus pada hari stabil di Wall Street.
Ianya adalah tamparan terbaharu kesan pengaruh selebriti yang dialami Snapchat, yang peningkatannya dikaitkan dengan budaya pop.
Jurucakap Snapchat berkata, iklan memaparkan Rihanna telah “dinilai dan diluluskan secara salah” sedangkan ianya melanggar garis “panduan pengiklanan” mereka.
“Kami segera membuang iklan itu minggu lalu sebaik menyedarinya. Kami meminta maaf atas perkara yang berlaku,” kata jurucakapnya dalam satu kenyataan.