Thursday, March 15, 2018

Lagi Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta Lebih Empat Jam

Seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya, pagi tadi.

Kejadian berlaku di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya.

Bagaimanapun bayi berkenaan sudah tidak sedarkan diri.

Wanita itu kemudiannya membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson

Lagi Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta Lebih Empat Jam
sekadar gambar hiasan
Allah...Allah...Allah...
Takde 1 Mak pon dlm dunia ni tak sayangkan anak
Duduk sebelah je tu...
kalau Allah dh tulis begitu kejadiannya..
Allah lupakan ingatan sekejap sbg asbab..
Allah je yang tahu mcm mana mak dia rasa.

Jangan Kecam Ibu Ini

Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.

Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!

Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.

Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.

Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua'lam.

Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.

Cara Supaya Tidak Tertinggal Anak Dan jadikan sebagai HABIT

Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :

  • Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
  • Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
  • Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
  • letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana
p/s : Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye.

Boleh Join Telegram Channle untuk nota parenting t.me/NotaTaufiqRazif

1 comments

benda dah jadi.. cuma kita ni boleh ambik iktibar..